Posts

Showing posts from 2011

Terjemahan Surah Al-Waaqi'ah

Untuk membaca al-Quran sambil membaca maksudnya setiap kali kita membaca al-Quran, perasaan leceh tu mesti akan ada bukan ? jangan tipu, mesti ada, itu dah menjadi lumrah kita berasa leceh berkenaan sesuatu yang kita rasa tidak penting untuk kita. *tidak tahu apa yang penting sebenarnya.
Berdasarkan tajuk, ini ialah terjemahan penuh kalam Allah surah al-Waaqi'ah.
al-Waaqi'ah [1]
Apabila berlaku hari kiamat itu,
[2]
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
[3]
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
[4]
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
[5]
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
[6]
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
[7]
Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
[8]
Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
[9]
Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
[10]
D…

Epal Mampu Membunuh ?

Image
"An apple a day keeps the doctor away"

Di dalam epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku pembentukkan lemak dalam badan.

Tetapi, tahukah kamu tentang bahaya buah epal ?

Terdapat satu bahagian di dalam buah epal yang mengandungi asid cyanogenic yang mampu membunuh manusia dan juga haiwan. Ianya ialah biji epal.

Tanda-tanda keracunan ringan daripada kesan asid tersebut ialah berasa pening, loya, sakit kepala dan kekeliruan. Manakala, bagi keracunan yang teruk akan menyebabkan peningkatan tekanan darah dan kadar denyutan jantung, sukar untuk bernafas, dan kegagalan fungsi buah pinggang.

Daripada kesan keracunan yang teruk, akan menyebabkan kesan yang lebih teruk daripada sebelumnya seperti sawan, …

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid

Image
Apa itu Hypothyroidism (hipotiroid) ? Hypothyroidism ialah satu keadaan dimana badan kekurangan hormon thyroid akibat daripada kelenjar thyroid (tiroid) yang kurang aktif.

Sedikit penerangan tentang bagaimana Hypothyroidism terjadi dan kaitannya dengan tumbesaran badan (metabolisma) Seperti yang kamu tahu, metabolisma ialah proses yang dilakukan oleh tubuh untuk mengubah apa yang kamu makan dan minum menjadi tenaga. Tenaga ini kemudiannya disalurkan ke seluruh badan samaada untuk pencernaan makanan, bergerak ataupun berehat.
Thyroid ialah satu kelenjar di bahagian halkum yang menggunakan iodine (umumnya berasal dari makanan misalnya laut dan garam) untuk menghasilkan 2 jenis hormon yang penting dalam metabolisma iaitu hormon thyroxine (T4) dan hormon triiodothyronine (T3). 
Bilangan hormon T4 dan T3 di dalam badan masing-masing ialah 99% dan 1%, tetapi hormon yang penting untuk badan ialah T3. Walaupun begitu, semasa di dalam badan, T4 akan ditukarkan menjadi T3 dari semasa ke semasa b…

Pengenalan Kepada Facebook Timeline

Image
Pengenalan Kepada Facebook Timeline Pada 6 Disember yang lepas, Facebook telah mula menggunakan Facebook Timeline sebagai muka depan profile Facebook bermula dengan New Zealand dan akan menyeluruh pada masa akan datang. Menurut update daripada The Facebook Blog tentang pembaharuan ini ia mempunyai beberapa ciri-ciri penting yang akan berguna untuk pengguna Facebook. 
UPDATE on Tuesday, December 6, 2011: Beginning Timeline Rollout in New ZealandWe announced Timeline in September and made it available to developers building apps on our platform. Since then, over a million people have signed up for the developer beta to access Timeline. The feedback we've received so far has been invaluable. Starting today, we are making Timeline more widely available as we measure speed and other types of performance. We'll begin by making it available to people in New Zealand and then roll it out more broadly in the near future
Facebook Timeline, ianya lebih kepada siri post dan update tent…

Apa Itu Hang | PANArt [video]

Image
Apa Itu Hang | PANArt ? Hang telah dibangunkan pada tahun 2000 di Berne, Switzerland oleh Felix Rohnerdan Sabina Schärer. Ia telah diperkenalkan di FrankfurtMusikmesse pada tahun 2001. Namanya berasal dari perkataan Bernese Jerman untuk hand. Kedua-dua hemisfera dalam keluli Hang dikeraskan melalui proses yang dikenali sebagai gas-nitriding.
Ia dimainkan dengan meletakkan Hang di atas riba dan menyentak jari ke permukaan hemisfera Hang. Suatu nada/bunyi yang mendamaikan, tenteram, dan harmoni terhasil daripada instrumen ini jika ia dimainkan secara teratur.
Generasi pertama Hang dimainkan secara melintang di atas riba, manakala generasi kedua Hang dimainkan secara menegak. 
Pernah berjumpa alatan ini ? Pernah mendengar secara lansung ? 




Apa Itu Hang | PANArt. Sumber Wikipedia.

Download atau Dengar Bacaan Al-Quran Online

Image

Kebaikan Pertukaran Pelajar

Image
Kebaikan pertukaran pelajar ? Pertukaran pelajar disini bermaksud seorang atau sekumpulan pelajar yang ditukarkan tempat belajar sama ada di dalam negara ataupun ke luar negara untuk sementara waktu bagi mewakili tempat belajar asal. Pertukaran di dalam negara atau ke luar negara masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri, tetapi hendak aku senaraikan beberapa kebaikan pertukaran pelajar ke luar negara.

Kebanyakan daripada senarai ini adalah saling berkaitan untuk membentuk pengalaman semasa program pertukaran pelajar.


PendidikanPelajar akan terdorong untuk menerima dan memahami tentang pelbagai perspektif budaya dan masyarakat yang berbeza.Bahasa difahami melalui praktikal. *Mencuba untuk menyesuaikan bahasa baruKesedaran tentang pelbagai kaedah alternatif dan pendekatan kepada pembelajaranPengetahuan umum yang lebih luas dalam isu-isu global.
Peribadi
Pembangunan diri dan kesedaran yang meningkatkan keyakinan diri dan juga harga diri. *Perubahan ketara di kalangan pelajar…

Apa Itu GLC

Image
Apa itu GLC ? GLC bermaksud Government Linked Company atau lebih tepat Syarikat Berkaitan/Milik Kerajaan


Maksud | Takrifan GLC


Maksud GLC ? GLC ditakrif sebagai syarikat yang mempunyai objektif komersil yang primer dan kepentingannya dikawal secara langsung oleh Kerajaan Malaysia. Mengawal kepentingan merujuk kepada keupayaan atau kuasa Kerajaan (bukan sekadar peratus pemilikan) untuk melantik anggota Lembaga Pengarah, pengurusan atasan dan membuat keputusan utama terhadap GLC (contohnya, pemberian kontrak, strategi, penstrukturan semula dan pembiayaan, pemerolehan serta pemberhentian pelaburan), sama ada secara langsung atau melalui Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).

Apakah syarikat yang dikategorikan sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)?
Kategori syarikat berkaitan kerajaan ialah syarikat-syarikat yang berada di bawah kawalan Kerajaan Negeri dan agensi peringkat Negeri masing-masing. Syarikat yang berada di bawah kawalan lansung Kerajaan sebagai agensinya juga termasu…

Apa | Siapa Itu Kaoru

Image
Apa | Siapa itu Kaoru ? Kaoru ialah seorang pelukis komik Malaysia. Karya beliau yang terkemuka ialah Helios Eclipse,Kaoru's Cake House dan Maid Maiden.

Yang Tee | Kaoru pelukis komik wanita Malaysia Nama beliau ialah Yang Tee. Lahir pada 4 Februari 1982 di Perak. Kaoru adalah nama yang dikenali oleh peminat-peminatnya.

Setiap komik yang dihasilkan oleh beliau, mempunyai keunikan lukisan yang sama, tetapi berbeza jika hendak dibandingkan dengan lukisan pelukis komik yang lain.

Struktur cerita komik beliau banyak berkisah tentang cinta remaja. Sasaran pembaca beliau ialah kanak-kanak dan remaja belasan tahun, tetapi, ada saja pembaca yang berumur lanjut baca komik beliau.

Bagi aku yang mempunyai seorang adik perempuan yang meminati komik-komik beliau, selalu pinjam baca di waktu aku lapang. Walaupun bagi seorang lelaki macam aku agak menggelikan baca komik kartun berkisah cinta, tetapi, kebanyakkan komik beliau terselit banyak pengajaran yang mungkin akan mengajar remaja secara pe…

Memadam Post Widget Di Homepage ?

Image
Memadam post widget di homepage ? Post widget berulang di dalam html tetapi apabila hendak dipadam berlaku error bX-xxxxxx ? Tidak mahu entri/widget muncul sebagai homepage/muka depan ?
Bagi pengguna New Blogger Interface kamu mesti tahu bahawa ia masih lagi baru dan masalah-masalah (bug and error) akan seringkali muncul. Kenapa ini berlaku ? Bagi Blogspot expert team mereka tidak tahu semua aktiviti yang dilakukan oleh blogger yang menggunakan platform blogspot.com , sebab itu mereka menyediakan option feedback kepada pengguna untuk memberitahu mereka jika ada apa-apa masalah berkenaan dengan New Blogger Interface.
Kaedah yang akan aku tunjukkan di bawah, aku perasan semasa blog aku telah dicerobohi, template telah bertukar dan ditambah pulak post widget yang berulang ;
Contoh post widget yang berulang <div id='main-wrapper'>         <b:section class='main' id='main' showaddelement='no'> <b:widget id='Blog1' locked='tr…

Apa Itu Reflek Sternutatory

Image
Apa itu reflek sternutatory ? Reflek sternutatory ialah tindak balas badan secara semulajadi ketika bersin. Macam Mana Kita Bersin ?Pusat bersin ada di dalam otak, tetapi, tidak ramai orang yang tahu mengenainya. Jika ada sesuatu yang mengacau di dalam hidung, pusat bersin akan memberitahu otot-otot yang lain yang bekerja bersama-sama untuk bersin.
Bersin ialah satu reflek.


Kenapa Kita Bersin ? Bersin ialah salah satu cara badan dapat membuang perkara-perkara yang tidak dingini yang ada di dalam hidung.
Perkara-perkara yang dimaksudkan ialah seperti bakteria, kuman, dan debu.
Bersin juga terjadi ketika bau lada, ini kerana badan tidak menyukai bau lada.

Boleh Bersin Dengan Mata Terbuka ? Sesetengah orang dapat bersin dengan mata yang terbuka, dan majoritinya tidak dapat lakukannya. Ini kerana, perbuatan menutup mata semasa bersin ialah satu tindakan reflek otot-otot kelopak mata.
Ada yang berfikir apabila bersin tanpa menutup mata, mata akan tersembul keluar. Ini se…

Blog | Apa Kata Aiman | Berubah ?

pagi jumaat saya mula dengan masalah ^^"

err.. hmm.. nasib.. nasib.. kalaulah aku tak publish entri kat cc tadi..

mungkin tak jadi cengini T_T

*************************
itu status facebook aku... korang boleh nampak apa yang masalahnya ??
nak tiyak, aku dah besaq, laki pulak tu..
haiz.. haiz.. haiz.. lepas sembahyang jumaat jap g baru belek lain nate blog apa kata aiman ni

[update] dah oke :) kecual sedikit lagi coding lupa macam mana. Perlu tanya admin forblogger.net


Apa Itu Cano Cristales | Cano Cristales

Image
Apa Itu Cano Cristales ? Cano Cristales ialah nama bagi sebuah sungai yang terletak di wilayah Meta , Colombia.

Sungai Cano Cristales mempunyai keunikan biologi yang tersendiri yang menjadikannya istimewa berbanding sungai-sungai yang lain.

Penghasilan alga (lumut) yang berwarna seperti merah, kuning, hijau dan biru di bahagian bawah sungai menjadikannya sesuatu yang indah.

























Sungai Cano Cristales juga digelar sebagai "sungai lima warna", "cecair pelangi", "sungai yang paling indah di dunia" dan juga sebagai "sungai yang melarikan diri dari syurga"

Keunikan sungai ini tidak dapat dilihat sepanjang masa, hanya pada tempoh-tempoh tertentu antara musim hujan (Colombia) dan musim kering (Colombia), berikutan paras air yang tinggi pada musim hujan dan airnya mengalir dengan deras dan sebaliknya pada musim kering.

Spesis tumbuhan yang unik, Macarenia clavigera, akan tumbuh warna merah terang di bawah sungai dan diseimbangi dengan warna kuning pasir, je…

Aku Nak Sembahyang

Image
Teguhnya rumah kerana tiang sari, teguhnya negara kerana perpaduan, teguh keluarga kerana kasih sayang, teguh agama (Islam) kerana sembahyang yang ikhlas.

Waktu sekolah menengah, entah kamu ingat lagi atau tidak, ada satu topik dalam Pendidikan Islam, iman dapat dirasakan manis. 
Yang aku ingat lagi tentang cara-cara hendak merasa manisnya iman, kita (umat Islam) tidak meninggalkan ibadah wajib, lakukan dengan ikhlas disamping ibadah-ibadah lain seperti kerap berzikir, sering membaca al-Quran dan kalau boleh memahami maksud ayat yang dibaca, melakukan solat taubat setiap hari, dan berdoa minta hidayah.
Kadang-kadang, aku dapat nampak dan faham apa maksud "berserah diri" kepada Allah semata-mata. Setiap apa yang dilakukan, dilihat oleh Allah, dan kita (umat Islam) mengharap apa yang dilakukan mendapat keredhaan Allah supaya ia menjadi satu ibadat.
Tetapi, entah, mungkin iman yang lemah atau mungkin nafsu yang mengusai diri, fahaman dan penampakkan aku tentang "berserah …

Macam Mana Nak Jadi Stalker ?

Image
Macam mana nak jadi stalker yang berjaya ?

Kena ikut step by step.
Mula-mula ketahui target individu yang hendak di stalk. Ketahui butiran peribadi, dan seeloknya nama panggilan dan terbaik jika tahu nama penuh.
Manfaatkan kebersanan Google Web Search dan Google Image Search dengan menaip nama panggilan atau nama penuh individu tersebut di bahagian carian.
Di bahagian Google Web Search, tersenarai beberapa website yang mempunyai mempunyai kaitan dengan tuan nama tersebut, seperti Facebook dan Tweeter.
Di bahagian Google Image Search, beberapa gambar yang berkaitan dengan nama individu tersebut akan muncul pada bahagian atas keputusan carian gambar, bermula dari atas kiri ke kanan.
Cuba la. Senang kan ?
Kenapa ini berlaku ? Gambar dari Facebook ada di ruang keputusan carian gambar google ? Macam mana nak buang gambar yang berasal dari Facebook dari Google Image Search ?
Biar aku terang secara pendek macam mana google buat kerja yang kamu boleh faham.

Google Crawler akan crawl semua (bil…

Perlis Darul Sunnah

Image
Perlis Darul Sunnah ? Pada tahun 2006, bekas Menteri Besar Perlis, Dato Seri Dr. Shahidan Kassim telah mengisytiharkan Perlis sebagai Darul Sunnah, iaitu sebuah negeri ilmu berikutan percambahan institusi pendidikan di Perlis.

Info Negeri Perlis (berdasarkan tahun 2011) Lagu Negeri : Amin amin ya Rabaljalil ;
Amin amin ya Rabaljalil
Doa hamba yang sangat zalil
Tinggikan daulat serta adil
Kekal perintah Jamalullail


Ibu negeri : Kangar Bandar diraja : Arau
Panggilan pemerintah : Raja Raja : Tengku Syed Sirajuddin Putra Jamalulail Menteri Besar : Datuk Dr. Md. Isa Sabu Keluasan : 810 kilometer persegi Kod Telefon Rumah : 04 - xxx xxxx No Plat Kenderaan : R

Sejarah Negeri Perlis Sejarah bermula pada tahun 1821 di mana pada ketika itu berlakunya tindak balas besar-besaran daripada penduduk tempatan ke atas penjajahan Siam ke atas Kedah. Akibat daripada peristiwa tersebut, pihak Siam berundur dan pembesar tempatan telah diberi kuasa untuk mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu, dan Perlis. Raja Long Kr…

25 Fakta Menarik Mengenai Kucing

Image
25 fakta menarik mengenai kucing ? Kucing ialah haiwan kesayangan Rasullulah, dan juga beberapa sahabat yang lain. Kucing juga ialah antara haiwan peliharaan rumah yang jinak dan mudah diurus. Disamping seringkali dijadikan sebagai teman dikala sunyi, sedih, dan juga sebagai tempat bermanja ia mempunyai beberapa fakta menarik yang menjadikannya lebih istimewa. Berikut ialah 25 fakta menarik mengenai kucing.
1. Kucing memiliki 30 ruas tulang belakang, 5 kali lebih banyak dari manusia

2. Kucing memiliki 230 tulang, 24 kali lebih banyak dari manusia
3. Kucing tidak memiliki tulang selangka, *clavicle
4. Kelenturan tubuh kucing sangat menakjubkan, kaki depannya dapat diputar ke segala arah dan setengah  bahagian tubuhnya dapat bergerak ke arah yang berlawanan
5. Pendengaran kucing lebih sensitif dari manusia dan anjing. Batas pendengaran kucing 65 khz, sedangkan manusia ialah 20 khz
6. Kucing memiliki mata terbesar dibandingkan dengan mamalia lain (dalam hubunga mata dengan besarnya tubuh…

Bintang Polaris

Image
Pernah korang dengar tentang Bintang Polaris ? Bintang Polaris ialah satu bintang yang cantik dan terang, atau nama lain ialah Qutbi (arab)

Apa yang menarik tentang Polaris selain namanya yang cantik ?

1 - Penunjuk arah Utara
2 - Terletak betul-betul hampir dengan paksi putaran Bumi
3 - Terang dan mudah cari


Bintang Polaris terletak di ekor ursa minor (biduk kecil) dan, buruj biduk pulak hampir setiap masa ada di langit bumi Malaysia. Masa paling senang untuk mencari dan mengenal pasti bintang Polaris ialah antara bulan Jun hingga September.

Cari ja bintang 3 butir yang berada dalam satu barisan, korang akan jumpa dengan ursa major (biduk besar), kemudian, perhatikan rajah di atas - Polaris satu bintang yang paling terang di dalam ursa minor..

Disebabkan Polaris terletak betul-betul hampir dengan paksi putaran BumiBintang ni seakan-akan tidak bergerak, dan bintang-bintang lain seperti mengelinginya. Jadi, lain masa, korang kena pusing-pusing la kepala kalau nak cari buruj biduk, ke…

Apa Itu Animasi

Image
Apa Itu Animasi ? Animasi ialah pertunjukkan pantas urutan imej-imej statik 2-D atau 3-D untuk mewujudkan ilusi pergerakan. Animasi akan meninggalkan kesan ilusi optik pergerakan disebabkan oleh fenomena pengekalan penglihatan, dan boleh ditunjukkan dan dilakukan dalam beberapa cara. Kaedah yang paling kerap digunakan ialah membentangkan animasi sebagai program wayang gambar ataupun video.


Pergerakan animasi bola melompat di atas ialah gabunan daripada gambar-gambar di bawah.


Sejarah Animasi Sebuah mangkuk berusia 5000 tahun di temui di Shahri Sokhta mempunyai lima imej kambing yang dilukis di keliling mangkuk tersebut. Ia dikatakan sebagai contoh animasi terawal. Walaupun begitu, oleh kerana tiada alat yang dapat menunjukkan ia sebagai satu animasi pada waktu tersebut, satu siri imej seperti itu tidak dapat dipanggil sebagai satu animasi kerana bercanggah dengan maksud sebenar animasi.

Zoetrope - Tahun 1834 Zoetrope ialah sebuah alat yang akan menghasi…

Malaysia dan Indonesia

Image
Malaysia dan Indonesia ?

Mungkin agak lambat bagi aku untuk memberi berbicara sedikit tentang hubungan Malaysia dengan Indonesia.


Perlawanan akhir sukan bola sepak di Sukan SEA antara Malaysia dan Indonesia baru-baru ini berlansung dengan berkesudahan Malaysia sebagai pemenang pingat emas.
Tetapi, tahu ke tidak korang, yang perlawanan tersebut bukan sahaja menggalas misi untuk merebut pingat emas ?
Perlawanan tersebut juga diselebungi dengan dendam dan benci antara sebilangan rakyat antara dua buah negara tersebut. Boleh dikatakan, perlawanan tersebut bukan sahaja untuk memenangi pingat emas, tetapi telah meletakkan maruah negara sebagai pertaruhan perlawanan.
(Maaf) Indonesia mungkin terkenal di negara Malaysia sebagai negara yang berfikiran cetek yang sering membangkitkan isu-isu yang tidak membawa apa-apa kebaikan, tambahan pula hanya menjatuhkan lagi maruah negara Indonesia. Rakyat Indonesia juga seperti tidak sedar diri, sedangkan rakyat mereka mencari makan di Malaysia, masih lagi …

15 Seksaan Orang Yang Meninggalkan Solat

Image
Orang yang meninggalkan solat akan diseksa dengan 15 seksaan. Enam daripadanya akan diterima di dunia, tiga daripadanya ketika nyawa di penghujung, tiga lagi daripadanya ketika di dalam kubur dan tiga yang terakhirnya di hari kiamat. - Jumlah 15 seksaan.

6 Seksaan Diterima Di DuniaUsianya tiada keberkatan.Dihilangkan tanda-tanda orang yang soleh daripada wajahnya.Tiada pahala setiap amalan dilakukan.Doanya tidak dimakbulkan.Semua makhluk di dunia membencinya.Tidak menerima bahagian daripada doa-doa orang yang soleh.
3 Seksaan Ketika Nyawa Di Penghujung Matinya dalam kehinaan. Matinya adalah dalam keadaan yang terlalu lapar. Matinya adalah dalam keadaan yang sangat dahaga.
3 Seksaan Ketika Berada Di Dalam Kubur Kuburnya disempitkan.Dibalik-balikkan dirinya dalam bara api yang dinyalakan.Ular yang dinamakan Shajkul Akrak akan menyeksa si mayat sehingga kiamat.
3 Seksaan Di Hari Kiamat Malaikat akan menyeretnya dalam keadaan hina masuk ke neraka.Mendapat k…

Shajkul Akrak dan Black Metal ?

Image
Shajkul Akrak ialah nama bagi seekor ular yang terbesar dan mempunyai tugasnya yang tersendiri seperti yang telah diperintah Allah. Shajkul Akrak ialah antara binatang penyeksa mayat di dalam kubur.
"Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat."
Kesalahan yang akan menjemput ular Shajkul Akrak ke dalam kubur ialah kesalahan meninggalkan solat.
Tetapi
Tetapi, hati aku terdetik nak kongsikan ciri-ciri ular ni. Aku pun buka la Google, dan cuba teka apa kata kunci yang aku masukkan ? Mestila 'Shajkul Akrak' , tetapi result yang keluar hampeh.
Yang keluarnya cerita tentang satu kumpulan Black Metal dari Kuching, Serawak, yang mungkin secara kebetulan di atas kebodohan mereka menamakan kumpulan mereka sebagai Shajkul Akrak.
Dipetik dari dalam satu post di dalam Tumblr - shajkul akrak band …