Pages

28 July 2011

Ilmu yang dimanfaatkan

Salam
dengar la sambil baca untuk kesan maksimum




Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh” (HR. Muslim no. 1631)


dalam hadis di atas, disebut tentang 3 perkara yang tidak putus dengan orang yang telah meninggal dunia. 1) sedekah jariyah, 2) ilmu yang dimanfaatkan dan 3) doa dari anak yang soleh

aku nak sentuh sikit tentang ilmu yang dimanfaatkan.. ada kata ulama', limu yang bermanfaat tersebut ialah ilmu agama (ilmu syar’i) yang diajarkan kepada orang lain, dan mereka terus amalkannya..

kata umi dan juga fahaman semasa aku, ilmu yang bermanfaat juga termasuk dalam apa2 ilmu yang baik yang kita perturunkan dalam apa2 jenis medium, kuliah ataupun buku, yang dimanfaatkan oleh orang lain untuk kebaikan dunia dan akhirat mereka..

Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya:


 “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap orang Islam.” 

(Riwayat Iman Ibnu Majah).

tahu tak kau orang, cikgu, pensyarah, pengajar, ibu bapa ialah antara orang yang banyak saham akhirat mereka dalam konteks ilmu yang dimanfaatkan.. ? cuba bayangkan betapa banyak ilmu yang telah dicurahkan oleh mereka dan masih lagi kita gunakan sehingga hari ini dan akan datang.. banyak bukan..

TETAPI,,


aku percaya, agama Islam ialah agama yang adil.. macam mana pulak bagi mereka yang mengajar perkara2 yang tidak baik dan si penerima ilmu tu menggunakan ilmu yang tidak baik sehingga hari ini. ?

Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :

"Barangsiapa yang mengajar ilmu yang berfaedah kepada orang lain, maka dia akan mendapat pahala sebagaimana orang yang melaksanakan ilmu itu sehinggalah orang itu meninggal dunia. Dan barang siapa yang mengajar ilmu yang tidak baik kepada orang lain, maka dia akan mendapat dosa sebagaimana orang yang melaksanakan ilmu itu sehinggalah orang itu meninggal dunia."

A : eh, apa pulak dosa aku, B yang ajarkan kat aku, dosa B laaa..
B : eh.. ?
C : tak kisah, B pun dapat, A pun dapat.. sabda nabi kata "Siapa yang mengajar" oke~

sekarang ni, macam2 medium ada..dan, disebabkan aku ada di dalam Blogspot.com..


Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : 


“Setiap kamu adalah tidak terlepas daripada melakukan kesalahan, dan sebaik2 orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat”.



kepada blogger dan rakan2 sekalian.. gunakanlah bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan ini untuk bermuhasabah diri dan memohon keampunan kepada Allah..

aku bukanlah baik sangat, tapi,, sama2 lah kita buat yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita..

"Eh... apa yang kau share dalam blog/note kau tuh~ ahaaaa... tak baik tau~"

tidak takutkah engkau kepada siksaan kubur, akhirat dan neraka ?

percaya atau tidak.. kat luar tuh.. ada ja manusia2 yang tak sedar tentang keistimewaan agama Islam, dan kita, sebaik2nya bersyukur dan gunakan dengan baik nikmat terbesar yang kita dapat ni, nikmat agama Islam.

hanya Allah yang mengetahui segala isi alam..

(,^^)

p : selalu sangat aku menaip hilang isi dan lari tajuk.. harap sangat dapat sampai kat kau orang.. >.<''
ps : haaa.. akhirnya, dapat jugak buat entri formal @ skema :p
pss : nak hurai panjang sebenarnya, tapi sini hujan.. takut tenet putus.. wifi kolej la katakan..
psss : next week puasa.. yeay!!

bye~

Entry Yang Penuh Keikhlasan Banyak Dalam Ni ---> shamyheart