Haishhh

Salam

*sighing*

aku still baru dalam blogging ni.. dalam 4 bulan kot.. dapat la tangkap sikit2 tentang blogging ni.. yang pasti, kita sebagai blogger, mesti mengharapkan kita mempunyai PEMBACA  kan..

rasanyakan, semua blogger ada facebook dan dah join group blogger kat facebook kan.. nak ping entri masing2 bila dah update la katakan.. mencari pembaca..

tapi, apa eh kau orang rasa, bila kau dah ping entri kat facebook,,, then ada orang komen kat ping kau orang just berdasarkan tajuk,, tak tengok lagi entri kau orang.. yerlaa,, kadang2, tajuk berlawanan dengan isi entri, nak cari pembaca la katakan..

itu satu hal.. lain hal pulak.. dalam blogging ni, aktiviti singgah menyinggah macam perkara wajib kalau nak dapatkan ramai follower = ramai pembaca kan.. kalau la blogger nak tinggal jejak, diorang boleh tinggal di shout box,, kalau nak buktikan diorang dah baca entri, diorang akan tinggal komen, atau *tak perlu kot tinggal komen.. SR pun oke gak..

macam kes facebook jugak.. entri ada tajuk,, tajuk entri tak semestinya bermaksud yang sama dengan isi entri..
contoh...
entri dari cik mish : Mengail Ikan Duyung.. tak baca entri lagi dah publish komen siap
"eh,,, boleh ke mengail ikan duyung,, menipu aeee"
padahal,,, cik mish, seleweng dari tajuk dalam entri dia.. tapi best!
/contoh

yerlaa.. nak meng-update satu hal,, nak mencari idea satu hal, nak menaip bagi ayat tu mesra pembaca jugak satu hal.. bagi yang selalu buat kerja cepat lepas tangan kaki macam kat atas tu sambil tak kira apa perasaan si penaip entri,, PKL!! * Pergi Ke Longkang laaaaaa!!

ps : malas nak isukan sebenarnya,, ,tapi, bayangkan la tengok kalau jadi kat diri sendiri.. sharing is caring..

Bye~

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid