apa itu Diploma Sains Kuantitatif ?

Salam

Sains Kuantitatif, disebabkan namanya yang memusykilkan pelajar baru, ditukar kepada Sains Matematik, yang lebih jelas maksud namanya.

Dari UiTM's website...

Diploma Sains Kuantitatif (CS113) Program ini melahirkan graduan separuh profesional yang berpengetahuan tinggi dalam bidang sains kuantitatif yang berkaitan dengan matematik dan statistik serta berkebolehan untuk menggunakan teknik dan kaedah kuantitatif yang bersesuaian untuk menjalankan analisis, penyelidikan, ramalan dan perancangan dan mungkin juga keputusan yang tepat dalam persekitaran industri. Program ini juga memberi peluang kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang matematik dan statistik di fakulti ini atau institusi pengajian tinggi yang lain atau program ijazah berkaitan yang lain.

best kan ayat penyedap atas ni.. hehe..


benda ni penting dalam cs113


sains kuantitatif ni, kalau ringkas kata, belajar matematik laa sebab ada banyak subjek yang berkaitan dengan matematik..

dan,, semua course ada minor masing2 supaya student2 tak terlalu terperuk dan ini akan memberikan kelebihan sampingan atau ilmu tambahan selain major dalam course..

Sains Kuantitatif, major matematik... minor account, computer, statistik, dan lain - lain.. bagi yang baru nak masuk, untuk pelajar sem 1, pelajar akan belajar.. agama, statistik, geometri, pre calculus, dan english.. see, ada 3 subjek berkaitan matematik untuk sem 1.. best kan..  ?

owh.. sekarang ni Maktab Perguruan memang tegas dalam pengambilan pelajar baru diorang.. nak 8A , 9A.. sekali dengan aku2 dia tendang.. well.. kalau berniat nak jadi cikgu matematik, dah mohon maktab, tapi tak dapat atau tengah proses, mohon atau ambil ja course sains kuantitaif ni.. sebab, nanti bila dah graduate, boleh ambil KPLI.. boleh jadi cikgu juga..

usaha di SPM adalah penentu di mana kau berada pada umur 18tahun.. usaha pada umur 18tahun penentu di mana kau berada pada umur 35tahun..

rezeki di tangan tuhan.. belajar ja dulu.. jangan fikirkan sangat tentang kerja apa lepas ni, n whatsoever.. insyaAllah.. ada rezeki, ada lah nanti..

kalau di SPM, matematik dan matematik tambahan boleh skor A atau B or C (untuk addmath).. dan memang minat matematik,, ambil ja course ni.. memang best!

takut tak dapat skor.. kat sana nanti.. ada pensyarah yang sentiasa ada untuk membantu.. dan kawan2 se-course.. jangan risau tentang tak dapat skor.. manusia semuanya baik hati.. :)


**********

Apa yang aku belajar di dalam Sains Kuantitatif ?

[Sains Kuantitatif - Part 4
[Sains Kuantitatif - Part 5]
[Sains Kuantitatif - Part 6]

Other posts

[Quantitative Science - Farhani Mazlan]

QS Related

**********

orang selalu cakap,, budak2 matematik ni skema... huh


apa ada muka skema ka aku.. ? *mana satu aku .. haha!

bye~

love math! math is fun.. lalala~
takmo like... nak +1 ye.. sebab entri ni ever-spring.. hehe (,^^)

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid