Program Score A SCAM ?

Salam

ini ialah pendapat aku.. (aku tak perlu terang secara terperinci, disebabkan point aku hanya nak nyatakan program ni ialah satu penipuan sahaja)


kenapa aku katakan Program Usahawan Score A ialah satu program penipuan/scam ?

pernah tak kau orang dengar cerita surat berantai ? atau pun sms/email berantai ?
yang pasti, kandungan dalamnya tuh mesti akan ada unsur2 yang akan menekan perasaan takut kau orang untuk forward kan ? ngeh3.. "you will die if not send this to 10 people"... so.. hurry2 up.. before the 10 people ALREADY FORWARD it..

program ni asalnya ialah sesuatu yang baik, untuk mengenalkan kepada masyarakat tentang kewujudan Tuition Online yang sangat berkesan ni *aku pernah langgan, so aku admit, memang berkesan..

straight to the point..

macam mana program ni bergerak ? dan kenapa ianya dikatakan baik untuk mempromosikan produk ? dan apa alasan aku program ni ialah satu penipuan ?

Macam mana program ni bergerak ?
setiap ahli yang berdaftar, akan mendapat komisen jika dia dapat menarik ahli baru masuk berdaftar di bawah beliau (downline) dan akan mendapat beberapa komisen lain jika downline beliau berjaya menarik masuk downline yang baru..

Promosi Produk ?
setiap ahli yang ingin mendaftar sebagai usahawan score A perlu membayar harga pakej2 tertentu.. ada 4 pakej dengan harga yang berlainan.. EE (RM796), EP (RM2488), EE(6888) dan EM (RM10080)..
setiap pakej akan diberikan kad2 id beserta password untuk log in masuk ke portal Tuion Online Score-A..
EE (2kad), EP (5kad), EE (15kad) dan EM (30kad)... dengan harga 1kad berharga RM300+

cara mudah untuk mendapatkan balik modal keahlian ialah dengan menjual kad2 tersebut kepada orang lain.. dan,, tup.. orang lain akan mula mengenali dengan Score-A bukan ? dan, kad2 tersebut hanya terhad untuk beberapa bulan, untuk menyambung langganan, perlu membuat bayaran lain terus kepada syarikat..

Alasan aku, program ini ialah satu program penipuan
cara nak daftar senang ja.. paling murah.. RM796.. selepas kau orang daftar, kau akan dapat 2 kad.. kad tu ikut suka nak jual kat orang atau nak simpan buat kenangan..

cara nak dapat duit,, senang ja.. kau cari orang masuk daftar bawah kau (downline),, dan setiap orang yang masuk bawah downline kau, kau akan dapat jugak duit.. oke.. bagitau aku, ini bukan sistem piramid yang dimana pengasas sistem ni akan senang lenang makan duit orang tanpa buat apa2 pun..

dan lagi satu.. apa kejadahnya STUDENT buat kerja semua ni ?? kau orang tak perasan ka ? student la yang paling inonsen sekali dalam dunia bisnes2 ni.. sebab tak reti apa2 pun.. dalam erti kata lain,,,

setelah orang2 tua ramai yang dah masuk ke dalam program ni,, takpa laa.. orang tua ada anak2,, diorang masuk, kad tu boleh dimanfaatkan kat anak2 diorang...dan orang2 tua ni boleh syorkan program ni kat kawan2 diorang yang punya anak... so, diorang dapat la komisen sikit.. ini bisnes...

tell me,, what the hell student doing all this ?? if 100 or 200 student, oke laa... mungkin nak tolong adik2.. tapi dah 50 000 students around Malaysia ? wth ? kau orang nampak tak permainan program ni ke atas student macam mana. .? damn...

please anak2 melayu..
tengok la dengan mata hati, bukan mata duitan.. yes,, program ni dapat menjana duit,, tapi kau orang tahu duit tu datang dari mana ? dan tujuan duit tu diberikan kepada kau orang ? dah masuk kes was2.. haram jika sesuatu perniagaan yang mengandungi unsur was2.. duit haram, tak berkat ilmu, tak senang hidup, tak terima doa..



MELAKA: Niat dua pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negeri ini untuk mencari pendapatan lebih dengan melaburkan simpanan mereka menerusi skim tuisyen dalam talian lebur apabila mendakwa tertipu dengan tawaran terbabit.

Loh Yee Huan dan Haw Chin Whay masing-masing berusia 20 tahun mendakwa kerugian RM2,488 setiap seorang apabila dijanjikan menjual kad prabayar yang mengandungi kata laluan dan nama pengguna (ID) bagi menggunakan portal tuisyen terbabit.

Sebaliknya, beberapa hari selepas itu, mereka mendakwa perlu mencari orang bawahan (downline) bagi melabur untuk skim terbabit dan bukan menjual produk itu.

Menurut Loh, mereka dipelawa bekas rakan sekolah menyertai seminar mengenai peluang perniagaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, di sini, pada penghujung April lalu.

Katanya, dalam seminar itu penceramah memberi penerangan bagaimana menambah pendapatan dengan menjual perkhidmatan tuisyen dalam talian bagi kegunaan pelajar sekolah menengah.

“Keesokan harinya kami dibawa bertemu seorang pengurus kumpulan skim terbabit dan dia menawarkan dua pilihan sama ada mencari pelabur bagi membentuk ‘downline’ atau menjual produk.

“Disebabkan masih belajar, mustahil kami mampu mencari pelabur lalu kami bersetuju menyertai dengan memilih menjual produk dan membayar RM2,488 sebelum diberikan lima kit mengandungi kata laluan dan ID untuk dijual kepada pengguna,” katanya yang ditemui selepas mendapatkan khidmat nasihat daripada Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Chua Kim Tee, di sini, semalam.

Loh yang juga pelajar jurusan diploma sistem informasi perniagaan berkata, kit itu boleh dijual dengan harga RM790 sekeping kepada sesiapa saja.

Bagaimanapun, dakwanya beberapa hari selepas itu dia dipanggil menyertai satu mesyuarat dan dalam pertemuan itu pengurus kumpulannya memberitahu mereka perlu menyenaraikan nama rakan untuk diajak melabur bagi skim terbabit.

“Kami hairan mengapa kami dikehendaki mencari pelabur sedangkan pada awalnya kami perlu menjual produk mereka.

“Kerana tidak bersetuju dan tidak mahu rakan lain tertipu, saya dan Haw enggan meneruskan jualan produk itu,” katanya.

Dakwanya, mereka diberi tempoh bertenang 10 hari oleh syarikat terbabit dan jika tidak berminat, semua yuran yang dibayar akan dipulangkan.

“Tetapi, apabila kami menghubungi pengurus kumpulan terbabit dia memberi alasan sibuk dengan mesyuarat sehingga melepasi 10 hari.

“Apabila ditanya kepada orang bawahannya mereka memberitahu tempoh bertenang sudah tamat dan mereka tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya. Sementara itu Chua berkata, dia meminta dua pelajar terbabit membuat laporan polis sebelum membawa mereka ke pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri.

“Saya juga menasihati mereka supaya membuat tuntutan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM),” katanya.


anggap setiap ahli membawa masuk 4 orang..


di atas sekali ialah pengasas sistem ni iaitu 1.. di bahagian kiri ialah bilangan ahli di bawah pengasas di setiap level.. di bahagian kanan ialah bilangan kumulatif downline di bawah pengasas di setiap peringkat..

betapa pengasas untung ? heh.. dan, siapa yang rugi ?

see ? lebih dari 75% akan rugi pada akhirnya..

pengasas(ceo) ASAL Portal Score-A, En. Kamal Tan Sri A. Samad ialah anak Melayu.. tetapi, disebabkan program keusahawanan ini, beliau sendiri telah menyaman syarikat dan anak2 buah beliau.. dan seterusnya,, menarik diri daripada syarikat sendiri.. kerana ? kerana beliau sedar, program tersebut hanya akan menindas orang2 melayu yang cetek pemikiran,, apatah lagi STUDENT...

apa yang student tahu... dia bawa masuk ahli baru, dan dia guide ahli baru untuk membawa masuk ahli baru, dia akan dapat duit.. see,,, it is all about duit.. damn..

aku keja disamping aku buat duit dengan bukak bisnes petani or wat so ever, aku kaya seorang seorang.. hasil titik peluh, yang aku tau datang dari mana duit aku makan.. then, ada rezeki lebih, aku tolong orang.. macam Al-Bukhori (maaf kalau salah eja nama) buat..

tulisan ini bukanlah untuk menganaiya sesiapa.. hanya pendapat dan nasihat.. mana yang baik, ikutlah, mana yang salah, tinggalkanlah.. dan maafkanlah aku jika tulisan ini menyakiti hati sesiapa, percayalah.. aku tidak berniat walau sekecil mana pun.. 
En. Kamal Tan Sri A. Samad pengasas Score A program tu, bukak portal lain, yang tiada unsur pelek2, dan jauh lebih murah! RM60 setahun seorang berbanding RM300+ 3 bulan.. kelik SINI , bagitau la mak bapak kawan2..

bye~

sumber keseluruhan : Google dan Aidid Mu'addib

Update : Aku ada buatkan poll tentang skor a, sila ke Bagus atau Tidak ? Program Keusahawanan Skor A

to my beloved Dr Nini - Tuntutan Permohonan MAAF dari Rusyainie Ramli & Mohamed Saffian Mahmud Mohaiyuddin atas FITNAH kepada kami

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid