15 Seksaan Orang Yang Meninggalkan Solat | Aimanayie

Pages

24 November 2011

15 Seksaan Orang Yang Meninggalkan Solat












Orang yang meninggalkan solat akan diseksa dengan 15 seksaan. Enam daripadanya akan diterima di dunia, tiga daripadanya ketika nyawa di penghujung, tiga lagi daripadanya ketika di dalam kubur dan tiga yang terakhirnya di hari kiamat. - Jumlah 15 seksaan.

6 Seksaan Diterima Di Dunia

  • Usianya tiada keberkatan.
  • Dihilangkan tanda-tanda orang yang soleh daripada wajahnya.
  • Tiada pahala setiap amalan dilakukan.
  • Doanya tidak dimakbulkan.
  • Semua makhluk di dunia membencinya.
  • Tidak menerima bahagian daripada doa-doa orang yang soleh.

3 Seksaan Ketika Nyawa Di Penghujung

  • Matinya dalam kehinaan. 
  • Matinya adalah dalam keadaan yang terlalu lapar. 
  • Matinya adalah dalam keadaan yang sangat dahaga.

3 Seksaan Ketika Berada Di Dalam Kubur

  • Kuburnya disempitkan.
  • Dibalik-balikkan dirinya dalam bara api yang dinyalakan.
  • Ular yang dinamakan Shajkul Akrak akan menyeksa si mayat sehingga kiamat.

3 Seksaan Di Hari Kiamat

  • Malaikat akan menyeretnya dalam keadaan hina masuk ke neraka.
  • Mendapat kemurkaan Allah s.w.t. yang amat hina.
  • Allah s.w.t. akan menghisabnya dengan berat yang terus dihumban ke neraka.

Firman Allah, surah al-Muddaththir ayat 40-43 maksudnya ;

"(Mereka ditempatkan) di dalam syurga (yang penuh nikmat) bertanya-tanya tentang (tempat tinggal) orang yang bersalah. (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata), 'Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar ?' Orang - orang yang bersalah itu menjawab, 'Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat.'"

Sumber - Tulisan Faiz M Azhari, penulis Majalah Gen-Q

5 comments:

  1. bnyk2kn beribadah.. bnyk kebaikknny :)

    ReplyDelete
  2. masyallah sungguh dasyat azab Allah. Sama2 kita doakan supaya mereka yg tidak solat akan menerima hidayahnya.

    ReplyDelete
  3. nauzubillahiminzalik. masih berusaha untuk ketetapan hati. tidak melengahkan solat. insyallah.

    ReplyDelete
  4. mohon share kat facebook ya akhi..barakallah..assalamualaikum. .

    ReplyDelete

You can always make a post as a comment to my post,
but don't forget to leave the post's link at here :)