Skip to main content

Aku Nak Sembahyang


Teguhnya rumah kerana tiang sari, teguhnya negara kerana perpaduan, teguh keluarga kerana kasih sayang, teguh agama (Islam) kerana sembahyang yang ikhlas.


Waktu sekolah menengah, entah kamu ingat lagi atau tidak, ada satu topik dalam Pendidikan Islam, iman dapat dirasakan manis. 

Yang aku ingat lagi tentang cara-cara hendak merasa manisnya iman, kita (umat Islam) tidak meninggalkan ibadah wajib, lakukan dengan ikhlas disamping ibadah-ibadah lain seperti kerap berzikir, sering membaca al-Quran dan kalau boleh memahami maksud ayat yang dibaca, melakukan solat taubat setiap hari, dan berdoa minta hidayah.

Kadang-kadang, aku dapat nampak dan faham apa maksud "berserah diri" kepada Allah semata-mata. Setiap apa yang dilakukan, dilihat oleh Allah, dan kita (umat Islam) mengharap apa yang dilakukan mendapat keredhaan Allah supaya ia menjadi satu ibadat.

Tetapi, entah, mungkin iman yang lemah atau mungkin nafsu yang mengusai diri, fahaman dan penampakkan aku tentang "berserah diri" hanya sekadar fahaman dan penampakkan, tiada usaha.

Sembahyang liat, perlu diketuk, walaupun tahu ia perkara wajib dan setiap solat yang ditinggalkan besar dosa dan balasannya nanti. Al-Quran dapat dibaca lancar, taranum mungkin tidak, apatah lagi fahaman ayat, tetapi, semenjak dah besar, kitab kalam Allah itu dijadikan seperti hiasan, entah bila hendak dibuka. Untung orang rumah masih membuka setiap hari, takut waktu aku bukak, tulisan kalam Allah sudah hilang.

Faham ? Tadi aku sebut aku faham "berserah diri" , tahu apa balasan tinggalkan solat dan takut jika suatu hari nanti aku buka al-Quran ayat-ayat dah hilang, tetapi, aku tidak buat bukan ?

Pernah merasa perasaan tenang menangis di atas sejadah seperti menangis dan meluahkan perasaan di bahu ibu kandung ?

Owh. Kenapa aku liat sangat dalam mengibadahkan diri aku. Jauhkah hidayah dari aku ? Atau, syaitan yang menjadi peneman setiap masa ? Atau, ini sememangnya diri aku ?

Sedih.

Kemanisan iman, aku cemburu dengan mereka yang dapat merasa.

Bagaimana agaknya dapat merasa perasaan ikhlas berserah diri dengan merasa sendiri kehadiran tuhan pencipta sekalian alam.

Aku nak sembahyang.

____________________________________________________________________________________________

Aku di atas hanya sebagai satu watak, tidak ada kaitan antara yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekadar tulisan dari Author | Baca perlahan-lahan, kalau tidak, jangan komen.

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Apa itu GLC ? GLC bermaksud Government Linked Company atau lebih tepat Syarikat Berkaitan/Milik Kerajaan


Maksud | Takrifan GLC


Maksud GLC ? GLC ditakrif sebagai syarikat yang mempunyai objektif komersil yang primer dan kepentingannya dikawal secara langsung oleh Kerajaan Malaysia. Mengawal kepentingan merujuk kepada keupayaan atau kuasa Kerajaan (bukan sekadar peratus pemilikan) untuk melantik anggota Lembaga Pengarah, pengurusan atasan dan membuat keputusan utama terhadap GLC (contohnya, pemberian kontrak, strategi, penstrukturan semula dan pembiayaan, pemerolehan serta pemberhentian pelaburan), sama ada secara langsung atau melalui Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).

Apakah syarikat yang dikategorikan sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)?
Kategori syarikat berkaitan kerajaan ialah syarikat-syarikat yang berada di bawah kawalan Kerajaan Negeri dan agensi peringkat Negeri masing-masing. Syarikat yang berada di bawah kawalan lansung Kerajaan sebagai agensinya juga termasu…

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

1. Formula
2. Penerangan Formula
3. Penggunaan Formula

Line and Plane In 3-Dimension | Mathematics Form 4

1. Formula

Seperti yang korang nampak kat atas, tu ialah formula trigonometri versi BM dan versi BI. Ada banyak cara nak ingat formula tu, dan cara yang aku boleh syorkan ialah

Versi BM :   Saya Tak Hafal      Kalau Saya Hafal       Tentu Tak Susah
Versi BI :   Soh  Cah  Toa

Bagi tutorial ni, aku akan gunakan sepenuhnya versi BM.


2. Penerangan Formula
Di mana garisan Tentangan Sebelah dan Hipotenes ?

Ambil Tita (macam lapan tuh) sebagai sudut.

Garisan Tentangan ialah garisan yang bertentangan dengan Tita

Garisan Hipotenes ialah garisan yang bertentangan dengan sudut 90

Garisan Sebelah, ialah garisan bersebelahan dengan Tita





3. Penggunaan Formula




Jika nilai garisan yang diberi (maklumat dari soalan) menunjukkan seperti rajah di sebelah, iaitu mempunyai nilai bagi garisan Tentangan dan garisan Hipotenes. Maka, formula Sin akan digunakan.



Makulumat yang ada, nilai garisan Hipotenes dan S…

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid

Apa itu Hypothyroidism (hipotiroid) ? Hypothyroidism ialah satu keadaan dimana badan kekurangan hormon thyroid akibat daripada kelenjar thyroid (tiroid) yang kurang aktif.

Sedikit penerangan tentang bagaimana Hypothyroidism terjadi dan kaitannya dengan tumbesaran badan (metabolisma) Seperti yang kamu tahu, metabolisma ialah proses yang dilakukan oleh tubuh untuk mengubah apa yang kamu makan dan minum menjadi tenaga. Tenaga ini kemudiannya disalurkan ke seluruh badan samaada untuk pencernaan makanan, bergerak ataupun berehat.
Thyroid ialah satu kelenjar di bahagian halkum yang menggunakan iodine (umumnya berasal dari makanan misalnya laut dan garam) untuk menghasilkan 2 jenis hormon yang penting dalam metabolisma iaitu hormon thyroxine (T4) dan hormon triiodothyronine (T3). 
Bilangan hormon T4 dan T3 di dalam badan masing-masing ialah 99% dan 1%, tetapi hormon yang penting untuk badan ialah T3. Walaupun begitu, semasa di dalam badan, T4 akan ditukarkan menjadi T3 dari semasa ke semasa b…