Apa Itu GLC

Apa itu GLC ? GLC bermaksud Government Linked Company atau lebih tepat Syarikat Berkaitan/Milik Kerajaan


Maksud | Takrifan GLC




Maksud GLC ? GLC ditakrif sebagai syarikat yang mempunyai objektif komersil yang primer dan kepentingannya dikawal secara langsung oleh Kerajaan Malaysia. Mengawal kepentingan merujuk kepada keupayaan atau kuasa Kerajaan (bukan sekadar peratus pemilikan) untuk melantik anggota Lembaga Pengarah, pengurusan atasan dan membuat keputusan utama terhadap GLC (contohnya, pemberian kontrak, strategi, penstrukturan semula dan pembiayaan, pemerolehan serta pemberhentian pelaburan), sama ada secara langsung atau melalui Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).


Apakah syarikat yang dikategorikan sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)?


Kategori syarikat berkaitan kerajaan ialah syarikat-syarikat yang berada di bawah kawalan Kerajaan Negeri dan agensi peringkat Negeri masing-masing. Syarikat yang berada di bawah kawalan lansung Kerajaan sebagai agensinya juga termasuk sebagai GLC, seperti Khazanah Nasional, Kementerian Kewangan Diperbadankan, KWAP dan Bank Negera Malaysia. Ini termasuk syarikat yang GLC sendiri mempunyai kawalan kepentingan, iaitu anak syarikat bersekutu GLC.

Syarikat dibawah GLC termasuk antara syarikat tenaga, telekomunikasi, perkhidmatan pos, penerbangan, lapangan terbang, pengangkutan awam, air dan pembetungan, serta perbankan dan perkhidmatan kewangan.

Antara Kepentingan GLC

  • Memastikan kemajuan Malaysia pada masa hadapan
  • Usaha peningkatan prestasi syarikat di bawah penyeliaan atau pengawasan Kerajaan boleh memberikan kesan penunjuk positif kepada sektor awam pada keseluruhannya.
  • Merupakan sebahagian struktur ekonomi negara yang amat penting. Kira-kira 5% daripada tenaga kerja kebangsaan berkhidmat untuk GLC dan hampir 36% dan 54% daripada permodalan pasaran Bursa Malaysia dan ukur rujuk Indeks Komposit Kuala Lumpur disumbangkan oleh GLC.
  • Pembekal utama negara bagi kemudahan awam strategik dan juga perkhidmatan

GLC juga dapat memanfaatkan pihak berkepentingan dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan masa hadapan Malaysia. Contohnya:

  • Tahap perkhidmatan dan kualiti yang lebih tinggi untuk pelanggan;
  • Prospek pekerjaan yang lebih baik di dalam GLC yang dinamik;
  • Peningkatan ketelusan dengan menggunakan pembekal yang menawarkan nilai untuk Ringgit yang lebih baik, serta tahap kebocoran dan ketidakcekapan yang rendah;
  • Pembangunan berterusan masyarakat Bumiputera – dengan Bumiputera yang lebih mahir dan berdaya saing

Apa itu GLC. Sumber Khazanah Nasional

Popular posts from this blog

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid