Apa Itu Hang | PANArt [video]

Apa Itu Hang | PANArt ? Hang telah dibangunkan pada tahun 2000 di Berne, Switzerland oleh Felix Rohnerdan Sabina Schärer. Ia telah diperkenalkan di FrankfurtMusikmesse pada tahun 2001. Namanya berasal dari perkataan Bernese Jerman untuk hand. Kedua-dua hemisfera dalam keluli Hang dikeraskan melalui proses yang dikenali sebagai gas-nitriding.

Ia dimainkan dengan meletakkan Hang di atas riba dan menyentak jari ke permukaan hemisfera Hang. Suatu nada/bunyi yang mendamaikan, tenteram, dan harmoni terhasil daripada instrumen ini jika ia dimainkan secara teratur.

Generasi pertama Hang dimainkan secara melintang di atas riba, manakala generasi kedua Hang dimainkan secara menegak. 

Pernah berjumpa alatan ini ? Pernah mendengar secara lansung ? 





Apa Itu Hang | PANArt. Sumber Wikipedia.

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid