Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid

Apa itu Hypothyroidism (hipotiroid) ? Hypothyroidism ialah satu keadaan dimana badan kekurangan hormon thyroid akibat daripada kelenjar thyroid (tiroid) yang kurang aktif.


Sedikit penerangan tentang bagaimana Hypothyroidism terjadi dan kaitannya dengan tumbesaran badan (metabolisma)

Seperti yang kamu tahu, metabolisma ialah proses yang dilakukan oleh tubuh untuk mengubah apa yang kamu makan dan minum menjadi tenaga. Tenaga ini kemudiannya disalurkan ke seluruh badan samaada untuk pencernaan makanan, bergerak ataupun berehat.

Thyroid ialah satu kelenjar di bahagian halkum yang menggunakan iodine (umumnya berasal dari makanan misalnya laut dan garam) untuk menghasilkan 2 jenis hormon yang penting dalam metabolisma iaitu hormon thyroxine (T4) dan hormon triiodothyronine (T3). 

Bilangan hormon T4 dan T3 di dalam badan masing-masing ialah 99% dan 1%, tetapi hormon yang penting untuk badan ialah T3. Walaupun begitu, semasa di dalam badan, T4 akan ditukarkan menjadi T3 dari semasa ke semasa bagi menampung keperluan badan memerlukan T3.


Kekurangan rembesan hormon T4 dan T3 (hypothyroidism) akan mengurangkan/melemahkan proses metabolisma dan sekaligus akan memberi impak yang besar kepada badan dari segi fizikal dan emosi.

Antara kesan hypothyroidism ialah ;
  • cepat penat | tidak bermaya
  • lambat berpeluh
  • sering berasa sejuk
  • pelupa
  • berat badan meningkat
  • kemurungan
dan yang paling teruk dan mungkin mimpi ngeri bagi seseorang ialah 'terbantut'. 

Wanita Brazil berumur 30 tahun yang kelihatan seperti bayi sembilan bulan

Maria Audete do Nascimento, lahir pada 7 May 1981 dan masih lagi mempunyai badan seorang bayi.






















Pakar daripada Fakulti Perubatan di University Ceara percaya bahawa kesengsaraan Maria berpunca daripada beberapa hormon thyroid yang kurang. Hasil daripada hypothyroidism, badan Maria tidak pernah membesar secara fizikal mahupun mental.

Mereka juga berkata, jika kes Maria dikenalpasti lebih awal, mungkin dia sudah membesar dan menjalani kehidupan normal seperti orang lain. Universiti tersebut juga bersetuju untuk menyediakan rawatan percuma kepada Maria, untuk membolehkan dia menjadi seorang yang lebih berdikari - berjalan, makan, dan berkata beberapa perkataan.




Tahu tidak hampir 3% manusia di Bumi menghadapi gejala hypothyroidism ?

Tahu tidak bagi seseorang yang kurang makan makanan laut, seperti ikan mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi gejala hypothyrodism ?

Tidak lupa kepada perokok. Haba asap, dan bahan-bahan kimia lain di dalam rokok akan sedikit sebanyak menggangu proses yang terjadi di thyroid. - Kanser Tiroid.

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid.Sumber Google, fahaman Author
sumber contoh kes - 30-Year Old Brazilian Woman Looks Like a 9-Month Baby
______________________________________________________________________________________________________
Terima Kasih Kepada Dhiya Fariza yang membetulkan kesilapan di dalam artikel ini. :)

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]