Skip to main content

Apa Itu Reflek Sternutatory


Apa itu reflek sternutatory ? Reflek sternutatory ialah tindak balas badan secara semulajadi ketika bersin.

Macam Mana Kita Bersin ?

Pusat bersin ada di dalam otak, tetapi, tidak ramai orang yang tahu mengenainya. Jika ada sesuatu yang mengacau di dalam hidung, pusat bersin akan memberitahu otot-otot yang lain yang bekerja bersama-sama untuk bersin.

Bersin ialah satu reflek.



Kenapa Kita Bersin ?

Bersin ialah salah satu cara badan dapat membuang perkara-perkara yang tidak dingini yang ada di dalam hidung.

Perkara-perkara yang dimaksudkan ialah seperti bakteria, kuman, dan debu.

Bersin juga terjadi ketika bau lada, ini kerana badan tidak menyukai bau lada.


Boleh Bersin Dengan Mata Terbuka ?

Sesetengah orang dapat bersin dengan mata yang terbuka, dan majoritinya tidak dapat lakukannya. Ini kerana, perbuatan menutup mata semasa bersin ialah satu tindakan reflek otot-otot kelopak mata.

Ada yang berfikir apabila bersin tanpa menutup mata, mata akan tersembul keluar. Ini sebenarnya tidak.
Di dunia ini, terdapat banyak manusia yang tidak mempunyai tindakan reflek terhadap bersin, dan mereka antara yang bersin tanpa menutup mata, dan masih lagi melihat sehingga sekarang.

Ada yang berfikir, menutup mata semasa bersin membantu daripada bakteria memasuki mata.
Soalan : selama kita bercelik, macam mana pula ?

Bersin dapat diatasi dengan menutup hidung secara lembut semasa hendak bersin.

Tiada siapa tahu kenapa mata tertutup apabila bersin, kebanyakan doktor, masih lagi percaya ia ialah satu tindakan reflek.


Kelebihan Bersin


  • Menyngkirkan perkara-perkara yang tidak dingini dari badan - bakteria dan kuman.
  • Memastikan liang pernafasan dari hidung ke peparu sentiasa bersih dan sihat.
  • Membersihkan hidung.


Wow ! !

Fakta : Orang yang bersin terlalu banyak, dapat mencegah daripada bersin berlaku lagi.

Apa Itu Reflek Sternutatory. Sumber Google.

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Apa itu GLC ? GLC bermaksud Government Linked Company atau lebih tepat Syarikat Berkaitan/Milik Kerajaan


Maksud | Takrifan GLC


Maksud GLC ? GLC ditakrif sebagai syarikat yang mempunyai objektif komersil yang primer dan kepentingannya dikawal secara langsung oleh Kerajaan Malaysia. Mengawal kepentingan merujuk kepada keupayaan atau kuasa Kerajaan (bukan sekadar peratus pemilikan) untuk melantik anggota Lembaga Pengarah, pengurusan atasan dan membuat keputusan utama terhadap GLC (contohnya, pemberian kontrak, strategi, penstrukturan semula dan pembiayaan, pemerolehan serta pemberhentian pelaburan), sama ada secara langsung atau melalui Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).

Apakah syarikat yang dikategorikan sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)?
Kategori syarikat berkaitan kerajaan ialah syarikat-syarikat yang berada di bawah kawalan Kerajaan Negeri dan agensi peringkat Negeri masing-masing. Syarikat yang berada di bawah kawalan lansung Kerajaan sebagai agensinya juga termasu…

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

1. Formula
2. Penerangan Formula
3. Penggunaan Formula

Line and Plane In 3-Dimension | Mathematics Form 4

1. Formula

Seperti yang korang nampak kat atas, tu ialah formula trigonometri versi BM dan versi BI. Ada banyak cara nak ingat formula tu, dan cara yang aku boleh syorkan ialah

Versi BM :   Saya Tak Hafal      Kalau Saya Hafal       Tentu Tak Susah
Versi BI :   Soh  Cah  Toa

Bagi tutorial ni, aku akan gunakan sepenuhnya versi BM.


2. Penerangan Formula
Di mana garisan Tentangan Sebelah dan Hipotenes ?

Ambil Tita (macam lapan tuh) sebagai sudut.

Garisan Tentangan ialah garisan yang bertentangan dengan Tita

Garisan Hipotenes ialah garisan yang bertentangan dengan sudut 90

Garisan Sebelah, ialah garisan bersebelahan dengan Tita





3. Penggunaan Formula




Jika nilai garisan yang diberi (maklumat dari soalan) menunjukkan seperti rajah di sebelah, iaitu mempunyai nilai bagi garisan Tentangan dan garisan Hipotenes. Maka, formula Sin akan digunakan.



Makulumat yang ada, nilai garisan Hipotenes dan S…

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid

Apa itu Hypothyroidism (hipotiroid) ? Hypothyroidism ialah satu keadaan dimana badan kekurangan hormon thyroid akibat daripada kelenjar thyroid (tiroid) yang kurang aktif.

Sedikit penerangan tentang bagaimana Hypothyroidism terjadi dan kaitannya dengan tumbesaran badan (metabolisma) Seperti yang kamu tahu, metabolisma ialah proses yang dilakukan oleh tubuh untuk mengubah apa yang kamu makan dan minum menjadi tenaga. Tenaga ini kemudiannya disalurkan ke seluruh badan samaada untuk pencernaan makanan, bergerak ataupun berehat.
Thyroid ialah satu kelenjar di bahagian halkum yang menggunakan iodine (umumnya berasal dari makanan misalnya laut dan garam) untuk menghasilkan 2 jenis hormon yang penting dalam metabolisma iaitu hormon thyroxine (T4) dan hormon triiodothyronine (T3). 
Bilangan hormon T4 dan T3 di dalam badan masing-masing ialah 99% dan 1%, tetapi hormon yang penting untuk badan ialah T3. Walaupun begitu, semasa di dalam badan, T4 akan ditukarkan menjadi T3 dari semasa ke semasa b…