Skip to main content

Apa | Siapa Itu Kaoru

Apa | Siapa itu Kaoru ? Kaoru ialah seorang pelukis komik Malaysia. Karya beliau yang terkemuka ialah Helios Eclipse,Kaoru's Cake House dan Maid Maiden.

Yang Tee | Kaoru pelukis komik wanita Malaysia

Nama beliau ialah Yang Tee. Lahir pada 4 Februari 1982 di Perak. Kaoru adalah nama yang dikenali oleh peminat-peminatnya.

Setiap komik yang dihasilkan oleh beliau, mempunyai keunikan lukisan yang sama, tetapi berbeza jika hendak dibandingkan dengan lukisan pelukis komik yang lain.

Struktur cerita komik beliau banyak berkisah tentang cinta remaja. Sasaran pembaca beliau ialah kanak-kanak dan remaja belasan tahun, tetapi, ada saja pembaca yang berumur lanjut baca komik beliau.

Bagi aku yang mempunyai seorang adik perempuan yang meminati komik-komik beliau, selalu pinjam baca di waktu aku lapang. Walaupun bagi seorang lelaki macam aku agak menggelikan baca komik kartun berkisah cinta, tetapi, kebanyakkan komik beliau terselit banyak pengajaran yang mungkin akan mengajar remaja secara perlahan-lahan tentang erti kehidupan(cinta). Mungkin.

Helios Eclipse

Helios Eclipse, sebuah komik fantasi tentang percintaan dua bangsa yang berbeza - manusia dan ahli magik.

Hero : Helios
Heroin : Mineko

Helios ialah salah seorang dari tiga pemerintah dunia magik, seorang pencinta kedamaian, dan penjaga dunia manusia.

Pada suatu hari, Helios dan pembantunya telah datang ke dunia manusia, dan telah melihat manusia menyeksa binatang sambil tersenyum tanpa berasa bersalah. Helios berasa, dunia manusia tidak layak dijaga dan sesuatu yang membuang masa selama ini dia telah menjaga dunia manusia. Helios dengan perasaan yang tidak menentu pada waktu itu telah melepaskan semua unsur-unsur magik yang berada di dalam tubuh beliau ke dunia manusia.

Pada hari yang lain, sedang Mineko dalam perjalanan pulang dari rumah, dia terserempak dengan seorang budak lelaki (Helios) yang pengsan dan cedera. Mineko membawa budak tersebut pulang bertujuan untuk merawatnya. Setelah Helios sedar, dia mendedahkan identiti dia kepada Mineko.

Kemudian, Mineko telah dikenalpasti sebagai salah satu punca kuasa yang perlu ada di sisi Helios bagi membantu Helios mendapatkan semula unsur-unsur yang terbebas, disamping bertahan semasa hari Darkross (hari selepas hari Ahad, sebelum hari Isnin, manusia tidak sedar)

/* sinopsis bab prologue, aku minat cerita ni, sebab ada aksi magik, ada banyak bab, 6 tak silap, dah stop follow sebab selalu habis stock

Maid Maiden

Dipetik dari Wikipedia - Maid Maiden

"Demi putera impian yang pernah menyelamatkannya, Alivia bersusah-payah masuk ke sekolah elit Adam Gordon High School. Namun sebaik diterima sebagai pelajar, ibu bapanya diisytihar muflis dan tidak mampu membayar yuran persekolahannya. Tidak cukup setakat itu, mereka melarikan diri ke luar negara kerana masalah hutang. Mujurlah Bennett Gordon, pelajar kaya di sekolah tersebut, sudi membantunya... tetapi dengan satu syarat! Bagaimanakah hidup Alivia selepas itu?"

Alivia, dibantu Bannett, seorang pelajar terkenal sekolah elit Adam Gordon High School untuk membiayai perbelanjaan sekolahnya. Syaratnya ? Alivia perlu menjadi orang gaji di Vila Gordon, rumah Bannett. Kemudian, hidup Alivia menjadi lebih menarik dan juga diselangi dengan krisis kerana menjadi rebutan antara dua perlajar terkenal sekolah tersebut.

Dipetik dari Maid Maiden Thursday (latest), salah satu perbualan,

"Kau tau tak jika kau ambil berat selepas kejadian sirius menimpa...kau pasti akan kehilangan sesuatu amat berharga nanti"


Apa | Siapa itu kaoru. Sumber gambar - google, sinopsis Helios (prologue) - Author
sinopsis Maid Maiden (Monday) - wikipedia dan Author

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Apa itu GLC ? GLC bermaksud Government Linked Company atau lebih tepat Syarikat Berkaitan/Milik Kerajaan


Maksud | Takrifan GLC


Maksud GLC ? GLC ditakrif sebagai syarikat yang mempunyai objektif komersil yang primer dan kepentingannya dikawal secara langsung oleh Kerajaan Malaysia. Mengawal kepentingan merujuk kepada keupayaan atau kuasa Kerajaan (bukan sekadar peratus pemilikan) untuk melantik anggota Lembaga Pengarah, pengurusan atasan dan membuat keputusan utama terhadap GLC (contohnya, pemberian kontrak, strategi, penstrukturan semula dan pembiayaan, pemerolehan serta pemberhentian pelaburan), sama ada secara langsung atau melalui Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).

Apakah syarikat yang dikategorikan sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)?
Kategori syarikat berkaitan kerajaan ialah syarikat-syarikat yang berada di bawah kawalan Kerajaan Negeri dan agensi peringkat Negeri masing-masing. Syarikat yang berada di bawah kawalan lansung Kerajaan sebagai agensinya juga termasu…

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

1. Formula
2. Penerangan Formula
3. Penggunaan Formula

Line and Plane In 3-Dimension | Mathematics Form 4

1. Formula

Seperti yang korang nampak kat atas, tu ialah formula trigonometri versi BM dan versi BI. Ada banyak cara nak ingat formula tu, dan cara yang aku boleh syorkan ialah

Versi BM :   Saya Tak Hafal      Kalau Saya Hafal       Tentu Tak Susah
Versi BI :   Soh  Cah  Toa

Bagi tutorial ni, aku akan gunakan sepenuhnya versi BM.


2. Penerangan Formula
Di mana garisan Tentangan Sebelah dan Hipotenes ?

Ambil Tita (macam lapan tuh) sebagai sudut.

Garisan Tentangan ialah garisan yang bertentangan dengan Tita

Garisan Hipotenes ialah garisan yang bertentangan dengan sudut 90

Garisan Sebelah, ialah garisan bersebelahan dengan Tita





3. Penggunaan Formula




Jika nilai garisan yang diberi (maklumat dari soalan) menunjukkan seperti rajah di sebelah, iaitu mempunyai nilai bagi garisan Tentangan dan garisan Hipotenes. Maka, formula Sin akan digunakan.



Makulumat yang ada, nilai garisan Hipotenes dan S…

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid

Apa itu Hypothyroidism (hipotiroid) ? Hypothyroidism ialah satu keadaan dimana badan kekurangan hormon thyroid akibat daripada kelenjar thyroid (tiroid) yang kurang aktif.

Sedikit penerangan tentang bagaimana Hypothyroidism terjadi dan kaitannya dengan tumbesaran badan (metabolisma) Seperti yang kamu tahu, metabolisma ialah proses yang dilakukan oleh tubuh untuk mengubah apa yang kamu makan dan minum menjadi tenaga. Tenaga ini kemudiannya disalurkan ke seluruh badan samaada untuk pencernaan makanan, bergerak ataupun berehat.
Thyroid ialah satu kelenjar di bahagian halkum yang menggunakan iodine (umumnya berasal dari makanan misalnya laut dan garam) untuk menghasilkan 2 jenis hormon yang penting dalam metabolisma iaitu hormon thyroxine (T4) dan hormon triiodothyronine (T3). 
Bilangan hormon T4 dan T3 di dalam badan masing-masing ialah 99% dan 1%, tetapi hormon yang penting untuk badan ialah T3. Walaupun begitu, semasa di dalam badan, T4 akan ditukarkan menjadi T3 dari semasa ke semasa b…