Skip to main content

Epal Mampu Membunuh ?

"An apple a day keeps the doctor away"

Di dalam epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku pembentukkan lemak dalam badan.

Tetapi, tahukah kamu tentang bahaya buah epal ?

Terdapat satu bahagian di dalam buah epal yang mengandungi asid cyanogenic yang mampu membunuh manusia dan juga haiwan. Ianya ialah biji epal.

Tanda-tanda keracunan ringan daripada kesan asid tersebut ialah berasa pening, loya, sakit kepala dan kekeliruan. Manakala, bagi keracunan yang teruk akan menyebabkan peningkatan tekanan darah dan kadar denyutan jantung, sukar untuk bernafas, dan kegagalan fungsi buah pinggang.

Daripada kesan keracunan yang teruk, akan menyebabkan kesan yang lebih teruk daripada sebelumnya seperti sawan, koma, dan kematian akibat daripada kegagalan sistem pernafasan.

Badan manusia sebenarnya telah dilengkapi dengan sistem yang baik. Toksid yang masuk kedalam badan, (toksid daripada pemakanan biasa, bukan racun!) akan dinyahtoksid dan menjadi natural. Walaupun begitu, hanya sedikit sahaja kuantiti asid cyanogenic yang mampu dinyahtoksidkan oleh badan.

Jika kamu tertelan secara sengaja biji epal yang kamu makan, ia tidak akan memudaratkan kesihatan kamu. Sebenarnya, jika kamu menelan beberapa biji epal, kamu telah menelan satu kuantiti toksik yang sedikit. Mengunyah biji tersebut akan lebih membahayakan terhadap kesihatan.

Kanak-kanak dan haiwan peliharaan yang mempunyai daya tubuh badan yang lemah akan lebih cenderung untuk menerima kesan daripada pemakanan biji epal, berbanding orang dewasa.

Jangan risau. Tiada orang yang hendak makan 100 biji kepada epal dalam satu masa bukan ?

40mg asid cyanogenic mampu untuk membunuh manusia.

Epal Mampu Membunuh ?. Sumber Google.
______________________________________________________________________________________________________

Buah cempedak di luar pagar. Kesalahan harap ditegur.

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Apa itu GLC ? GLC bermaksud Government Linked Company atau lebih tepat Syarikat Berkaitan/Milik Kerajaan


Maksud | Takrifan GLC


Maksud GLC ? GLC ditakrif sebagai syarikat yang mempunyai objektif komersil yang primer dan kepentingannya dikawal secara langsung oleh Kerajaan Malaysia. Mengawal kepentingan merujuk kepada keupayaan atau kuasa Kerajaan (bukan sekadar peratus pemilikan) untuk melantik anggota Lembaga Pengarah, pengurusan atasan dan membuat keputusan utama terhadap GLC (contohnya, pemberian kontrak, strategi, penstrukturan semula dan pembiayaan, pemerolehan serta pemberhentian pelaburan), sama ada secara langsung atau melalui Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).

Apakah syarikat yang dikategorikan sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)?
Kategori syarikat berkaitan kerajaan ialah syarikat-syarikat yang berada di bawah kawalan Kerajaan Negeri dan agensi peringkat Negeri masing-masing. Syarikat yang berada di bawah kawalan lansung Kerajaan sebagai agensinya juga termasu…

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

1. Formula
2. Penerangan Formula
3. Penggunaan Formula

Line and Plane In 3-Dimension | Mathematics Form 4

1. Formula

Seperti yang korang nampak kat atas, tu ialah formula trigonometri versi BM dan versi BI. Ada banyak cara nak ingat formula tu, dan cara yang aku boleh syorkan ialah

Versi BM :   Saya Tak Hafal      Kalau Saya Hafal       Tentu Tak Susah
Versi BI :   Soh  Cah  Toa

Bagi tutorial ni, aku akan gunakan sepenuhnya versi BM.


2. Penerangan Formula
Di mana garisan Tentangan Sebelah dan Hipotenes ?

Ambil Tita (macam lapan tuh) sebagai sudut.

Garisan Tentangan ialah garisan yang bertentangan dengan Tita

Garisan Hipotenes ialah garisan yang bertentangan dengan sudut 90

Garisan Sebelah, ialah garisan bersebelahan dengan Tita





3. Penggunaan Formula




Jika nilai garisan yang diberi (maklumat dari soalan) menunjukkan seperti rajah di sebelah, iaitu mempunyai nilai bagi garisan Tentangan dan garisan Hipotenes. Maka, formula Sin akan digunakan.



Makulumat yang ada, nilai garisan Hipotenes dan S…

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid

Apa itu Hypothyroidism (hipotiroid) ? Hypothyroidism ialah satu keadaan dimana badan kekurangan hormon thyroid akibat daripada kelenjar thyroid (tiroid) yang kurang aktif.

Sedikit penerangan tentang bagaimana Hypothyroidism terjadi dan kaitannya dengan tumbesaran badan (metabolisma) Seperti yang kamu tahu, metabolisma ialah proses yang dilakukan oleh tubuh untuk mengubah apa yang kamu makan dan minum menjadi tenaga. Tenaga ini kemudiannya disalurkan ke seluruh badan samaada untuk pencernaan makanan, bergerak ataupun berehat.
Thyroid ialah satu kelenjar di bahagian halkum yang menggunakan iodine (umumnya berasal dari makanan misalnya laut dan garam) untuk menghasilkan 2 jenis hormon yang penting dalam metabolisma iaitu hormon thyroxine (T4) dan hormon triiodothyronine (T3). 
Bilangan hormon T4 dan T3 di dalam badan masing-masing ialah 99% dan 1%, tetapi hormon yang penting untuk badan ialah T3. Walaupun begitu, semasa di dalam badan, T4 akan ditukarkan menjadi T3 dari semasa ke semasa b…