Kebaikan Pertukaran Pelajar | Aimanayie

Pages

14 December 2011

Kebaikan Pertukaran Pelajar

Kebaikan pertukaran pelajar ? Pertukaran pelajar disini bermaksud seorang atau sekumpulan pelajar yang ditukarkan tempat belajar sama ada di dalam negara ataupun ke luar negara untuk sementara waktu bagi mewakili tempat belajar asal. Pertukaran di dalam negara atau ke luar negara masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri, tetapi hendak aku senaraikan beberapa kebaikan pertukaran pelajar ke luar negara.

Kebanyakan daripada senarai ini adalah saling berkaitan untuk membentuk pengalaman semasa program pertukaran pelajar.


Pendidikan

  • Pelajar akan terdorong untuk menerima dan memahami tentang pelbagai perspektif budaya dan masyarakat yang berbeza.
  • Bahasa difahami melalui praktikal. *Mencuba untuk menyesuaikan bahasa baru
  • Kesedaran tentang pelbagai kaedah alternatif dan pendekatan kepada pembelajaran
  • Pengetahuan umum yang lebih luas dalam isu-isu global.

Peribadi


  • Pembangunan diri dan kesedaran yang meningkatkan keyakinan diri dan juga harga diri. *Perubahan ketara di kalangan pelajar pertukaran yang pulang.
  • Kestabilan sosial dan kematangan diri, yang mendorong untuk menghadapi cabaran di luar zon selesa dan tanpa pertolongan yang sering diterima sebelum ini.
  • Berubah menjadi seseorang yang menghargai hubungan jangka masa panjang dan sahabat serta memupuk untuk menghargai keluarga.
  • Pengalaman yang luar biasa diterima pelajar yang meyakinkan lagi pelajar untuk memberi pendapat bebas, membuat keputusan berdasarkan maklumat dan berusaha untuk mencapai matlamat baru.

Kesan Jangka Masa Panjang

  • Pelajar yang belajar di peringkat tinggi, merasakan diri mereka lebih selesa berada di persekitaran yang asing.
  • Hampir semua majikan amat mementingkan pengalaman, pengetahuan yang diterima sementara pelajar tinggal di luar negara dan juga pengetahuan tentang budaya dan bahasa.
  • Tekanan semasa berkomunikasi dan berhubungan dengan orang lain membangunkan sifat sensiviti terhadap peribadi orang lain.
  • Program pertukaran pelajar yang berjaya mewakili fleksibiliti peribadi yang sangat baik, merangkumi kebolehan untuk mencapai tolak ansur, penumpuan yang penuh dan berjaya dalam menhadapi cabaran yang merintang.

Kebaikan Pertukaran Pelajar. Sumber Google dan Author.

4 comments:

  1. dgn cari pertukaran pelajar ini dpt membantu menambah pengalaman serta menambahkan lg ilmu pengetahuan

    ReplyDelete
  2. @Abg zam

    cari lerrrr :D

    hehe.. aku target long tail keyword jep :D

    ReplyDelete
  3. Aku teringin sgt naj jadi pelajar petukaran ke korea.tp aku kinin bukan seirg pelajar lg.huuuii

    ReplyDelete

You can always make a post as a comment to my post,
but don't forget to leave the post's link at here :)