Macam Mana Nak Jadi Stalker ?

Macam mana nak jadi stalker yang berjaya ?

Kena ikut step by step.

Mula-mula ketahui target individu yang hendak di stalk. Ketahui butiran peribadi, dan seeloknya nama panggilan dan terbaik jika tahu nama penuh.

Manfaatkan kebersanan Google Web Search dan Google Image Search dengan menaip nama panggilan atau nama penuh individu tersebut di bahagian carian.

Di bahagian Google Web Search, tersenarai beberapa website yang mempunyai mempunyai kaitan dengan tuan nama tersebut, seperti Facebook dan Tweeter.

Di bahagian Google Image Search, beberapa gambar yang berkaitan dengan nama individu tersebut akan muncul pada bahagian atas keputusan carian gambar, bermula dari atas kiri ke kanan.

Cuba la. Senang kan ?

Kenapa ini berlaku ? Gambar dari Facebook ada di ruang keputusan carian gambar google ? Macam mana nak buang gambar yang berasal dari Facebook dari Google Image Search ?

Biar aku terang secara pendek macam mana google buat kerja yang kamu boleh faham.

Google Crawler akan crawl semua (bilion) website yang ditetapkan sebagai sesuatu yang terbuka kepada umum. Contoh ? Cuba search Apa Kata Aiman, dan blog ini tersenarai di situ kan ? Ini kerana, blog ini terbuka kepada tatapan umum, kalau tidak, macam mana kamu nak baca apa yang aku tulis ni kan ?

Tatapan umum disini bermaksud, semua jenis manusia dan crawler dari pelbagai search engine seperti Yahoo, Bing dan Google dapat melihat isi kandungan website tersebut, termasuk juga isi kandungan akaun Facebook.

Laman sosial seperti Facebook, Tweeter, MySpace, dan Friendster memerlukan pengguna yang ingin mendaftar untuk mengisi maklumat peribadi bukan ? Ya, dengan menyesuaikan maklumat peribadi dan kata kunci di Google Search menyenangkan kerja crawler untun memadankan maklumat yang dicari.

Laman sosial seperti yang dinyatakan di atas, ialah seperti jambatan pembina silaturrahim, tak kurang juga sebagai medan penindasan. Untuk menyenangkan rakan-rakan yang lain mengenali kita, gambar sendiri dimuat-turun ke dalam laman sosial tersebut.

Aku tak pasti tentang laman sosial yang lain, tapi, untuk Facebook, telah tersedia bahagian privacy di mana pengguna boleh mengawal akses dari pihak luar ke akaun sendiri.


Buang gambar Facebook dari google

Berbalik kepada, macam mana nak buang gambar yang berasal dari Facebook dari Google Image Search ?

Senang, ubah tetapan gambar atau album hanya untuk tatapan rakan atau buat private terus.

Gambar yang berasal dari website orang lain ? Sila hubungi tuan punya website untuk memadam gambar tersebut. Bagi pemilik website, ada di bahagian Remove content from another site/my own site from Google’s search results

Request url gambar tersebut untuk dibuang dari hasil carian di google.

*maaf, google mungkin simpan gambar-gambar yang telah terindeks dari Facebook dan seangkatannya di dalam server mereka. Mungkin.

*kalau nak jadi retis. Maaflah sebab dah baca artikel yang tidak berkaitan.

Siapa pun boleh jadi stalker kalau tahu caranya. Kan ? Tak takut ke ? 100% aku kata tidak. Hehe

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid