Memadam Post Widget Di Homepage ?

Memadam post widget di homepage ? Post widget berulang di dalam html tetapi apabila hendak dipadam berlaku error bX-xxxxxx ? Tidak mahu entri/widget muncul sebagai homepage/muka depan ?

Bagi pengguna New Blogger Interface kamu mesti tahu bahawa ia masih lagi baru dan masalah-masalah (bug and error) akan seringkali muncul. Kenapa ini berlaku ? Bagi Blogspot expert team mereka tidak tahu semua aktiviti yang dilakukan oleh blogger yang menggunakan platform blogspot.com , sebab itu mereka menyediakan option feedback kepada pengguna untuk memberitahu mereka jika ada apa-apa masalah berkenaan dengan New Blogger Interface.

Kaedah yang akan aku tunjukkan di bawah, aku perasan semasa blog aku telah dicerobohi, template telah bertukar dan ditambah pulak post widget yang berulang ;

Contoh post widget yang berulang

<div id='main-wrapper'>
        <b:section class='main' id='main' showaddelement='no'>
<b:widget id='Blog1' locked='true' title='Blog Posts' type='Blog'/> post widget pertama
<b:widget id='Blog3' locked='false' title='Blog Posts' type='Blog'/> post widget kedua
<b:widget id='Blog4' locked='false' title='Blog Posts' type='Blog'/> post widget ketiga
<b:widget id='Blog5' locked='false' title='Blog Posts' type='Blog'/> post widget keempat
</b:section>
</div>

Post widget tidak dapat dipadam seperti widget-widget lain di ruan design layout, tetapi ia perlu dilakukan dengan memadam html widget tersebut.

Ia boleh dipadam, apabila preview, blog kamu akan berkeadaan baik, tetapi tidak dapat disimpan ubahan tersebut.


Cara memadan post widget yang berulang

Ianya sangat mudah, tukar kembali dashboard kamu ke Old Blogger Dashboard, dan padam ia di dalam edit html template.

Preview, dan cuba simpan ubahan.

Kamu akan perasan sesuatu di situ, iaitu, New Blogger Dashboard tidak mengeluarkan satu window baru yang bertanya tentang pengesahan pemadaman widget tersebut dan inilah punca berlaku error bX-xxxxxx semasa menyimpan ubahan di edit html New Blogger Dashboard.

Tidak mahu entri/widget muncul sebagai muka depan

Ada blogger yang tidak mahu entri-entri mereka muncul sebagai muka depan/homepage, mereka mungkin peniaga atau seseorang yang sedang membina satu website kreatif. Mungkin.

Persoalan, bolehkah entri/widget tidak muncul sebagai muka depan ? Jawapannya ialah ya.

Caranya ialah dengan menambah sedikit code html di bahagian coding widget tersebut. Kamu mungkin biasa dengan code tersebut, iaitu "if condition" / <b:if cond='jenis data'></b:if>

Struktur html asal bagi post widget ialah seperti berikut (berwarna) *berdasarkan blog ini

<div id='main-wrapper'>
<b:section class='main' id='main' showaddelement='no'> 
<b:widget id='Blog1' locked='true' title='Posting Blog' type='Blog'/> 

</b:section>

</div>

Untuk tidak mahu post widget atau entri-entri muncul sebagai muka depan/homepage, kamu cuma perlu menambah code html serperti di bawah (bewarna)

<div id='main-wrapper'>
<b:if cond='data:blog.url != data:blog.homepageUrl'>
<b:section class='main' id='main' showaddelement='no'> 

<b:widget id='Blog1' locked='true' title='Posting Blog' type='Blog'/> 

</b:section>

</b:if>

</div>

Kaedah ini juga boleh dilakukan untuk apa-apa widget di dalam blog. Cuma perlu tambah code berwarna di permulaan dan akhir widget html. *Tidak perlu tick Expand Widget Templates, kerana ia akan menyukarkan untuk mencari akhir struktur html untuk sesebuah widget.

Cuba preview, dan kemudian simpan ubahan. Diingatkan supaya mempunyai atau download backup template sebelum melakukan ubahan.


Widget akan muncul pada single post.

Peringatan, jika menyembunyikan post widget, kamu sebaiknya buatkan satu pautan (link) yang menuju ke post, untuk menyenangkan pengunjung mencari post yang berkaitan.

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid