Skip to main content

Pengenalan Kepada Facebook Timeline

Pengenalan Kepada Facebook Timeline

Pada 6 Disember yang lepas, Facebook telah mula menggunakan Facebook Timeline sebagai muka depan profile Facebook bermula dengan New Zealand dan akan menyeluruh pada masa akan datang. Menurut update daripada The Facebook Blog tentang pembaharuan ini ia mempunyai beberapa ciri-ciri penting yang akan berguna untuk pengguna Facebook. 

UPDATE on Tuesday, December 6, 2011: Beginning Timeline Rollout in New ZealandWe announced Timeline in September and made it available to developers building apps on our platform. Since then, over a million people have signed up for the developer beta to access Timeline. The feedback we've received so far has been invaluable. Starting today, we are making Timeline more widely available as we measure speed and other types of performance. We'll begin by making it available to people in New Zealand and then roll it out more broadly in the near future

Facebook Timeline : Mine
Facebook Timeline, ianya lebih kepada siri post dan update tentang diri kamu semenjak kamu 'lahir' di dalam Facebook. Seperti sebuah buku scrap cerita hidup kamu, dengan susunan dua kolum, dan lebih bersifat seperti facebook-life-event-journals.

Mungkin, ia nampak menarik jika dilihat melalui gambar di atas, tetapi, dengan pembaharuan sebegitu, aku pasti, ia akan banyak menyusahkan pengguna dan 'facebook life event' ? Owh, seperti semua orang mencatat dan menceritakan tentang diri sendiri di dalam satu webpage dan terbuka kepada ramai orang.
Privacy ?

Soon or later, Facebook akan menggunakan Facebook Timeline secara rasmi, ini kata mereka [The Facebook Blog], tetapi tidak dinyatakan pada waktu bila.

Bagi yang nak merasa Facebook Timeline, kamu boleh pergi ke Facebook Timeline untuk aktifkan.
Selepas diaktifkan, tidak dapat bertukar ke Facebook yang lama. Mungkin aku tidak tahu. Mungkin.

Mungkin ini apa yang dimaksudkan dengan 'Facebook' : muka buku .

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Apa itu GLC ? GLC bermaksud Government Linked Company atau lebih tepat Syarikat Berkaitan/Milik Kerajaan


Maksud | Takrifan GLC


Maksud GLC ? GLC ditakrif sebagai syarikat yang mempunyai objektif komersil yang primer dan kepentingannya dikawal secara langsung oleh Kerajaan Malaysia. Mengawal kepentingan merujuk kepada keupayaan atau kuasa Kerajaan (bukan sekadar peratus pemilikan) untuk melantik anggota Lembaga Pengarah, pengurusan atasan dan membuat keputusan utama terhadap GLC (contohnya, pemberian kontrak, strategi, penstrukturan semula dan pembiayaan, pemerolehan serta pemberhentian pelaburan), sama ada secara langsung atau melalui Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).

Apakah syarikat yang dikategorikan sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)?
Kategori syarikat berkaitan kerajaan ialah syarikat-syarikat yang berada di bawah kawalan Kerajaan Negeri dan agensi peringkat Negeri masing-masing. Syarikat yang berada di bawah kawalan lansung Kerajaan sebagai agensinya juga termasu…

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

1. Formula
2. Penerangan Formula
3. Penggunaan Formula

Line and Plane In 3-Dimension | Mathematics Form 4

1. Formula

Seperti yang korang nampak kat atas, tu ialah formula trigonometri versi BM dan versi BI. Ada banyak cara nak ingat formula tu, dan cara yang aku boleh syorkan ialah

Versi BM :   Saya Tak Hafal      Kalau Saya Hafal       Tentu Tak Susah
Versi BI :   Soh  Cah  Toa

Bagi tutorial ni, aku akan gunakan sepenuhnya versi BM.


2. Penerangan Formula
Di mana garisan Tentangan Sebelah dan Hipotenes ?

Ambil Tita (macam lapan tuh) sebagai sudut.

Garisan Tentangan ialah garisan yang bertentangan dengan Tita

Garisan Hipotenes ialah garisan yang bertentangan dengan sudut 90

Garisan Sebelah, ialah garisan bersebelahan dengan Tita





3. Penggunaan Formula




Jika nilai garisan yang diberi (maklumat dari soalan) menunjukkan seperti rajah di sebelah, iaitu mempunyai nilai bagi garisan Tentangan dan garisan Hipotenes. Maka, formula Sin akan digunakan.



Makulumat yang ada, nilai garisan Hipotenes dan S…

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid

Apa itu Hypothyroidism (hipotiroid) ? Hypothyroidism ialah satu keadaan dimana badan kekurangan hormon thyroid akibat daripada kelenjar thyroid (tiroid) yang kurang aktif.

Sedikit penerangan tentang bagaimana Hypothyroidism terjadi dan kaitannya dengan tumbesaran badan (metabolisma) Seperti yang kamu tahu, metabolisma ialah proses yang dilakukan oleh tubuh untuk mengubah apa yang kamu makan dan minum menjadi tenaga. Tenaga ini kemudiannya disalurkan ke seluruh badan samaada untuk pencernaan makanan, bergerak ataupun berehat.
Thyroid ialah satu kelenjar di bahagian halkum yang menggunakan iodine (umumnya berasal dari makanan misalnya laut dan garam) untuk menghasilkan 2 jenis hormon yang penting dalam metabolisma iaitu hormon thyroxine (T4) dan hormon triiodothyronine (T3). 
Bilangan hormon T4 dan T3 di dalam badan masing-masing ialah 99% dan 1%, tetapi hormon yang penting untuk badan ialah T3. Walaupun begitu, semasa di dalam badan, T4 akan ditukarkan menjadi T3 dari semasa ke semasa b…