Skip to main content

VSAUCE di YouTube ?

Vsauce, gabungan daripada perkataan Visual dan Sauce. Satu YouTube Channel yang menyediakan pengetahuan (educate) yang menarik, melalui penerangan-penerangan yang mudah difahami, tidak bosan, dan juga menarik hanya melalui visual -video.



"The single reason why YouTube hasn't been named the most moronic place on the web. vsauce brings some much needed science and class to such a place of stupidity.

Tom: Hey did you watch the new vsauce video?
George: Yeah those Mind Blow videos are so interesting.
Tom: vsauce is the only reason I go on YouTube.
George: Same here." -
Urban Dictionary answer.

Vsauce terbahagi kepada LUT, IMG, BiDiPi, WTF, Mind Blow dan RIDLE. - ada lagi, I just don't know

Aku telah subscribe vsauce mungkin lebih dari 4 bulan, dan ya, memang setiap video yang mereka hasilkan sangat mindblow - whoaaa!!

Aku jarang pergi youtube, sebab di Facebook fanpage vsauce tersusun setiap update, jadi mudah untuk aku tengok mana yang belum lagi.

Kamu tahu berapa berat internet ? Fakta, gambar, rekaan, perbuatan, rekod, dan sesuatu yang pelik atau menarik, semuanya pasti ada di dalam vsauce.

Give it a try,aku janji, kamu tidak akan menyesal

salah satu BiDiPi

vsauce youtube channel - vsauce
facebook fanpage - vsauce


abang-kakak ijazah dah cuti, sunyi pulak uitm ni.'

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Apa itu GLC ? GLC bermaksud Government Linked Company atau lebih tepat Syarikat Berkaitan/Milik Kerajaan


Maksud | Takrifan GLC


Maksud GLC ? GLC ditakrif sebagai syarikat yang mempunyai objektif komersil yang primer dan kepentingannya dikawal secara langsung oleh Kerajaan Malaysia. Mengawal kepentingan merujuk kepada keupayaan atau kuasa Kerajaan (bukan sekadar peratus pemilikan) untuk melantik anggota Lembaga Pengarah, pengurusan atasan dan membuat keputusan utama terhadap GLC (contohnya, pemberian kontrak, strategi, penstrukturan semula dan pembiayaan, pemerolehan serta pemberhentian pelaburan), sama ada secara langsung atau melalui Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).

Apakah syarikat yang dikategorikan sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)?
Kategori syarikat berkaitan kerajaan ialah syarikat-syarikat yang berada di bawah kawalan Kerajaan Negeri dan agensi peringkat Negeri masing-masing. Syarikat yang berada di bawah kawalan lansung Kerajaan sebagai agensinya juga termasu…

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

1. Formula
2. Penerangan Formula
3. Penggunaan Formula

Line and Plane In 3-Dimension | Mathematics Form 4

1. Formula

Seperti yang korang nampak kat atas, tu ialah formula trigonometri versi BM dan versi BI. Ada banyak cara nak ingat formula tu, dan cara yang aku boleh syorkan ialah

Versi BM :   Saya Tak Hafal      Kalau Saya Hafal       Tentu Tak Susah
Versi BI :   Soh  Cah  Toa

Bagi tutorial ni, aku akan gunakan sepenuhnya versi BM.


2. Penerangan Formula
Di mana garisan Tentangan Sebelah dan Hipotenes ?

Ambil Tita (macam lapan tuh) sebagai sudut.

Garisan Tentangan ialah garisan yang bertentangan dengan Tita

Garisan Hipotenes ialah garisan yang bertentangan dengan sudut 90

Garisan Sebelah, ialah garisan bersebelahan dengan Tita





3. Penggunaan Formula




Jika nilai garisan yang diberi (maklumat dari soalan) menunjukkan seperti rajah di sebelah, iaitu mempunyai nilai bagi garisan Tentangan dan garisan Hipotenes. Maka, formula Sin akan digunakan.



Makulumat yang ada, nilai garisan Hipotenes dan S…

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid

Apa itu Hypothyroidism (hipotiroid) ? Hypothyroidism ialah satu keadaan dimana badan kekurangan hormon thyroid akibat daripada kelenjar thyroid (tiroid) yang kurang aktif.

Sedikit penerangan tentang bagaimana Hypothyroidism terjadi dan kaitannya dengan tumbesaran badan (metabolisma) Seperti yang kamu tahu, metabolisma ialah proses yang dilakukan oleh tubuh untuk mengubah apa yang kamu makan dan minum menjadi tenaga. Tenaga ini kemudiannya disalurkan ke seluruh badan samaada untuk pencernaan makanan, bergerak ataupun berehat.
Thyroid ialah satu kelenjar di bahagian halkum yang menggunakan iodine (umumnya berasal dari makanan misalnya laut dan garam) untuk menghasilkan 2 jenis hormon yang penting dalam metabolisma iaitu hormon thyroxine (T4) dan hormon triiodothyronine (T3). 
Bilangan hormon T4 dan T3 di dalam badan masing-masing ialah 99% dan 1%, tetapi hormon yang penting untuk badan ialah T3. Walaupun begitu, semasa di dalam badan, T4 akan ditukarkan menjadi T3 dari semasa ke semasa b…