Kita Hidup Di Dalam Masa Silam ?

Salam

Sebelum aku masuk bab apa yang aku hendak ceritakan tu, rasanya, lebih baik aku terangkan maksud "Kita Hidup Di Dalam Masa Silam ?" yang aku fukirkan agak lama.

Tajuk aku membawa maksud, kehidupan kita sekarang, sebenarnya telah berlaku lebih awal sedikit pada masa kita menyedari tentangnya.

Pernah tengok siaran secara lansung ? Apa yang disiarkan secara lansung, sebenarnya tidak seperti maksudnya, "siaran yang disiarkan pada masa kejadian", maksudnya DELAY. Seperti yang kamu tahu, semua sistem maklumat mempunyai medium tersendiri untuk dihantar maklumat dari pemancar sehingga ke penerima isyarat. Seperti television yang menggunakan medium gelombang yang dipancarkan melalui satelit.

Apa yang DELAY ? gelombang mempunyai kelajuan tersendiri untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi. Sistem siaran lansung yang paling efektif sekalipun mempunyai 3 saat delay berbanding masa kejadian yang sebenar. - Internet juga menggunakan sistem gelombang

Tetapi itu tidak dapat dikaitkan dengan "Kita Hidup Di Dalam Masa Silam ?" bukan ?

*aku tidak tahu sistem apa di dalam badan menerima dan menghatar isyarat dari 5 panca indera ke otak*

Maklumat yang dihantar oleh 5 pancaindera di badan kita untuk sampai otak dan kemudian di hantar kembali ke recepter ? mempunyai masa yang tersendiri.

Contoh mudah, mata melihat sesuatu, dan cahaya dibalikkan ke mata kita, maklumat tersebut akan dihantar ke otak untuk memproses tentang maklumat tersebut, dan kemudian kita tahu apa yang kita nampak. Menurut satu artikel di yang dikeluarkan oleh Salk InstitueWe live in the past and our brain makes up for it. Untuk maklumat tersebut sampai ke otak, ia mengambil masa selama 70 milisaat.
*70 di bahagi 1000 : 0.07 saat.

Fenomena ini berlaku untuk seluruh badan kita.
Hipotesis : Lagi jauh kedudukan penghantar isyarat dari otak, lagi lama masa di ambil untuk maklumat tersebut sampai ke otak

Ambil eksperimen mudah.

Tangan kanan tap/sentuh hidung, manakala tangan kiri tap/sentuh kaki dengan serentak.

Apa yang kamu rasakan dulu ? Hidung disentuh atau kaki dahulu ?

Hipotesis diterima ditolak ? Kamu tentukan.


ps : Ijazah's student uitm dah masuk. Meriah la uitm lepas ni :) *kami dip ada lagi seminggu sebelum 1st paper.

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid