Posts

Showing posts from April, 2012

Projek Manusia Keratan Rentas

Image
Projek Manusia Keratan Rentas ? Ianya ialah projek jangka masa panjang oleh National Library of Medicine (NLM) semenjak 1986.
Ianya ialah gabungan lengkap dari segi anatomi dan direkod dalam representasi 3 dimensi keratan rentas tubuh badan lelaki dan perempuan. Keratan rentas tersebut ialah hasil daripada Magnetic Resonance Imaging (MRI) dan Prosedur Pembekuan Seksyen (cyrosection) mayat lelaki dan perempuan secara melintang.

Untuk badan lelaki ianya telah di ambil secara melintang untuk setiap milimeter, dan untuk badan perempuan diambil untuk setiap suku milimeter.
Matlamat jangka masa panjang projek ini ialah untuk menyediakan pengetahuan tentang sebuah sistem struktur bentuk badan manusia yang bersambung antara satu keratan rentas ke satu keratan rentas yang lain yang dapat dilihat secara visual secara lengkap bagi memantapkan lagi pengetahuan dalam bidang perubatan seperti nama sesuatu struktur di dalam badan.
Maklumat Tambahan Badan lelaki yang dijadikan kajian saintifik …

BERSIH 3.0 : Sisi Pandang Seorang Manusia Biasa

Image
BERSIH 3.0 telah tamat, dan ramai rakyat yang memperolehi pengalaman baru dan membawa balik pendapat yang berbeza. Termasuk juga yang duduk di rumah dan menunggu update terbaru dari sumber yang boleh dipercayai.

Di sini saya ingin kongsikan. Sebuah nota yang ditulis oleh Muhammad Fairuz Azmi, seorang sukarelawan pegawai perubatan di dalam demostrasi BERSIH 3.0

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Ramai sahabat bertanya kepada saya bagaimana perhimpunan tadi. Banyak kisah gembira dan mendukacitakan dihebahkan melalui media dan laman FB. Saya cuba untuk menulis berdasarkan pengalaman saya di lokasi Masjid Jamek dari jam 11 pagi ke 5 petang. InsyaAllah saya akan cuba untuk memberikan padangan dari semua segi agar adil buat semua pembaca nota ini.

Ini adalah pertama kali saya turun dalam demostrasi di Malaysia. Saya pernah ada pengalaman turun dalam beberapa siri demostrasi di Ireland termasuk BERSIH 2.0, demonstrasi menentang 'occupation of Gaza' dan penindasan rakyat Syria…

Kegunaan Rohypnol Dalam Kehidupan Dan Bahayanya

Image
Rohypnol ialah antara dadah yang dapat melembabkan/melemahkan sistem saraf (depressant). Oleh sebab kesannya yang pantas, ianya digunakan secara meluas di dalam hospital dan semua pusat pusat yang berkaitan dengan perubatan.


Kegunaan Rohypnol dan Penyalahgunaannya Seperti semua dadah depressant, rohypnol dapat mengurangkan perasaan bimbang dan dapat mendorong kepada mengantuk. - mengikut dos yang diambil dan cara pengambilan.
Kebaikannya ialah ia antara ubat penenang yang berkesan untuk digunakan, selalunya di dalam hospital dan rumah sakit jiwa jika pesakit menimbulkan sebarang kekacauan atau terlalu bimbang. Ia juga sebagai salah satu cara mengubat penyakit insomnia - sukar untuk tidur. *Is insomnia a penyakit ? I wonder.
Selalunya, bagi individu yang dapat mempunyai dadah rohypnol secara persendirian, ia dimakan bersama dengan alkohol kerana dapat memberi kesan hayal yang lama. Dari sifatnya sendiri - dadah; ianya akan memberi kesan sampingan kepada penyalahgunaan seperti cepa…

Penangan BERSIH 3.0 - Macam Mana Tahu ?

Image
Sekarang, 28th April. Perhimpuan BERSIH 3.0 telah pun bermula, selepas satu satu tomohan dan preduksi, akhirnya ia berlansung juga di Dataran Merdeka.
Banyak website-website anti PKR yang membuat artikel tentang keburukan dan muslihat tersirat yang bagi mereka, mereka nampak tentan perhimpunan tersebut.

Tidak tertinggal, website-website yang menyokong PKR dan perhimpuan BERSIH 3.0 membuat artikel tentang kebaikan-kebaikan yang mereka rasa ianya ada di dalam perhimpunan tersebut.

Dan tidak tertinggal mereka yang berada di rumah, mempunyai internet dan membaca artikel-artikel tersebut, yang memainkan peranan untuk menghangatkan lagi suasana merugikan dengan komen komen bernas, tidak masuk akal, dan lagak sendiri mempunyai lebih ilmu dan lebih tahu.

Hal propaganda BERSIH 3.0 ? Diketuai Ambiga ?  PKR  ? - mungkin aku masih lagi dungu, bingai dan tak baligh dalam hal politik, aku tidak nampak apa bendanya permainan yang sedang berlaku dalam politik negara aku ni. Dan aku sendiri tak nak t…

forblogger.net - Sejarah Blogger Berjaya

Image
Normal bagi rata-rata blogger yang sudah agak biasa dengan keadaan blogging dan tahu apa itu niche, apabila membuat blog yang kedua pasti inginkan sesuatu yang berjaya dan mempunyai niche blog yang tersendiri.  Sejarah kejayaan website berita www.forblogger.net. Percaya atau tidak, pada awal permulaan sesebuah blog, pasti terkedek-kedek mencari niche yang sesuai dan sibuk untuk mempromosikan blog. shahurl.blogspot.com ialah url asal website tersebut dengan niche asalnya ialah sebuah blog yang mengongsikan video-video yang menarik. Tetapi, seingat aku, hanya 3 atau 4 video persembahan hacker di tempat awam yang dikongsikan.
Dan kemudian, selepas, shahurl.blogspot bertukar niche kepada perbincangan SEO dan tutorial SEO Bahasa Melayu. Di situ detik permulaan peningkatan populariti blog tersebut, berkat daripada admin yang kacak dan sikap beliau yang ramah, tidak sombong, ikhlas berkongsi dan rajin menjawab pertanyaan yang diajukan, shahurl.blogspot.com antara blog tutorial dan perb…

Lelaki Kacak Sadis ?

Image
Salam. Baru-baru ni aku ada publish post berkaitan dengan Kedudukan Lelaki Kacak untuk minggu lepas. Dan waktu tu, Alhamdulillah, post aku masih dalam kedudukan yang baik. Tapi entah kenapa, selepas aku publishkan post kedudukan lelaki kacak tuh, post Lelaki Kacak | Ciri dan Personaliti yang aku taruhkan untuk contest SEO tuh kena tendang jauh jauh ke belakang. Sadis. sob sob
Ini kedudukan sekarang; daripada browser akulah, tak tau kot cookies aku effect result macam ni.
Dari yang aku perhatikan selama ni, post dari jomkongsistory.com dan azyani.com kekal lama di kedudukan 1 hingga 5. jomkongsistory.com tak kisah lah, sebab dia aku rasa lelaki, tua dan ada banyak ilmu SEO.
Tapi yang aku kagum, azyani.com, seorang perempuan, muda - 18; baru ja lepas SPM dengan result 6A+ 3A, boleh kekal lama di kedudukan antara teratas. kagum kagum. 

*****
Bercerita tentang azyani.com, kakak ni menulis tentang hal-hal yang dia rasa dia nak share, something yang dia rasa akan mengembalikan nostalgic keh…

Rabi’ah lahir dan masa kanak-kanaknya

Image
Jika seseorang bertanya: “Mengapa engkau menyamakan Rabi’ah dengan kaum lelaki?” Maka jawabku adalah bahawa Nabi sendiri pernah berkata: “Sesungguhnya Allah tidak memandang rupa kamu” dan yang menjadi masalah bukanlah bentuk, tetapi niat seperti yang dikatakan nabi, “Manusia-manusia akan dimulikan sesuai dengan niat di dalam hati mereka.” Selanjutnya, apabila kita boleh menerima dua pertiga ajaran agama dari Aisyah, maka sudah tentu kita boleh pula menerima petunjuk-petunjuk agama dari pelayan peribadinya itu. Apabila seorang perempuan berubah menjadi “seorang lelaki” pada jalan Allah, maka ia adalah sama dengan kaum lelaki dan kita tidak dapat menyebutnya sebagai seorang perempuan lagi

Pada malam Rabi’ah dilahirkan ke dunia, tidak ada sesuatu barang pun yang berharga berada di dalam rumah orang tuanya, kerana ayahnya adalah seorang yang sangat miskin. Ayahnya tidak mempunyai minyak barang setitis pun untuk membersihkan pusat isterinya itu. Mereka tidak mempunyai lampu dan tidak me…

Malik dengan hidup zuhudnya

Image
Telah betahun-tahun bibir Malik tidak merasai makanan yang manis mahupun masam. Setiap malam ia pergi membeli dua potong roti untuk berbuka puasa. Kadang-kadang roti yang dibelinya itu masih terasa hangat; dan ini menghiburkan hatinya dan dianggapnya sebagai perangsang selera.

Pada suatu hari Malik jatuh sakit dan ia sangat ingin memakan daging. Sepuluh hari lamanya keinginan itu dapat dilupakan. Suatu ketika ia tidap dapat bertahan lebih lama lagi, maka ia pergi ke kedai makanan untuk membeli dua tiga potong kaki kambing biri-biri dan menyembunyikan kaki biri-biri tersebut di lengan bajunya.

Tuan punya kedai itu menyuruh seorang pelayannya mengikuti Malik untuk melihat apa yang hendak dilakukannya. Tidak berapa lama kemudian pelayan itu kembali dengan air mata berlinangan. Pelayan itu mengatakan: “Dia pergi ke sebuah tempat yang sepi. Di tempat itu dikeluarkannya kaki kambing biri-biri itu, diciumnya dan ia berkata kepada dirinya sendiri.” “Lebih daripada ini bukanlah hakku.” Kemudi…

Mengapa ia di namakan Malik bin Dinar dan bagaimana ia bertaubat

Image
Ketika Malik dilahirkan, ayahnya adalah seorang hamba tetapi Malik adalah seorang yang merdeka. Diceritakan pada suatu ketika Malik bin Dinar menumpang sebuah perahu. Setelah berada di tengah lautan, anak-anak perahu meminta: “Bayarlah tambang perjalananmu!”

“Aku tidak ada wang,” jawab Malik.

Lalu anak-anak perahu itu memukulnya hingga ia pengsan. Ketika Malik telah sedar, mereka meminta lagi:

“Bayarlah tambang perjalananmu!”

“Aku tidak ada wang.”

“Marilah kita pegang kedua kakinya dan kita lemparkan dia ke laut,” pelaut-pelaut tersebut berkata.

Ketika itu juga semua ikan di laut mendongakkan kepala mereka ke permukaan air dan masing-masing membawa dua keping dinar emas di mulut mereka. Malik menghulurkan tangan, dari mulut seekor ikan diambilnya dua dinar dan wang itu diberikannya kepada pelaut-pelaut tersebut. Melihatkan kejadian ini, pelaut-pelaut tersebut berlutut. Dengan berjalan di atas air, Malik kemudian meninggalkan perahu itu. Inilah sebab mengapa ia dinamakan Malik bin Din…

Hasan dari Basrah dan Abu Amr

Image
Pada suatu hari, ketika Abu Amr seorang ahli tafsir terkemuka sedang mengajar al-Quran, tidak disangka-sangka datang seorang pemuda tampan turut serta mendengarnya. Abu Amr terpesona memandang pemuda itu dan secara mendadak lupa akan setiap perkataan dan huruf al-Quran. Ia sangat menyesal dan gelisah kerana perbuatannya itu. Dalam keadaan seperti ini ia pergi menemui Hasan dari Basrah untuk mengadukan kegelisahan hatinya.

“Guru,” Abu Amr berkata sambil menangis dengan sedih. “Begitulah kejadiannya. Setiap perkataan dan huruf al-Quran telah hilang dari ingatanku.” Hasan begitu terharu mendengar penjelasan Abu Amr.

“Sekarang adalah musim haji.” Hasan berkata kepadanya. “Pergilah ke tanah suci dan tunaikanlah ibadah haji. Sesudah itu pergilah ke Masjid Khaif. Di sana engkau akan bertemu dengan seorang tua. Jangan engkau terus mengurnya tetapu tunggulah sehingga keasyikan beribadahnya selesai. Setelah itu barulah engkau minta kepadanya agar ia mahu mendoakanmu.”

Abu Amr munurut nasihat H…

Hasan dari Basrah dan Penyembah Api

Image
Hasan mempunyai seorang jiran yang bernama simeon, seorang penyembah api. Suatu haru simeon jatuh sakit dan ajalnya hampir tiba. Sahabat-sahabat meminta agar Hasan sudi mengunjunginya. Akhirnya Hasan pun mendapatkan Simeon yang terbaring di tempat tidurnya dan badannya telah hitam disebabkan api dan asap.

“Takutlah kamu kepada Allah,” Hasan menasihatikan. “Engkau tekah mensia-siakan seluruh usiamu di tengah-tengah api dan asap.”

“Ada tiga perkata yang telah menghalangku untuk menjadi seorang muslim. Pertama adalah kenyataan walaupun kamu semua membenci dunia tapi siang dan malam mengejar harta kekayaan. Kedua, kamu semua mengatakan bahawa mati itu adalah seatu kenyataan yang harus dihadapi namu tidak bersedia untuk menghadapinya. Ketiga, kamu mengatakan bahawa wajah Allah akan dilihat, namun hingga saat ini masih melakukan segala yang tidak diredhai-Nya,” jawab Simeon penyembah api.

“Inilah ucapan dari manusia-manusia yang sungguh-sungguh mengetahui. Jika setiap muslim berbuat begitu…

Hasan dari Basrah bertaubat

Image
Pada mulanya Hasan dari Basrah itu adalah seorang penjual batu permata, kerana itu ia digelar sebagai Hasan si pedagang mutiara. Hasan mempunyai hubungan perdagangan dengan Bizantium, kerana itu ia berhubung rapat dengan para jeneral dan menteri Kaisar. Dalam sebuah peristiwa ketika pergi ke Bizantium, Hasan dikunjungi perdana menteri dan mereka berbincang beberapa saat.

"Jika engkau suka, kita akan pergi ke suatu tempat," menteri itu mengajak Hasan.

"Terpulang kepadamu," jawab Hasan."Ke mana pun aku menurut saja"

Menteri itu memerintahkan agar disediakan seekor kuda untuk Hasan. Menteri naik ke belakang kudanya, Hasan pun melakukan hal yang serupa, setelah itu mereka berangkat menuju padang pasir. Sesampainya di tempat yang dituju, Hasan melihat sebuah khemah yang dibuat dari brokat Bizantium, diikat dengan tali sutera dan dipancang dengan tiang emas di atas tanah. Hasan berdiri jauh darinya.

Tidak berapa lama kemudian muncul sepasukan tentera yang cuku…

Malik dengan jirannya yang kurang sopan

Image
Ada seorang pemuda jiran Malik, tingkah lakunya sangat keji dan mengganggu ketenteraman. Malik sering terganggu oleh tingkah laku pemuda keji ini, namun dengan sabar ia menunggu agar ada orang lain dapat menegur pemuda tersebut. Tetapi ramai yang datang menemui Malik dengan keluhan-keluhan mereka terhadap pemuda jahat itu. Maka Malik pergi menemui pemuda itu dan meminta agar ia menugbah tingkah lakunya.

Dengan perasaan angkuh pemuda itu menjawab :

“Aku adalah kesayangan sultan dan tidak ada seorang pun dapat melarang atau mencegahku untuk berbuat sekehendak hatiku.”

“Aku mengadu kepada sultan,” Malik mengancam.

“Sultan tidak akan memarahiku. Apa pun yang ku lakukan, sultan akan menyukainya,” jawab pemuda itu.

“Baiklah, jika sultan tidak dapat berbuat apa-apa, aku akan mengadu kepada Yang Maha Pengasih,” Malik meneruskan ancamannya sambil menunjuk ke atas.

“Allah? Ia terlampau Pengasih untuk menghukum diriku ini,” jawab pemuda itu.

Jawapan ini membuatkan Malik bungkam. Pemuda itu diti…

Program Score A | Skor A SCAM

Image
Sem baru dah dekat. Budak-budak lepas SPM 2011 pun bakal tau result UPU diorang bulan depan. Aku yakin dan pasti, budak-budak junior yang otak masih lagi fresh ni akan ditarget oleh budak-budak score A untuk ajak masuk program usahawan score A diorang.
Ye lah, duit PTPTN masih lagi banyak awal-awal sem, dengan otak tak tercemar lagi, dan dengan suasana memerlukan duit di dalam IPTA, program usahawan score A ni macam satu jalan penyelesaian terbaik bagi diorang untuk dapatkan duit lebih waktu belajar.
Sekali lagi aku yakin, itu salah satu dari berpuluh serangan psikologi yang digunakan ke atas budak-budak baru. Kalaulah aku terjebak sekali, memang aku akan gunakan peluang tu dengan baik. Bisnes la katakan.

Tapi aku harap, bagi sesiapa yang datang ke sini dengan niat nak ketahui sama ada program usahawan score A tu scam atau pun tak, thumbs up untuk korang, tapi malangnya, tiada satu artikel pun yang membuktikan ianya ialah scam.

Korang kena gunakan kepala otak sendiri untuk fikirkan p…

Adili Orang ? - Judging Others

Image
Pernah tak kamu sekali stuck dalam situasi di mana orang tak percaya dengan perkara sebenar yang kamu lakukan ? Atau kebenaran tentang diri kamu, hanya kerana mereka fikir apa yang mereka fikir betul ?
heart - "Please, bukan aku, aku bukan macam tu"

Bagitahu aku, apa kau orang akan buat kalau dalam situasi macam tu ?

-kalaulah Negara ni tak ada undang2 kesalahan membunuh. Aku kerat 16 feed kucing2 aku.


ps : closed door, volume up, this world is mine, alone!

Kedudukan Lelaki Kacak

Image
Haha. Post ni tiada kaitan kedudukan lelaki kacak dengan apa-apa jenis situasi, cuma aku ingin kongsikan keadaan pertandingan SEO yang di anjurkan oleh earncent.com untuk kata kunci "Lelaki Kacak".


Ini ialah kedudukan semasa "Lelaki Kacak". Aku tak tahu macam mana hendak dikira dengan jomkongsistory.com yang muncul dua kali, tempat pertama dan kedua pulak tu. Owh ya, itu kedudukan pertama hingga keempat, yang kelima tak dapat nak masuk gamba. hehe.
Kalaulah kamu ada pernah terbuka post aku yang dulu - Lelaki Kacak | Ciri dan Personaliti, mesti sekarang tertanya-tanya apa perkembangan kedudukan post aku kan ?
Start daripada aku submit post aku, tiap-tiap hari aku periksa kedudukan post aku, dan agak pelik, kenapa berada di muka hadapan google, lepas tu baru la tau sikit lepas dapat ilmu baru, rupanya kena logout dari google dulu sebelum buat search, kalau tidak, google akan dapatkan post yang pernah +1 untuk berada di hadapan. Lepas ja logout, periksa kedudukan 295…

Fastival Songkran | Pesta Air Thailand

Image
Sukakan air ? Teringin bermain air beramai-ramai ? Fastival Songkran dan juga dikenali sebagai Pesta Air Thailand ialah satu fastival yang tidak patut kamu lepaskan.
Untuk setiap tahun pada 13 April hingga 15 April, Pesta Air akan berlansung di dalam negera Thailand - selalunya di kawasan-kawasan bandar, atau ramai orang.
Dan untuk tahun ini, 2012, 13 April jatuh pada hari Jumaat dan pesta ini tamat pada hari Ahad.
Songkran, ialah daripada perkataan sanskrit songkrati yang bermaksud, perubahan matahari daripada satu zodiak ke zodiak yang lain. Songkran, ialah sebuah pesta yang meraikan kedatangan tahun matahari yang baru dan juga satu fastival yang penting bagi masyarakat Thailand - Tahun Baru Thailand Mahasongkran - Akhir tahun lama - hari pertamaWan Nao - Hari selepas Mahasongkran - hari keduaWan Thaloeng Sok - Permulaan tahun baru - hari ketigaBangkok, Thailand

Untuk yang teringin pergi ke pesta air ni, prosedur biasa yang kamu perlu lalui - sempadan negara - urusan imegresan.

Bagi …