Program Score A | Skor A SCAM | Aimanayie

Pages

23 April 2012

Program Score A | Skor A SCAM

Sem baru dah dekat. Budak-budak lepas SPM 2011 pun bakal tau result UPU diorang bulan depan. Aku yakin dan pasti, budak-budak junior yang otak masih lagi fresh ni akan ditarget oleh budak-budak score A untuk ajak masuk program usahawan score A diorang.

Ye lah, duit PTPTN masih lagi banyak awal-awal sem, dengan otak tak tercemar lagi, dan dengan suasana memerlukan duit di dalam IPTA, program usahawan score A ni macam satu jalan penyelesaian terbaik bagi diorang untuk dapatkan duit lebih waktu belajar.

Skor A
Sekali lagi aku yakin, itu salah satu dari berpuluh serangan psikologi yang digunakan ke atas budak-budak baru. Kalaulah aku terjebak sekali, memang aku akan gunakan peluang tu dengan baik. Bisnes la katakan.

Tapi aku harap, bagi sesiapa yang datang ke sini dengan niat nak ketahui sama ada program usahawan score A tu scam atau pun tak, thumbs up untuk korang, tapi malangnya, tiada satu artikel pun yang membuktikan ianya ialah scam.

Korang kena gunakan kepala otak sendiri untuk fikirkan program tu betul ataupun tak. Bagi aku, program tu memang boleh mendatangkan duit, yes sangat boleh, tiada penipuan disitu. Tapi, cara duit tu datang yang bagi aku sedikit mencurigakan.

Ye lah, nak masuk kena bagi duit. korang nak dapat duit ? Kenalah bawak ahli baru masuk, dan korang hanya makan duit budak-budak yang baru masuk tu ja.

Fikir-fikirkanlah. Program usahawan score A yang aku ceritakan disini, tiada kaitan dengan Portal Tusyen Online Skor A, portal tu memang bagus pun, aku sendiri guna, siap dapat A lagi.

No comments:

Post a Comment

You can always make a post as a comment to my post,
but don't forget to leave the post's link at here :)