Skip to main content

The Oatmeal - Bila Aku Bosan

Bila aku bosan

Bila aku bosan, apa aku buat ? Bagi someone yang dah terbiasa dengan internet macam aku, kalau dah tak ada apa yang hendak dibuat, memang buka laptop dan online.

But hey, online pun kadang-kadang bosan jugak. So, next, apa aku buat dengan internet ?

Next mestilah Youtube. Aku check mana-mana channel yang aku dah subcribe yang ada update tapi aku belum tengok lagi, macam SciSchow dan Vsauce. Kalau tak ada update, then kemudian barulah aku blogwalking ke website-website yang aku gemar stalk. hehe

Salah satunya ialah The Oatmeal.

TheOatmeal.com

The Oatmeal





The Oatmeal ialah website yang bersifat lawak. Lawak dia kadang-kadang kasar la jugak, but still lawak.

Ada tambahan dalam website tuh, selain blog admin, kuiz-kuiz yang menarik, dan yang menjadi tunjang website tersebut ialah komik.

Komik dia, cakap kau, sangatlah lawak dan memang tak bosan kalau hari ni dah baca, esok baca lagi.

Dalam komik dia lak, ada macam-macam jenis. Antara yang aku suka The Bobcats dan Grammar Comics

The Bobcats

The Bobcats

Di atas ini ialah salah satu gambar dari siri Monday dalam komik The Bobcats. Dan kalau ada komik yang mempunyai watak kucing Bob tu, confirm komik tu best.

Owh, dalam bahagian komik juga, The Oatmeal ada selitkan bahagian pendidikan yang aku tak pernah dapat di waktu sekolah. *ke aku yang lupa ~_~

Grammar Comics

The Oatmeal

How to use a semicolon ? Haha! Permulaan komik tu saja dah buat aku geli hati. Tambah la lagi bila dah masuk isi-isi dan cara dia terang, memang terbaik.

The Oatmeal

LOL! Di atas ialah salah satu contoh penerangan how to use a semicolon.

Contoh lain Grammar Comics - Sila ke theoatmeal.com

The Oatmeal Grammar ComicThe Oatmeal Grammar Comic



The Oatmeal Grammar ComicThe Oatmeal Grammar Comic


The Oatmeal Grammar Comic

Sing along video





Haha. Just enjoy. No hard feeling :)

Owh ya, website The Oatmeal tu hmm apa eh kawalan umur ? Bawah umur tak boleh tengok tu orang panggil apa tah ? Haa, yang tu. 

Dan, tips untuk lagi best bila view komik-komik dalam The Oatmeal, sila tekan random komik. 
Best surprise !

ps : Im bored ~_~

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Apa itu GLC ? GLC bermaksud Government Linked Company atau lebih tepat Syarikat Berkaitan/Milik Kerajaan


Maksud | Takrifan GLC


Maksud GLC ? GLC ditakrif sebagai syarikat yang mempunyai objektif komersil yang primer dan kepentingannya dikawal secara langsung oleh Kerajaan Malaysia. Mengawal kepentingan merujuk kepada keupayaan atau kuasa Kerajaan (bukan sekadar peratus pemilikan) untuk melantik anggota Lembaga Pengarah, pengurusan atasan dan membuat keputusan utama terhadap GLC (contohnya, pemberian kontrak, strategi, penstrukturan semula dan pembiayaan, pemerolehan serta pemberhentian pelaburan), sama ada secara langsung atau melalui Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).

Apakah syarikat yang dikategorikan sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)?
Kategori syarikat berkaitan kerajaan ialah syarikat-syarikat yang berada di bawah kawalan Kerajaan Negeri dan agensi peringkat Negeri masing-masing. Syarikat yang berada di bawah kawalan lansung Kerajaan sebagai agensinya juga termasu…

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

1. Formula
2. Penerangan Formula
3. Penggunaan Formula

Line and Plane In 3-Dimension | Mathematics Form 4

1. Formula

Seperti yang korang nampak kat atas, tu ialah formula trigonometri versi BM dan versi BI. Ada banyak cara nak ingat formula tu, dan cara yang aku boleh syorkan ialah

Versi BM :   Saya Tak Hafal      Kalau Saya Hafal       Tentu Tak Susah
Versi BI :   Soh  Cah  Toa

Bagi tutorial ni, aku akan gunakan sepenuhnya versi BM.


2. Penerangan Formula
Di mana garisan Tentangan Sebelah dan Hipotenes ?

Ambil Tita (macam lapan tuh) sebagai sudut.

Garisan Tentangan ialah garisan yang bertentangan dengan Tita

Garisan Hipotenes ialah garisan yang bertentangan dengan sudut 90

Garisan Sebelah, ialah garisan bersebelahan dengan Tita





3. Penggunaan Formula




Jika nilai garisan yang diberi (maklumat dari soalan) menunjukkan seperti rajah di sebelah, iaitu mempunyai nilai bagi garisan Tentangan dan garisan Hipotenes. Maka, formula Sin akan digunakan.



Makulumat yang ada, nilai garisan Hipotenes dan S…

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid

Apa itu Hypothyroidism (hipotiroid) ? Hypothyroidism ialah satu keadaan dimana badan kekurangan hormon thyroid akibat daripada kelenjar thyroid (tiroid) yang kurang aktif.

Sedikit penerangan tentang bagaimana Hypothyroidism terjadi dan kaitannya dengan tumbesaran badan (metabolisma) Seperti yang kamu tahu, metabolisma ialah proses yang dilakukan oleh tubuh untuk mengubah apa yang kamu makan dan minum menjadi tenaga. Tenaga ini kemudiannya disalurkan ke seluruh badan samaada untuk pencernaan makanan, bergerak ataupun berehat.
Thyroid ialah satu kelenjar di bahagian halkum yang menggunakan iodine (umumnya berasal dari makanan misalnya laut dan garam) untuk menghasilkan 2 jenis hormon yang penting dalam metabolisma iaitu hormon thyroxine (T4) dan hormon triiodothyronine (T3). 
Bilangan hormon T4 dan T3 di dalam badan masing-masing ialah 99% dan 1%, tetapi hormon yang penting untuk badan ialah T3. Walaupun begitu, semasa di dalam badan, T4 akan ditukarkan menjadi T3 dari semasa ke semasa b…