UiTM Arau - Gambar | Aimanayie

Pages

12 May 2012

UiTM Arau - Gambar


UiTM Arau PerlisGambar UiTM Arau ? Ada orang luar negeri Perlis, yang tidak pernah nampak macam mana rupa UiTM Arau. Ada juga yang menolak tawaran sambung belajar di UiTM Arau kerana takut bosan, terperuk, tiada-apa, dan paling menjadi sebutan McD dan wayang takde lerrrr. K fine.


So, semalam aku round-round UiTM sambil bawa kamera kecik snap sambil atas moto, lansung tak turun moto ok. Malu. Maaf kalau kualiti kurang best. Ada juga gambar yang aku cilok dari encik Google.

Sebelum tu, ini ialah gambaran kasar UiTM Arau yang lama yang diambil dari satelit - VIEW
Sila jangan tutup as aku snap gambar sambil round-round, so nanti aku terang gambar match up dengan gambar satelit tuh.

Gambar UiTM Arau

UiTM Arau ada dua gate, satu gate A dan lagi satu gate yang baru, gate B. Aku mula snap dari gate A.

Update : Maaf, aku snap gambar ikut dan saja.

Di setiap gambar ada caption. Di kiri simbol '|' ialah nama panggilan@nama sebenar, manakala di bahagian kanan simbol tersebut ialah match up dalam gambar dari satelit tersebut.
Klik gambar untuk lihat besar.

Gate A UiTM Arau Perlis
Gate A | Pondok Pak Guard
Jalan selepas gate A
Jalan selepas Gate A, di bahagian kiri gambar ada padang bola/sofbol/memanah/rugby
kandang rusa UiTM Arau Perlis
Kandang Rusa, sebelum sampai tasik Ilham
Tasik Ilham UiTM Arau Perlis
Tasik Ilham | Tasik Ilham
Kompleks Sukan UiTM Arau Perlis
Sportcom | Stadium UiTM Arau
Sportcom singkatan kepada sport complex. Ada dewan badminton, squash, gim, futsal, netbal, takraw, hoki dan bola keranjang. Maaf, swimming pool tak ada, tasik ada, boleh berenang lenang dengan ikan talapia.

Tasik Ilham UiTM Arau Perlis
Tasik Ilham | Tasik Ilham
Kompleks STAR UiTM Arau Perlis
STAR Kompleks | STAR Kompleks   
Restoran Damai UiTM Arau Perlis
Damai | The Chill, Restoran UiTM Perlis
Bilik Kuliah UiTM Arau Perlis
BK (bilik kuliah) | Blok BK
Anjung Siswa UiTM Arau Perlis
Mushroom | Kolej Cendawan
Mushroom is where orang ramai melepak, me-wifi, tunggu bas, cucuk maybank, kedai-kedai lain, dan aktiviti jualan sering diadakan di sini.

Kolej Dahlia UiTM Arau Perlis
Dahlia + Kulat + Dewan Dahlia | Dahlia 2
Dahlia 1 dan Dahlia 2 ialah kolej perempuan. Kulat (kiri gambar yang nampak bumbung) tempat jual makan, kedai photostat. Time aku, tempat ni jadi tempat group study, sebab fair laki dan perempuan. Dewan Dahlia, banyak test/exam buat kat situ.

Pusat Islam UiTM Arau Perlis
PI | Pusat Islam

Kedai Makan UiTM Arau Perlis
Oren + Pisang | Kolej Oren
 Oren dan Pisang masing-masing ialah tempat beli makan or makan situ terus. Oren yang kiri, dan pisang yang hujung bumbung merah tuh. Oren mungkin sebab warna tradisi kaler oren, dan pisang mungkin sebab kerusi dia semua warna kuning dan bersambung *macam tempat rehat sebelah kat highway tuh. haha

Kolej Beringin UiTM Arau Perlis
UK + Beringin | Klinik Kesihatan
UK singkatan bagi unit kesihatan, yang sebelah kiri, yang ada park kereta tuh, situla tempat banyak student buat-buat sakit ambil MC sebab dah termiss kelas. Beringin is another kolej perempuan.

HEA UiTM Arau Perlis
block C + HEA | Bagunan HEA 2 + Pejabat Hal Ehwal Akademik
HEA, yang ada lambang uitm tuh, selalunya pergi sini pun sebab nak book bilik kuliah untuk kelas ganti. Yang sebelah kanan HEA ialah blok C, another bilik kuliah. 

Geomass UiTM Arau Perlis
al-Farabi 3 | Geomass
Dalam al-Farabi 3, ada banyak lab, lab kimia bio marin fizik, stor barang sains geomatik, and yet bilik kuliah too.

HEP UiTM Arau Perlis
HEP | Pejabat Hal Ehwal Pelajar
Selalu student datang sini ambil sticker aktiviti dan hantar surat tunjuk sebab miss kuko. Kalau bab-bab lain memang tak la, sebab baju kena tag in,berkasut sarung -.-''

Unit Sistem Bersepadu yang ditunjukkan dalam peta ada berhadapan dengan bagunan HEP ni.

Perpustakaan Dato' Jaafar Hasan UiTM Arau Perlis
Library | Perpustakaan Dato' Jaafar Hasan
Pejabat Pentadbiran UiTM Arau Perlis
Pejabat Pentadbiran | blok Pentadbiran UiTM
Pejabat Pentadbiran, orang datang sini selalu datang bayar saman. haha

Dewan Sri Semarak UiTM Arau Perlis
DSS - Dewan Sri Semarak
Dewan Sri Semarak, atau dewan baru sesuai dengan nama ianya ialah sebuah dewan yang baru dibina menggantikan dewan lama yang terletak berdekatan dengan BK. Konvo, exam, dinner, expo, ceramah, selalunya buat kat dewan ni.
Pejabat Kesatria UiTM Arau Perlis
Pejabat Kesat | Pejabat KESATRIA
Padang Kawad UiTM Arau Perlis
Padang Kawad - berhadapan pejabat kesat
Selepas MDS, tak akan kembali ke padang ni seperti kemerdekaan kali ke dua. Panas, letih, leceh -.-''

Academic Heights UiTM Arau Perlis
Academic Heights + block C
UiTM Arau Perlis
Pemandangan dari atas Academic Heights - taste aku failed -.-''
Gate B UiTM Arau Perlis
Gate B | Pintu B UiTM Perlis

Habis sudah 25 gambar. Jadilah kan ? Owh. Tambahan. UiTM ada 1 padang bola utama iaitu di stadium, dan 6 padang bola yang lain yang juga berkongsi untuk sukan rugby, sofbol, memanah dan lain lain. Juga ada padang golf, padang rempuh halangan - bersebelahan padang kawad, 3 kolej untuk perempuan - Kesinai, Beringin dan Dahlia, 1 kolej untuk lelaki - Cengal 1 hingga 6, dewan makan perempuan sahaja di kolej Kesinai dan Dahlia, dan dewan makan lelaki dan perempuan bersebelahan mushroom.

UiTM Arau, serba serbi fine fine ok saja.

UiTM Arau Perlis terletak di Arau. Yes, Perlis tiada McD dan wayang. Sila jangan over terkejut kalau tak nak kena tembak. Wayang yang terdekat ialah di Jitra, Kedah, 35 minit kereta 80km/h. McD di Alor Star 40 minit motor 125 120km/h.

Arau, kalau 3 tahun lepas memang tak ada apa, tetapi sekarang ada C-Mart. hehe
-KFC
-Pizza *PHD - boleh masuk UiTM
-CC/snooker/karok
-Yasmin - saiazuan wrote this yasmin related post
-dan lain lain

Buat apa nak dekat-dekat tempat hiburan bukan ? Datang UiTM Arau nak study, bukan nak enjoy. At least, McD dan wayang jauh sikit terlepas la bala duit habis belanja awek makan McD dan tengok wayang bukan ? Haha.


ps : bila la Perlis nak kasi masuk McD dan wayang. haihh.

53 comments:

  1. Waaaaaa. Cantekk lah. Aku pon new student uitm arau. Thanks for the info yaw!

    ReplyDelete
  2. nak amik pic letak dalam fb leh...i pun bekas student uitm arau gak...

    ReplyDelete
  3. hahaha .. nk tergelak baca blog hg . Btw , terbaikk lah UITM Arau ! cantik pmandangan .. peduli apa xder Mcd ngan Wayang , yg penting study for future , jimat kos jgk . =D

    ReplyDelete
  4. huhu rasa bangga jap tetiba bila tgk orng ckt uitm arau cantik..hehe ada 1 sem lagi nak nikmati keindahan ini

    ReplyDelete
  5. Salam ..Bang .. berapa jauh ekk .. dari pintu A ke blok pentadbiran ? .. tgh cari bilik .. yang mana dekat ...Taman Seri Wang atau taman Arau Utama ... tq ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pintu A ke blog pentadbiran, jarang ada orang jalan kaki ke situ, either basikal, motor or kereta, about 700m agaknya.

      uitm ada 2 gate, taman seri wang dan taman arau utama both dekat dengan gate B. Sangat ramai student sewa kat situ, 'sangat ramai' so, susah jugak nak cari rumah situ.

      Delete
  6. sala.awk blh x letak gmba skitar uitm arau? bcoz of im on my way nk cri uma sewa tp xtaw surrounding area kat sne cmne..could u help??

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak jangan risau, kawasan sekitar uitm arau (gate B) sangat tiada apa yang mengecewakan, kecuali hiburan, wayang, mcd etc.

      Gate A kawasan kampung, rumah sewa dalam kampung.

      Once sampai ke uitm arau, masalah yang kamu fikir (surrounding) tuh memang akan lesap terus. cayalah.

      arau tak complicated seperti shah alam.

      Delete
  7. tiap kali tgk gambar kat uitm arau, rindu gler. even setahun je kat sana tapi entah. rindu sangat ko. maybe tu la 1st time masuk uni kot. feel die lain sangat. sy ex uitm arau few years ago. uitm arau klasik. rasanye takde dah kampus uitm design macam arau ni.

    p/s: the chill tu dulu nama dia apple kot. library best sbb sejuk. huwaaa. rindu arau! ;(

    ReplyDelete
  8. salam. sy copy pict n caption n beberapa ayat awak daripada post ni boleh x? utk tunjuk macam mana keadaan uitm arau sbnrnye :)

    ReplyDelete
  9. I student UiTM Arau batch 97 - 2000. Tak sangka Kolej Beringin still ada.. rindu kat Mushroom (tempat deting).. Academic Heights tu kitorg panggil bukit tonggek.. hehe. Byk pembaharuan..dan byk juga yang still ada lagi. Rindu sangat nak pegi sana..

    ReplyDelete
  10. Rindu...nak mintak copy gambar ni....buat simpanan...

    ReplyDelete
  11. Wah..dah byk perubahan kat UiTM arau..tapi bangunan still the same la.except for the colour la.tapi 'bangunan kesatria ' tu salah.kalo x silap tu bangunan PALAPES aka ROTU.

    P/s: Aku student UiTM Arau 2001-2004..ape2 pun mmg best study kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! PALAPES punya markas. Owh, hi sinior :)

      Delete
    2. Salam. Terima kasih kerana sudi berkongsi kenangan UiTm Arau. Masa saya belajar masih dipanggil ITM (tahun 91. Masih nyaman(suasana kampung)lagi. Markas Palapes masih lagi bangunan Kayu,Padang kawad masih lagi padang rumput. Apa pun Syabas atas pembaharuan dan kegemilangan UiTM.

      Delete
  12. Wah rindunya Uitm Arau..dl ms dip & degree wat d sn..da 5 thn gak dok arau tuh..tp skrg arau dh byk brubah..last yr p pas 3 thn xtrun sn..jd jakun sat..mcm3 dh da c2...xmcm time sy d sn..mmg happening..sapa yg dok arau skrg ni best la..port lepak mkn d RPA..anjung suma..tmn sri wang pown dh len..apa pown Uitm Arau tetap best..

    ReplyDelete
  13. Saye pun ex-student UiTM,Arau, batch 2007 - 2010. Saye nak copy your entry ke entry saye boleh?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh :) Tapi nak link atas nama blog tau. Terima Kasih :)

      Delete
  14. Kenangan mengusik jiwa...setiap lokasi ada kenangan peribadi...saya dari diploma sampai degree buat dkt arau (5 tahun tuuuu)...gagah bila dapat tau kena lapor diri utk degree kat Shah Alam mohon cepat2 tukarkan ke arau balik....yg best satu lagi pengalaman balik kg naik kereta api...penuh setiap gerabak dgn budak uitm.....arau is the best place nk study...tenang ja tempat dia...nk g mana2 jalan kaki ja....duduk sini memang leh simpan duit....loan PTPTN leh simpan dkt separuh tu hehehehe :P

    ReplyDelete
  15. Salam, tumpang iklan ye. saya Ai, pelajar sem3 IB nak mencari penyewa untuk rumah di taman sri wang.
    prefer orang KL (boleh balik KL bersama; saya drive). 2 pelajar diploma 1 pelajar degree (supaya rumah tak tinggal kosong kalau cuti panjang). dan prefer geng usrah. sebarang pertanyaan sila email - raisyah902@gmail.com

    ReplyDelete
  16. salam,

    serius merah je mata bila tengok gambar gambar ni balik, rasa sayu je

    aku adalah ex-uitm arau for 6 years (3years dip and 3 years degree) from 2000 till 2006

    ohhh my god im still remember it... masih segar bugar lagi pengalaman mendaftar mula mula 12 tahun lepas..

    dekat sini la aku belajar, berseronok, bercinta, bersedih dan macam macam lagi

    huh... ini kah dikatakan kenangan yang akan terpahat dalam hatiku selama-lamanya

    insyaallah aku berhajat melawat kampus ni balik satu hari nanti

    ReplyDelete
  17. pernag bermalam dekat sini bulan lepas :) dekat kolej kesinai.hehe

    alang2 dah dekat arau..g la makan dekat kawasan jitra.
    nnti try la makan dekat YOB CORNER.medan selera depan TNB jitra(dkt jbatan pendaftaran) n bersebelahan dengan IPD KuBANG Pasu.kedai yg hujung skali dekat dengan pintu masuk TNB. YOB CORNER .
    serius Koeyteow Goreng dia mmg powerr..masakan panas yg lain pon sngat2 sedap,sy dh try hampir kesemua menu dia :)..sng kata x rugi la g makan sana.. best sgt2 for me. :)

    ReplyDelete
  18. minta izin link k fb...tq

    ReplyDelete
  19. ok semuanya lengkap dan disahkan..rindu arau...Cmart yg penting

    best tgok gambar2 smua..tak taupulak yg kedai baru tu nama dia pisang..haha

    ReplyDelete
  20. trbaik gak post hang nieh boss :D

    ReplyDelete
  21. mohon share ye qs boys :D

    ReplyDelete
  22. Hi..sa nak Tanya kpd senior2x uitm Arau...saya dpt offer Kat uitm Arau 2013 ..saya dr Kota Kinabalu Sabah..yg buat saya risau...uitm Arau Ada menyediakan Asrama tuk pelajar2x dr luar Kawasan kah?..biasanya berapa lama pelajar ditempatkan di hostel ?.. To long bagi info yeh..risau sngat2x..thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk sem 1, pelajar memang akan tinggal dalam kolej, nak bagi kenal uitm tu selok belok dia macam mana.

      untuk sem 2 dan ke atas,,, kolej, perlu dipohon, + result final + aktiviti kolej + sebagainya,, kalau tak dapat, still ada boleh buat rayuan, dan selalunya dapatlah..

      kecuali ada kes kolej = rokok + fly + gaduh + rosak harta benda + sebagainya..

      again.. sem 1 no hal, sem seterusnya, semua pelajar nak stay kolej kena pohon, tak dapat still boleh buat rayuan, dan selalunya dapat..

      Delete
  23. Salam. Nak tanya, means sem 1 je compulsary duk hostel ek? Lepas tu? Cari bilik sewa sendiri eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa salam..

      ya, dan for the next sem kena buat permohonan kolej.. nak stay luar uitm pun (rumah sewa/bilik sewa) pon boleh.. ikut jee.. uitm perlis punya kolej banyak..............

      Delete
  24. adik saya juga akan daftar uitm arau 2 june ini. sedang cari homestay. Uitm ada Guesthouse..ok ke guesthouse tu? puas google tak jumpa gambar. Pls advise, tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya, uitm arau ada guest house, dan okay cantik je guest house tu, lecturer pun ada yang tinggal dalam tu.

      berkenaan nak mencuba bertanyakan tentang rumah tetamu , yang apabila intake baru nanti akan banyak family datang, so, mungkin rumah tetamu akan menjadi sangat susah nak dapat,

      apa-apahal, cuba contact 04-9882000 office hour..

      **arau ada banyak homestay, motel, dan hotel pun ada yang murah dan selesa.

      Cuba
      Hotel Sri Malaysia +604 977 3188, kangar.
      Metro Inn +604-986 6555/+604 986 1001, arau.
      Putra Palace +604 976 7755, kangar.
      Brasmana +604 985 5900, jeti kuala perlis.

      Delete
  25. assalamualaikum.... nk bertanya... anak saya dah daftar 2 june 2013..
    just want to ask about meal.. did they provide food ke tak... or kena makan sendiri after week orientasi tu... mcm x ckp budget jer.. haha...

    tq in advance...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa salam

      minggu mds food disediakan seperti yang tertera dalam yuran awal.
      hehe.

      selepas habis minggu mds, student kena beli food sendiri. sama ada gerai di dalam uitm ataupun di luar.

      gerai dalam uitm lelaki dan perempuan: oren, apple dan damai.
      perempuan sahaja: kulat dan kesinai.
      makanan murah, tapi ikut lauk yang diambillah..

      selalunya, pengalaman saya beli food di oren, 3 cupak nasi + sayur + telur dadar + air teh o ais = RM4.00-RM4.50, kalau lauk ayam mungkin +RM1.00 termasuk air.

      Average, RM5 per meal, estimation untuk makan jimat lah. haha. Tapi still akan ada baki je ni.

      kalau gerai biasa di luar.
      nasik goreng biasa RM3.00-RM3.50.
      Teh O Ais RM1.00-RM1.20

      makan hujung minggu jumaat sabtu ahad. heheheheeee. macam lain sikit je kalau keluar uitm.

      teksi uitm ke arau RM6-8
      ke kangar RM12-16
      ke padang besar/alor star RM30-40

      harap membantu...

      Delete
  26. assalamualaikum.., kat uitm arau nie, bilik dy mcm mane ea? satu bilik bpe orang? katil mcm mane ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bilik 3 satu orang, katil okay okay je. *ada ke kolej katil tak okay ? -.-

      Delete
  27. Hehe best btol bca posting ni..sy pn bkal jd stdnt uitm arau jgk ni..dpt smbng dgree lps raya ni..nk tnya psl tman arau utama tu dkt x dgn uitm?cos kwn suggest suruh sewa kt situ..nk p kls jln kaki jauh ke?byk lak soalan hihihi hrp dpt bg info..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. taman arau utama yeee. tu taman baru tu. sewa around 1k + per house kot, rumah besar jugak, ada 3 bilik, ruang tamu luas. dekat dengan kedai makan, but still kalau nak jalan masuk uitm maybe takes around hmm 20 minutes ? (perlis panas, 80% berpeluh)- better to have your own transport........

      tapi ada sistem bas berjadual uitm punya. naik free je. untuk sampai ke tempat bas tu lalu, 10 minit jugak kot dari taman.

      owh well. tahniahhhh. selamat datang ke Arau then :D

      ada apa apa lagi ke nak tanya ? *jangan tanya bab rumah sewa lain, saya dah bersara bab bab dealing ni --''

      Delete
    2. Assalamualaikum, menarik post pasal uitm arau ni. Sy pun bakal student sini jge. Dpt sambung degree sana. Normally life student degree sana mcm mana eh? Mmg ramai yg ada own transport eh?

      Delete
    3. Wa'salam

      life student degree yee. bab NR or non-NR, mostly student degree NR je. bab kenderaan tu, mostly degree perempuan akan gunakan khidmat bas uitm, lelaki guna transport sendiri.

      *menjawab soalan : Yep. ramai ada own transport.

      dari kebanyakkan rumah sewa nak ke dalam uitm, paling dekat pun, ambil masa dalam 10 minit jalan kaki. *perlis panas sentiasa.

      Welcome to Arau :D

      Delete
  28. saya pon dari uitm arau!. ^_^
    tp dulu. skunk dah grad. hehe.

    http://anyshazwanie.blogspot.com/2013/07/sophie-paris-necklace-scilia.html

    ReplyDelete
  29. salam, bilik 3 satu org tu cane?
    3 org sebilik ke?

    ReplyDelete
  30. Salam bro. Pehhh. cantikk sehh.
    bang nak tnya. masjid dekat dgn gate a tu nama apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa salam.
      nama masjid tu, masjid Muhammadiah

      Delete
  31. Salam,
    Best di sana, belajar Diploma, makan free

    ReplyDelete

You can always make a post as a comment to my post,
but don't forget to leave the post's link at here :)