Skip to main content

Apa Itu Leptospirosis

Bakteria SpirochaeteApa Itu Leptospirosis ? Leptospirosis ialah penyakit berjangkit yang berpunca daripada bakteria spirochaete. Penyakit ini tersebar di kalangan haiwan mamalia dengan medium bahan buangan haiwan yang telah dijangkiti ; air kencing atau tahi.

Bakteria spirochaete yang membiak di dalam badan/bahan buangan kemudian menjadi bakteria leptospiro yang dapat membawa maut kepada yang terjangkit - kes paling buruk.

Air dan tanah yang terdedah kepada bakteria leptospiro dapat menjadikan manusia sebagai perumah melalui mata, mulut, hidung, kulit yang rosak, luka dan juga kemaluan.

Penyakit ini jarang berpindah daripada manusia ke manusia kecuali aktiviti menyusukan anak, ataupun menjangkiti anak di dalam kandungan.

3 faktor utama dijangkiti penyakit ini.

  1. Pendedahan di tempat kerja - petani, pesawah, doktor haiwan, dan tentera
  2. Aktiviti rekreasi - mandi sungai, berkayak, dan jelajah hutan
  3. Pendedahan di rumah - ternakan yang dijangkitit, sistem tadahan air hujan, dan tikus yang dijangkiti

Leptospiro Circle

Gejala 

Gejala biasa apabila terjangkit dengan penyakit ini;
  • Batuk kerin
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Loya, muntah, cirit birit
  • Badan bergetar
Gejala yang jarang terjadi termasuk
  • Sakit perut
  • Sakit tulang
  • Sakit sendi
  • Kejang otot
  • Ruam kulit
  • Sakit tekak
  • Kelainan bunyi pada paru-paru

Kes teruk bagi pesakit yang dijangkiti penyakit ini akan mengalami kegagalan sistem buah pinggang, kerosakan hati yang seterusnya akan mengakibatkan penyakit jaundice (kuning), pendarahan kulit serta dapat mengakibatkan pembengkakan selaput otak (miningtis).

Tikus
kasihanilah saya

Pencegahan

Untuk individu yang berinteraksi secara langsung dengan pesakit atau haiwan peliharaan ;

1. Gunakan pelindung seperti sarung tangan, masker, pelindung mata, jubah steril dan kasut kedap air
2. Tutup luka pada kulit
3. Bersihkan badan setelah melakukan sebarang aktiviti (mandi, cuci tanga dan kaki)
4. Cuci tangan sehingga bersih sebelum anda makan.

Kepada yang lainnya :

1. Elakkan berenang atau bermain di air yang kotor kerana dikhuatiri tercemar oleh bakteria leptospira
2. Tutup luka agar kedap air ketika mengendalikan tanah, air atau lumpur
3. Cuci tangan dan tempat makan sebelum digunakan
4. Jaga kebersihan lingkungan persekitaran agar tiada genangan air dan jauhkan barang-barang dari tikus.

Segera lakukan pemeriksaan di hospital berdekatan sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di atas.

Pathogenic Leptospires

ps : hmm. hamster acane eh ? Kucing yang makan tikus berjangkit acane lak ? 

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Apa itu GLC ? GLC bermaksud Government Linked Company atau lebih tepat Syarikat Berkaitan/Milik Kerajaan


Maksud | Takrifan GLC


Maksud GLC ? GLC ditakrif sebagai syarikat yang mempunyai objektif komersil yang primer dan kepentingannya dikawal secara langsung oleh Kerajaan Malaysia. Mengawal kepentingan merujuk kepada keupayaan atau kuasa Kerajaan (bukan sekadar peratus pemilikan) untuk melantik anggota Lembaga Pengarah, pengurusan atasan dan membuat keputusan utama terhadap GLC (contohnya, pemberian kontrak, strategi, penstrukturan semula dan pembiayaan, pemerolehan serta pemberhentian pelaburan), sama ada secara langsung atau melalui Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).

Apakah syarikat yang dikategorikan sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)?
Kategori syarikat berkaitan kerajaan ialah syarikat-syarikat yang berada di bawah kawalan Kerajaan Negeri dan agensi peringkat Negeri masing-masing. Syarikat yang berada di bawah kawalan lansung Kerajaan sebagai agensinya juga termasu…

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

1. Formula
2. Penerangan Formula
3. Penggunaan Formula

Line and Plane In 3-Dimension | Mathematics Form 4

1. Formula

Seperti yang korang nampak kat atas, tu ialah formula trigonometri versi BM dan versi BI. Ada banyak cara nak ingat formula tu, dan cara yang aku boleh syorkan ialah

Versi BM :   Saya Tak Hafal      Kalau Saya Hafal       Tentu Tak Susah
Versi BI :   Soh  Cah  Toa

Bagi tutorial ni, aku akan gunakan sepenuhnya versi BM.


2. Penerangan Formula
Di mana garisan Tentangan Sebelah dan Hipotenes ?

Ambil Tita (macam lapan tuh) sebagai sudut.

Garisan Tentangan ialah garisan yang bertentangan dengan Tita

Garisan Hipotenes ialah garisan yang bertentangan dengan sudut 90

Garisan Sebelah, ialah garisan bersebelahan dengan Tita





3. Penggunaan Formula




Jika nilai garisan yang diberi (maklumat dari soalan) menunjukkan seperti rajah di sebelah, iaitu mempunyai nilai bagi garisan Tentangan dan garisan Hipotenes. Maka, formula Sin akan digunakan.



Makulumat yang ada, nilai garisan Hipotenes dan S…

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid

Apa itu Hypothyroidism (hipotiroid) ? Hypothyroidism ialah satu keadaan dimana badan kekurangan hormon thyroid akibat daripada kelenjar thyroid (tiroid) yang kurang aktif.

Sedikit penerangan tentang bagaimana Hypothyroidism terjadi dan kaitannya dengan tumbesaran badan (metabolisma) Seperti yang kamu tahu, metabolisma ialah proses yang dilakukan oleh tubuh untuk mengubah apa yang kamu makan dan minum menjadi tenaga. Tenaga ini kemudiannya disalurkan ke seluruh badan samaada untuk pencernaan makanan, bergerak ataupun berehat.
Thyroid ialah satu kelenjar di bahagian halkum yang menggunakan iodine (umumnya berasal dari makanan misalnya laut dan garam) untuk menghasilkan 2 jenis hormon yang penting dalam metabolisma iaitu hormon thyroxine (T4) dan hormon triiodothyronine (T3). 
Bilangan hormon T4 dan T3 di dalam badan masing-masing ialah 99% dan 1%, tetapi hormon yang penting untuk badan ialah T3. Walaupun begitu, semasa di dalam badan, T4 akan ditukarkan menjadi T3 dari semasa ke semasa b…