Apa itu SEO : Untuk Newbie

Apa itu SEO ? Boleh dapat apa dengan SEO ? Di mana hendak belajar SEO ?

Kebanyakkan blogger yang suka share tutorial, mendapatkan trafik yang tinggi, berniaga menggunakan blog, dan blogger usahawan tahu tentang perkataan SEO dan apa kegunaannya dalam dunia blogging dan internet.

SEO ialah singkatan kepada Search Engine Optimizing yang terdiri daripada 2 jenis, On Page dan Off Page.

Kamu tidak tahu apa-apa tentang SEO ? Apa itu On Page dan Off Page ?

SEO

Apa itu SEO

Cuba buka google dan kemudian cuba search 'nota matematik tambahan tingkatan 4' / 'nota kimia tingkatan 4'. Kamu dapat lihat post yang aku tulis berada di kedudukan teratas bukan ?


nota matematik tambahan tingkatan 4 daripada 52 000 post, berada di tangga pertama
nota kimia tingkatan 4 daripada 158 000 post, berada di tangga pertama


Bermula daripada cara penulisan, bilangan pembaca, seberapa lama mereka di blog, berat blog, ping-ing, dan bilangan social network votes - like, tweet, plus 1, semua ini mempengaruhi SEO dan kedudukan sesuatu post di hasil carian google.

Bukan sahaja google, bing dan yahoo juga.

Kamu fikir mudah hendak dapat kedudukan pertama dalam hasi carian ?


Apa itu On Page dan Off Page

On Page

ialah semua yang berkaitan dengan post kamu. Tajuk, penulisan, link keluar, bilangan perkataan yang dijadikan aim di hasi carian, bilangan perkataan yang berkaitan dengan tajuk dan juga seberapa baik post kamu di susun - seperti sebuah karangan yang baik.

Off Page

ialah semua yang berkaitan dengan dalaman blog dan juga paparan blog. Html, heading tag, berat blog, bilangan backlink/bookmarks/ping/social network votes, masa pembaca di blog, dan link keluar dan masuk dari blog dan orang lain.

Ketahui lebih maklumat Off Page dan On Page di denaihati.com atau forblogger.net


Boleh dapat apa dengan SEO

Bagitahu aku, bila kamu cari sesuatu maklumat menggunakan google, perkara pertama ialah kamu lihat tajuk yang paling teratas bukan ? Dan kalau tajuk tu seperti apa yang kamu sedang cari, kamu akan buka tajuk tersebut bukan ?

Yes, SEO ialah untuk menempatkan post yang dibuat di kedudukan yang lebih baik di hasil carian google, dan juga untuk melebihkan trafik ke dalam blog.

Secara selarinya, lebih tinggi kedudukan, lebih ramai orang kelik, lebih ramai pembaca, dan kalau kamu ada pasang iklan for sure akan lebih income.

Sekali lagi aku tanya, kamu fikir mudah hendak dapat kedudukan pertama dalam hasi carian ?



Di mana hendak belajar SEO

Terdapat banyak blog dan website berbahasa melayu di internet yang menawarkan pengetahuan dan tips tentang SEO secara PERCUMA!

Seperti denaihati.com, dan Tips SEO Blog oleh forblogger.net. Mereka berdua banyak mengajar tentang SEO secara percuma.

Ingat, sesuatu yang dapat memberikan hasil kepada kita, duit, tidak selalunya percuma.
Contoh artikel terbaru daripada denaihati.com Penangan SEO Dalam Pemasaran Produk, yang menceritakan tentang kelebihan yang penulis dapat daripada pengaplikasian SEO.

Berminat untuk belajar ? Kalau tunggu aku update, memang lambat (post ini ialah yang pertama), kalau nak cepat, silalah ke website yang aku sertakan di atas, dan godeklah artikel-artikel lama, dan follow satu-satu.

All The Best! :)

Eh, tak habis lagi.

Cuba buka post kamu yang terbaru, kemudian copy url post tersebut, seterusnya paste di search google. Lihat sama ada post kamu ada di hasil carian google atau pun tidak. Kalau ada, Tahniah!! Google Crawler (The Invincible Robot) telah melawat blog kamu.

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid