Skip to main content

Kawan ?

Orang cakap, kawan yang akan ada waktu hendak luah
Orang cakap, kawan yang akan pinjamkan bahu time hendak menangis
Orang cakap, jagalah kawan, sememangnya kawan yang membantu waktu susah
Orang cakap, lawan jangan dicari, kawan biar terdetik muncul sendiri

Orang cakap, kawan, ialah penyeri hidup

Kawan

Ibu bapa ialah kawan yang paling baik, tak kira macam mana sekalipun, mereka sentiasa ada dengan kita, sentiasa jaga kita, sentiasa didik kita. Dari kecil, sampai lah sekarang.

Pasangan yang baik juga sepatutnya ialah kawan yang baik. Dapat membantu waktu susah, mendengar masalah, dan cuba untuk selesaikan bersama-sama.

Kawan yang baik susah nak dapat.

Tapi, hidup ada cabaran, masalah pasti datang. Tak kisah dengan ibu bapa, pasangan ataupun kawan, tak ada yang terkecuali.

Dengan pasangan yang aku maksudkan suami isteri ataupun pelatih mungkin sedang menanamkan sikap bertolak ansur, saling mendengar, menyelesaikan masalah bersama, dan tidak cuba lari dari masalah.

Dengan ibu bapa, mungkin tak ramai anak yang amalkan sikap di atas. Ramai yang lebih selesa mendiamkan diri. Diam tak kemana, ibu bapa akan tahu juga, cuma dari mereka, ingin bertanya untuk selesaikan bersama ataupun biarkan anaknya mempunyai pengalaman dalam menyelesaikan masalah sendiri dan bersedia jika diminta tolong.

Dengan kawan. Kawan, selagi tidak amalkan sikap melarikan diri dengan mengunakan alasan yang ada untuk lari dari masalah, selagi itu, air dicincang tidak akan putus.

Kuncinya ialah keyakinan. Tahu dari mana keyakinan datang ? Sama ada diberi, ataupun terpupuk sendiri kerana percaya.

ps : mesti ada dua tiga orang kawan yang jenis diam diam simpan kan ? susah nak deal dengan diorang ni. bagi aiskrim pop pun tak jalan tau.

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Apa itu GLC ? GLC bermaksud Government Linked Company atau lebih tepat Syarikat Berkaitan/Milik Kerajaan


Maksud | Takrifan GLC


Maksud GLC ? GLC ditakrif sebagai syarikat yang mempunyai objektif komersil yang primer dan kepentingannya dikawal secara langsung oleh Kerajaan Malaysia. Mengawal kepentingan merujuk kepada keupayaan atau kuasa Kerajaan (bukan sekadar peratus pemilikan) untuk melantik anggota Lembaga Pengarah, pengurusan atasan dan membuat keputusan utama terhadap GLC (contohnya, pemberian kontrak, strategi, penstrukturan semula dan pembiayaan, pemerolehan serta pemberhentian pelaburan), sama ada secara langsung atau melalui Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).

Apakah syarikat yang dikategorikan sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)?
Kategori syarikat berkaitan kerajaan ialah syarikat-syarikat yang berada di bawah kawalan Kerajaan Negeri dan agensi peringkat Negeri masing-masing. Syarikat yang berada di bawah kawalan lansung Kerajaan sebagai agensinya juga termasu…

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

1. Formula
2. Penerangan Formula
3. Penggunaan Formula

Line and Plane In 3-Dimension | Mathematics Form 4

1. Formula

Seperti yang korang nampak kat atas, tu ialah formula trigonometri versi BM dan versi BI. Ada banyak cara nak ingat formula tu, dan cara yang aku boleh syorkan ialah

Versi BM :   Saya Tak Hafal      Kalau Saya Hafal       Tentu Tak Susah
Versi BI :   Soh  Cah  Toa

Bagi tutorial ni, aku akan gunakan sepenuhnya versi BM.


2. Penerangan Formula
Di mana garisan Tentangan Sebelah dan Hipotenes ?

Ambil Tita (macam lapan tuh) sebagai sudut.

Garisan Tentangan ialah garisan yang bertentangan dengan Tita

Garisan Hipotenes ialah garisan yang bertentangan dengan sudut 90

Garisan Sebelah, ialah garisan bersebelahan dengan Tita





3. Penggunaan Formula




Jika nilai garisan yang diberi (maklumat dari soalan) menunjukkan seperti rajah di sebelah, iaitu mempunyai nilai bagi garisan Tentangan dan garisan Hipotenes. Maka, formula Sin akan digunakan.



Makulumat yang ada, nilai garisan Hipotenes dan S…

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid

Apa itu Hypothyroidism (hipotiroid) ? Hypothyroidism ialah satu keadaan dimana badan kekurangan hormon thyroid akibat daripada kelenjar thyroid (tiroid) yang kurang aktif.

Sedikit penerangan tentang bagaimana Hypothyroidism terjadi dan kaitannya dengan tumbesaran badan (metabolisma) Seperti yang kamu tahu, metabolisma ialah proses yang dilakukan oleh tubuh untuk mengubah apa yang kamu makan dan minum menjadi tenaga. Tenaga ini kemudiannya disalurkan ke seluruh badan samaada untuk pencernaan makanan, bergerak ataupun berehat.
Thyroid ialah satu kelenjar di bahagian halkum yang menggunakan iodine (umumnya berasal dari makanan misalnya laut dan garam) untuk menghasilkan 2 jenis hormon yang penting dalam metabolisma iaitu hormon thyroxine (T4) dan hormon triiodothyronine (T3). 
Bilangan hormon T4 dan T3 di dalam badan masing-masing ialah 99% dan 1%, tetapi hormon yang penting untuk badan ialah T3. Walaupun begitu, semasa di dalam badan, T4 akan ditukarkan menjadi T3 dari semasa ke semasa b…