Kenapa Mesti Score A ?

Kenapa mesti guna portal tuisyen online Score A  ? Kenapa ?

Daripada aku tingkatan 3 hinggalah tingkatan 5, setiap bulan ayah aku sediakan kemudahan pembelajaran secara internet macam tu, walaupun perlu keluarkan bayaran yang mahal untuk setiap bulan. Hasilnya ? Ya, kalau aku bukan seorang yang main-main dan tahu apa pentingnya keputusan peperiksaan, aku pasti boleh cemerlang dengan bantuan Portal Tuisyen Online Skor A. 

Skor A

Aku tidak nafikan, Portal Tuisyen Online Skor A memang sangat berkesan. Bukan hendak kipas bontot or promote skor a, tapi aku nyatakan apa yang benar dan aku dah lalui.

TAPI. Maaf, aku teringin pulak nak guna warna merah.

Pada awal sem pertama aku masuk ke UiTM, aku dengar dan dengar dan dengar tentang satu Program Usahawan Skor A yang dimana dapat membantu pelajar mendapatkan sedikit sumber rezeki walaupun masih belajar. Dan, di pertengahan sem pertama, 11 Oktober 2011 aku telah menulis satu post bertajuk Program Score A SCAM.

Dan hari ini, lebih kurang sejam yang lepas, aku terima email dari Encik WhoaaaSoScary-Nazrin.

Skor A










Skor A






Dear Encik WhoaaaSoScary-Nazrin

Saya takut sebenarnya hendak menjawab salam encik ataupun tidak, tapi apa-apa pun bersangka baik itu bagus, jadi, Semoga Tuhan Merahmati Encik juga.

Siapa Aidid Muaidid ? Aku tak kenal, tapi dia sependapat dengan aku. So, kami kawan baik secara maya. Ada masalah ?

Patahkan point saya ?

Encik, jika encik boleh patahkan setiap point yang diambil dan dikongsi oleh saya dari blog AidedMuaidid, kenapa encik minta saya padam post saya ? Kenapa encik tidak lawan dengan apa yang encik cakap boleh patahkan point ? Biar setiap prospek yang jadi negatif tu jadi positif semula dan lebih bersemangat waja bila depa tau apa yang depa buat tu adalah benar ? Ini baru dikatakan risiko dalam keusahawanan. Kan ?

Perniagaan dan MLM ?

Encik, saya tidak berapa tahu apa itu perniagaan, yang saya tahu, dalam Islam, apabila ada akad jual dan beli, (saya beli ya mak cik, ya ya jual nakkk) itulah perniagaan, basic pengetahuan Pendidikan Islam Tingkatan 4. - salah satu point kenapa saya takut jawab salam encik. Don't know either you were muslim or not.

MLM atau secara penuh Multi Level Marketing. Hmm, saya tak berapa tahu, tapi hari tu, ustaz saya cakap, apabila kita jawab ''Saya Tidak Tahu" akan menjadikan separuh daripada ilmu tiada jadi saya cuba jawab.

Multi Level Marketing ialah satu sistem perniagaan bertingkat yang secara tidak sedar akan memaksa bukan sahaja diri sendiri tapi juga mereka yang telah kita ambil sebagai downline untuk berusaha menjual produk, menerima komisen berdasarkan jualan dan downline, dan juga mencari downline ? :)


Sibuk nak jayakan ramai lagi bisnes partner saya dalam perniagaan ?

Email encik yang pertama dan kedua hanya berbeza 5 minit. Kenapa tidak menggunakan 5 minit tersebut untuk tulis sesuatu yang boleh meyakinkan orang ramai bahawa Program Keusahawan Skor A bercanggah daripada apa yang saya sampaikan di dalam Program Score A SCAM ?

Saya yakin, kalau dalam isi kepala encik penuh dengan point-point untuk patahkan ENTIRE POINT yang saya maksudkan dalam post saya, sudah pasti hanya sedikit sahaja masa yang perlu encik luangkan untuk menulis semua point-point encik, sebab jari encik tidak perlu berhenti menaip untuk berfikir lagi. Kan ? - ataupun encik boleh guna perhidmatan setiausaha, taip apa yang encik cakap.


Sedikit ayat dari email yang kedua lah aku paling sakit hati, terasa hendak bagi penerajang penyepak 12000 juta kuasa kuda.
Jangan tutup periuk nasi orang lain, mna tau org yg mmg bersemangat nak buat scoreA, nak tingkatkan ekonomi family dia, mak dia sakit, nak cari duit tetiba jadi tak tentu arah, pfikirkan baik2.

Are you really sure aku tutup periuk nasi orang ? Again, are you really sure ??

WEYH. JANGAN JADI CIKGU WEYHHHHH. KERJA CIKGU TU MENIPU JAAAAA.

Go. Tell everyone. Tell you mom, tell your uncle, tell you girlfriend, tell you babysitter bahawa aku dah tutup periuk nasik cikgu-cikgu di Malaysia.

Kepada pembaca, maaf kalau ada yang tidak faham, cuba baca Program Score A SCAM dahulu kemudian baca post ni semula mungkin akan memahamkan.

ps : Cikgu ? Yes, my impian untuk masuk dalam pendidikan Matematik :) Doakan aku weyh.

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid