MDS : Majlis Destini Siswa ?

Sudah 2 minggu selepas tamat MDS (Majlis Destini Siswa) untuk sesi pengambilan pertama bulan Jun 2012. Lihat pelajar-pelajar baru, dengan pakaian rasmi mereka ; lelaki berbaju kemeja putih seluar slack hitam tie uitm, perempuan pula baju kebaya ? putih dan tudung unggu, teringat pula waktu MDS aku dulu.

Logo UiTM
logo uitm

Pengalaman MDS

Mula dari hari pertama sampai, start saja program MDS, terus macam jadi pelapis askar. Disiplin semua, masa kena tepat, jalan baris baik-baik yang panjang, dijerkah, disergah, dah jadi macam menyesal pula datang hari pendaftaran tu.

Sepanjang MDS berlansung, selain dapat kenal selok belok UiTM Arau yang agak besar, kami diajar dan ditunjukkan betapa beruntungnya dilahirkan sebagai anak melayu dan ditambah pula nasib atau takdir yang baik kerana dapat menjadi sebahagian warga UiTM. Jika dibandingkan dengan anak-anak bangsa lain, anak melayu lahir di bumi melayu yang bertuah yang mengambil berat tentang perihal dan nasib anak bangsa.

Patriotic value is there you see ? Hehe. Dan ya ampun, abang kakak OC ? sangatlah garang, even aku tahu itu kerja diorang untuk lancarkan program, but still nak-cari-gaduh-ke-apa ? Yes, aku masih ingat OC so-called-Dafi yang sangatlah best kendalikan program yang berkaitan dalam dewan. 

Tapi bila masuk dewan, satu saja yang spoil, BAUuu. Cuba bayangkan, mandi selepas subuh, then diberi masa tengah hari selepas/sebelum zohor 15 minit untuk mandi di kolej, the heck ? Confirm tak sempat, tapi lelaki bertuah sebab lelaki handal dalam bab-bab mandi pantas. Yang pity, kes perempuan. So senang cerita, most of mahasiswi, for the whole day, kinda agak masam. Bukan aku cakap, abang kakak OC cakap. 

And then, bila diajar tentang lagu UiTM Di Hatiku dan Wawasan Setia Warga UiTM, aku rasa, inilah kali pertama aku sangat menghargai dan menghormati lagu, kecualilah Negaraku. Lirik-lirik lagu sangat berkaitan dengan Tanah Melayu dan anak melayu sendiri.

Pernah dengar ? Paling aku suka, Wawasan Setia Warga UiTM







Lirik Wawasan Setia Warga UiTM

Bersatu kita warga UiTM
Kita bangsa perkasa
Taat dan setiaku untuk negara
Penuh semangat waja

Kita…jangan mudah terlupa
pengorbanan, perjuangan anak bangsa
Kita…jangan mudah terleka
kemajuan,keamanan yang ada

Kita…berterima kasih
pada pemimpin-pemimpin negara
Kita… rasa penuh bersyukur
kerahmatan, kemuliaan darinya

Kamilah pendokong, pewaris bangsa
Kamilah pendaulat, bangsa Malaysia
Kamilah warga berwawasan


Aku tak pasti lagu yang mana satu akan dinyanyikan waktu grad nanti. Huhu. Sama ada lagu Wawasan Setia Warga UiTM ataupun UiTM Di Hatiku





Lirik UiTM Di Hatiku

Wujudku di sini di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu memayungi putra putrinya
Pelopor hidup budaya bangsa,agama, negara
Pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna

Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmumu untukku ku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku

Majulah bangsa
Maju negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita berjaya……demi bangsa

Watikah yang kumiliki kan kusemat di hati
Janjiku kepada pertiwi untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hatimembela negara
Doa restu ayah bondaku untuk semua
UiTM…usaha taqwa mulia.


Yap. Aku seronok menjadi salah seorang ahli keluarga UiTM. Dan, selamat datang ke UiTM, pelajar-pelajar baru, aku berani cakap, kamu akan seronok di sini.


Owh ya, perasaan merdeka yang teramat sangat turut terasa bila program Majlis Destini Siswa ni tamat. Hehe.

ps : Tadi ada AGM course, comel-comelnyehaaaa

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid