4 Jenis Sahabat Yang Baik


1. Jenis Mengkritik

Sahabat jenis ini akan sentiasa menegur dan mengingatkan ketika kita melakukan sebarang kesalahan. Tanpa diminta, dia akan mengkritik jika kita melakukan sesuatu yang salah. Sahabat jenis ini sangat baik untuk mengingatkan kita kepada jalan yang benar, meskipun kadangkala agak menjengkelkan dan menyakitkan hati untuk bersama sahabat seperti ini.

2. Jenis Pendukung

Mempunyai sahabat jenis ini bermakna kamu sangat bertuah, kerana sahabat seperti ini akan sentiasa mendukung (memberi semangat) apa yang kamu lakukan dan turut serta gembira dengan kejayaan kamu. Kamu akan berasa bersemangat dan motivasi dalaman meningkat semasa bersama dengan dia.

3. Jenis Penggembira

Mungkin jenis ini lebih banyak disukai. Bersahabat dengan seseorang yang penggembira akan sentiasa membuatkan kamu cerita kembali di waktu sedih dan duka. Rasanya seperti tidak lengkap kehidupan jika tidak mempunyai seorang sahabat yang seperti ini. Di saat tertekan dan kecewa, sahabat seperti ini akan sangat membantu untuk menceriakan diri kamu semula.

4. Jenis Pembimbing

Kamu akan rasa lebih bahagia jika mempunyai sahabat yang seperti ini. Berada di sekitarnya akan membuatkan kamu rasa damai dan tenang. Dia akan memberikan nasihat dan dorongan yang berguna kepada kamu diwaktu kamu memerlukannya. Kehidupan kamu akan menjadi lebih terurus dan tidak serabut jika mempunyai sahabat yang seperti ini bersama kamu.

Jika kamu tidak mempunyai sahabat seperti yang dinyatakan di atas, mulalah mencari mereka. Mungkin mereka ada bersama kamu selama ini, tetapi tidak diperasankan oleh kamu. Jika tidak, apa salahnya jika kamu sendiri menjadi seperti salah satu dari keempat di atas untuk sahabat-sahabat kamu.

Sahabat, bukan sekadar panggilan. 

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid