5 Perbuatan Buruk Edison Terhadap Tersla

Nicola Tesla
Perbuatan Buruk Edison Terhadap Tersla ? Sebelum ini pernah aku ceritakan siapakah Nicola Tesla, dan sejarah-sejarah beliau yang telah dikaburi. Cuma kali ini, ingin aku senaraikan beberapa perbuatan buruk Thomas Edison terhadap Nicola Tesla.

Bagi yang tidak tahu siapakah Thomas Edison, beliau ialah satu nama yang tercatat di dalam buku sains sekolah rendah sebagai seorang yang mencipta mentol lampu dan elektrik. Bahkan, Thomas Alfa Edison mempunyai beribu jenis paten di bawah namanya. Beberapa daripada beribu paten tersebut ialah penemuan darinya sendiri, yang selebihnya ialah hasil saintis dan ilmuwan yang bekerja di bawahnya. Thomas Alfa Edison ialah CEO yang bijak menggunakan pelbagai cara untuk berjaya di dalam perniagaan, termasuk yang keji.

Salah seorang sainstis dan ilmuwan yang pernah bekerja dibawahnya ialah Nicola Tesla, yang hanya bekerja untuk waktu yang singkat, dan kecemerlangan beliau sering tidak diakui oleh Edison.

Berikut ialah beberapa perbuatan buruk Thomas Edison terhadap Nicola Tesla

1.Edison Membunuh seorang manusia untuk Membuktikan Tesla Salah


Edison Kerusi Elektrik

Edison terkenal dengan taktik-taktik beliau dalam perniagaan, tetapi yang terburuk akan terlaksana apabila ia melibatkan Tesla.

Edison pernah menghasut pemikiran rakyat bahawa AC (arus ulang-alik) ciptaan Tesla ialah sangat merbahaya dengan merenjatkan haiwan peliharaan yang ditangkap di kawasan kejiranan Tesla menggunakan AC Tesla.

Di dalam minda korporat, Edison lakukannya dengan lebih teruk. Edison menggunakan kerusi elektrik merenjat sehingga mati seorang manusia dengan menggunakan AC Tesla untuk membuktikan ciptaannya sangat merbahaya.

Hanya untuk menjadikan DC (arus terus) jualan Edison mendapat tempat di minda masyarakat.


2. Edison Tidak Membayar Tesla

DC Generator Edison

Mesin penjana arus terus (DC) Edison dalam keadaan yang tidak baik, dan Tesla telah diminta untuk membaikinya dan ditawarkan ganjaran yang lumayan jika ia dapat diperbaiki.

Tesla dapat membaiki penjana tersebut, malah menjadikannya lebih baik sehingga menjimatkan penggunaan wang untuk penjana tersebut. Malangnya, Tesla tidak mendapat ganjaran yang dijanjikan oleh Edison, tetapi ditawarkan kenaikan gaji dari $ 18 seminggu ke $ 25 seminggu.

Tesla mengundurkan diri daripada syarikat Edison, dan mulakan perusahaan sendiri sebelum menerima beberapa tajaan untuk beliau melakukan eksperiment sendiri.


3. Teknologi Radar Tesla Ditertawakan

Tesla Radar

Pada Perang Dunia 1, semasa dunia digemparkan dengan Boat-U oleh German, Tesla memperkenalkan teknologi radar yang berasaskan gelombang radio kepada pihak tentera U.S. 

Edison yang pada waktu itu ialah ketua Research and Development untuk tentera laut U.S. telah meyakinkan pihak tentera bahawa teknologi tersebut tidak mempunyai kegunaan dan tiada kebaikan di dalam perang.


4. Penghargaan Yang Salah

Edison Medal

IEEE atau 'Institute of Electrical Engineers' (sekelompok rakan-rakan Edison) telah memberi Edison penghargaan setiap tahun. Ini yang menjadikan nama Edison sebagai bapa elektrik kepada dunia pada waktu itu hingga ke hari ini.

Tesla hanya diberikan medal penghargaan tersebut pada tahun 1916, sedangkan beliau ialah ahli kejuteraan elektrik yang sangat luar biasa berbanding Edison yang tiada kaitan keahlian.


5. Merampas Penghargaan Terhadap Ciptaan X-Ray

Edison Fluroskop

Semasa penemuan x-ray, dipercayai ia mampu mengubat buta dan penyakit-penyakit yang lain. Tesla telah memberi amaran bahawa x-ray sangat merbahaya dan dia menolak untuk bekerjasama melakukan eksperimen bersama yang lain.

Edison, tidak melepaskan peluang untuk menaikkan nama diri yang ada di depan mata, secara terus masuk ke bahagian eksperiment manusia dengan x-ray. 

Salah seorang pekerjanya, Clarence Dally, telah terdedah kepada radiasi x-ray terlalu banyak sehingga terpaksa dipotong tangan beliau untuk menyelamatkan nyawanya. Malangnya, ianya tidak berhasil, Dally meninggal disebabkan kanser.

Edison yakin, x-ray ialah hasil dari usaha kerasnya.


Bonus

Kehidupan Yang Dirampas Edison

Tesla meninggal dalam keadaan yang sangat menyedihkan; seorang diri dan miskin di dalam sebuah bilik hotel sewanya.

Manakala Edison meninggal dalam keadaan yang sangat kaya raya dan kesenangan.

Jika mulanya, Tesla dihargai oleh Edison, dan tidak terus menerus ditindas oleh Edison, Tesla ialah seorang yang bakal mengubah corak dunia secara revolusi pada waktu itu. Tiada penindasan dan lebih ciptaan yang bakal membantu kita pada waktu ini. Sudah pasti Tesla akan hidup dengan senang.

Jadi, adakah hanya kehidupan Tesla seorang yang dirampas oleh Edison ? Aku rasa, kita sekarang mungkin sudah mengecapi kemajuan yang sangat tinggi jika Tesla diberi peluang untuk memepersembahkan segala paten-patennya kepada dunia tanpa disekat hasad dengki orang lain.

Mungkin kamu ingin membaca Sejarah Yang Dikaburi - Nicola Tesla

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid