Tiada Warna Kuning Di Dalam Komputer ?

Yellow Kuning
Tiada Warna Kuning Di Dalam Komputer ? Wait wait. Habis kalau warna kuning tidak wujud, warna apa yang kita sedang lihat di sebelah kiri ni ?

Sebelum diceritakan dengan lebih lanjut, ingin disini terangkan macam mana kita dapat melihat warna dengan mata kita.



[Ini semua ialah pengetahuan semasa aiman, sebarang kesalahan harap tegur]

Macam mana warna wujud ?

Seperti yang semua tahu dan telah belajar, kita dapat melihat kerana adanya cahaya dan obviously mesti ada mata. Cahaya bergerak ke arah objek dan kemudian terpantul ke dalam mata seterusnya otak akan memproses apa yang dilihat dan kemudian kita akan tahu apa yang kita lihat. Simple as that right ?

Macam mana dengan warna ? Kenapa mesti ada benda yang berbeza warna ?

Tahu cahaya ada berapa warna ? Warna cahaya secara asasnya ialah warna pelangi, ada 7 macam tu. Dan, semua warna yang kita dapat sebut dan dapat lihat ialah salah satu warna cahaya. *setiap warna berbeza wavelength, dan mempunyai frequency tersendiri. 

Seperti yang aiman cakap di atas, kita dapat melihat dengan pantulan objek. Begitu juga dengan warna.

Setiap benda akan memantulkan cahaya, dan pantulan tersebut akan menjadi semakin lambat atau terselerak, mengembang sehingga memberi kesan kepada frequency cahaya tersebut. Frequency cahaya yang terpantul tersebut akan menentukan warna yang dapat dilihat oleh mata kita.

Ambil contoh ombak laut. Apabila ombak melanggar tembok, pasti pantulan ombak tersebut kelama-laman akan semakin mengecil dan perlahan bukan ? Cahaya juga seperti itu, tetapi cahaya bergerak dengan sangat laju.

Contohnya daun, selepas cahaya mengenai permurkaan daun, frequency cahaya akan berubah, dan yang terpantul ialah frequency warna hijau. Jadi, dapatlah kita melihat warna hijau.



Warna Asas

Primary Colors


Kalau aiman tidak salah, kita mempunyai 3 warna utama, iaitu biru, kuning dan merah. 3 Warna inilah yang seterusnya apabila dicampur akan membentuk variasi warna yang berlainan.

Tetapi di dalam komputer, warna utama ialah merah, biru dan hijau. Tiada kombinasi warna yang akan mewujudkan warna kuning dengan 3 warna tersebut. Jadi, macam mana warna kuning dapat dilihat di dalam skreen komputer ?

Sebenarnya, warna kuning yang dapat kamu lihat di skreen komputer ialah warna kuning palsu (fake yellow). Tetapi walaupun dikatakan ianya ialah kuning palsu, ianya tetap kuning kan ? 

Well, how to put this ? Hmm. Otak kita ialah satu organ yang sangat menakjubkan yang tidak dapat dibina dengan apa-apa jenis pengetahuan sehingga sekarang. Malahan, tanpa otak, manusia tidak dapat membina apa-apa kecanggihan yang kita kecapi sehingga sekarang. Jadi, otak ialah awesome.

Tetapi, otak juga dapat menipu.

*****

Cone Cells

Manusia mempunya 3 Cone Cells dimana setiap satunya sangat baik untuk mengenalpasti atau menerima frequency warna yang berbeza iaitu merah, biru dan hijau.




Warna kuning wujud di kedudukan 590 nanometers mengikut graph di atas, di mana jika kita dapat melihat sesuatu objek berwarna kuning, bermakna warna merah dan warna hijau masing-masing terpantul sedikit.

Semenjak dari kecil, itulah kejadian yang terjadi kepada kita apabila kita dapat melihat sesuatu objek yang berwarna kuning. Otak menghafal, sedikit merah dan sedikit hijau, kuninglah ianya.

*****

Setiap komputer di dunia mahupun gadget yang kamu gunakan sekarang, iPhone, samsung dan sebagainya menggunakan asas yang sama. Warna kuning ditunjukkan dengan bersebelahan merah dan hijau dalam pixel yang sangat kecil dan bilangannya yang sangat banyak.

Ini contohnya , dengan pembesaran 60 kali ganda.









Ianya ialah sangat kecil sehingga mata kita tidak dapat mengenal pasti warna apa yang sedang bertindih tersebut. 

Well, otak cakap "Aku dapat tengok sikit merah dan sikit hijau, dan ini apa yang kuning tunjukkan kepada aku, so, this must be kuning" , walaupun ianya sebenarnya bukan kuning.

:-)

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid