Fikiran Seorang Manusia, Malaysia Negaraku

Salam

Mohon kelembutan berbicara daripada pembaca-pembaca. Ini ialah pendapat saya.

Malaysia, a good country name bukan ? Tinggal berbilang bangsa, agama dan etnik. Flora fauna masih lagi terjaga. Sungai, hutan, dusun, suasana kampung. 


BurungI'ill start with a question.

Kenapa terdapat perbezaan antara Melayu, Cina dan India ?

Saya tahu, Cina dan India asalnya datang untuk bekerja sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Ramai antara mereka yang masih lagi menetap di sini selepas Tanah Melayu merdeka, dan ramai generasi mereka masih lagi kekal menetap di sini sehingga sekarang.

Perkara 153 telah menetapkan keistimewaan anak-anak Melayu dan orang Melayu semenanjung, Sabah dan Serawak.

Hal ini menggariskan dan memberikan penampakan asal Melayu ialah rakyat asal Tanah Melayu, diketuai Raja-Raja Melayu sebelum kedatangan buruh asing pada waktu itu. Jadi, orang asing yang datang pada waktu itu tak dapat lah hak hak istimewa sebab bukan rakyat raja.

Semasa ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu, Perlembagaan Persekutuan digubal dan dimasukkan apa yang sudah wujud (hak hak orang Melayu), dan kaum lain pun sudah bersetuju. Orang bukan Melayu pada waktu itu hanya boleh menetap dengan memohon sebagai warganegara.

-----

Apa yang jadi sekarang ?

Maafkan saya kalau terkasar bahasa.

Selepas sekian lama, anak cucu cicit sekarang lupa akan sejarah. Lupa apa yang telah dipersetujui, kenapa, dan bagaimana ia boleh mencapai satu kata putus oleh generasi terdahulu.

Sekarang, perkara 153 cuba dan telah dibahaskan oleh mereka, yang dahulunya datuk nenek mereka telah bersetuju dengan apa yang bakal ditetapkan, bahkan, orang Melayu sendiri ada yang cuba menzalimi rakyat Melayu yang lain.

-----

Wahai sahabat, Melayu Cina dan India. 

Entah bagaimana saya hendak fahamkan fahaman ini.

Kita hidup di atas satu tanah, di bawah satu nama, Malaysia. Maafkanlah datuk nenek kita terdahulu, mungkin jika mereka tahu keadaan kita sekarang yang terpaksa tanggung akibat apa yang ditetapkan mereka dahulu, mungkin, mungkin, mungkin, ada beberapa yang mereka akan fikirkan sedalam-dalamnya.

Tapi ia sudah ditetapkan. Ia ialah satu undang-undang beraja, undang-undang seorang ayah kepada anak-anak kandungnya dan kepada anak-anak angkatnya.

Mungkin darah kita berbeza, kasih sayang diterima sama. Cuma, mewarisi harta, ialah yang mempunyai darah daging waris. 

Tetapi untuk mengubah peraturan, darah daging mewarisi harta pewaris, dan cuba untuk mewarisi harta ayah kandung ? 

*janganlah selalu disebut "kau ni anak angkat sahaja, behave lah sikit", makan hati kawan tu.

Untuk mengubah perkara 153, apa yang dahulunya diterima oleh rakyat Melayu, dan cuba untuk menerima sama taraf ?

-----

Perkara 153 seharusnya tidak dimasukkan ke dalam Politik! Ia perkara yang tidak lansung patut dibahaskan oleh mana-mana pihak.

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid