Nicola Tesla - Sejarah Yang Dikaburi

Pernah kamu mendengar tentang Nicola Tesla ? Beliau ialah antara seorang perintis kemajuan teknologi dalam bidang elektrik.

Nicola Tesla
Tahukah kamu, kenapa Nicola Tesla disebut sebagai Geek terhebat yang pernah hidup ? 

Geeks tidak tidur bermalam-malam meninggalkan dunia supaya bila mereka keluar, mereka dapat ciptakan satu ciri yang baru untuk dunia luar.

Mereka pemikir dan pembaiki benda yang tidak rosak.

Mereka meninggalkan dunia sosial kerena mereka sibuk memperbaharui sesuatu yang baru.

Mereka obses dan dalam banyak kes, mereka sengsara


Hampir 100 tahun yang lalu, seorang pencipta Amerika-Serbia mula membaiki barangan yang tidak rosak.

Pada masa dunia masih lagi dicerahi dengan nyalaan api lilin, satu sistem elektrik yang dikenali sebagai arus ulang-alik (AC) telah dicipta dan sehingga hari ini ianya digunakan untuk mencerahkan isi rumah di planet ini.

Kepada siapa kita perlu berterima kasih di atas ciptaan tersebut yang membawa manusia ke  revolusi perindustrian yang kedua ?
Tetapi, apa yang aku tahu, Thomas Edison ialah bapa Zaman Elektrik ? - Orang Ramai
Tidak. Ianya ialah Tesla


Apabila orang berfikir tentang Thomas Edision, mereka akan berfikir tentang seseorang yang telah mencipta bulb (mentol lampu)

Edison tidak mencipta mentol lampu, dia hanya memperbaiki dan memperbaharui idea yang di fikirkan oleh 22 orang lain yang menjadi perintis kepada idea tersebut.

Edison sebenarnya ialah orang yang berjaya mencari jalan bagaimana hendak menjual mentol tersebut.

Tesla bekerja dengan Edison pada awal karier beliau. Edison menawarkan bayaran berjuta dollar yang sama dengan kos untuk dia membaiki masalah dengan penjana dan motor arus terus.

Tesla berjaya perbaiki mesin Edison, dan apabila dia minta duit yang telah dijanjikan.
Edison ketawakan Tesla dan berkata

"Tesla, kamu tidak faham lawak orang Amerika"  


Edison ialah contoh yang baik untuk orang yang bukan GEEK yang bekerja di dalam pekerjaan GEEK

Edison percaya, nilai ciptaan beliau boleh dikira dengan berapa banyak duit yang dia boleh hasilkan. Dia bukan seorang ahli matematik mahupun saintis - dia percaya, dia boleh mengupah orang untuk itu.

Edison bukan seorang geek; dia ialah CEO

Tesla dikenali sebagai seorang yang banyak menemui perkara yang hebat dan kemudian terlupa hendak menulis tentangnya. 

Edison terkenal sebagai seorang yang akan terkejar-kejar ke pejabat paten sebaik sahaja dia mengetahui pekerjanya menemui sesuatu.


Selepas Tesla keluar daripada syarikat Edison, beliau terus memperbaharui sistem elektrik arus ulang alik (AC) beliau.

Ini menyalakan api dengki Edison.
Edsion pada masa ini cuba untuk menjual kepada dunia sistem arus terus (DC)

DC sistem memerlukan penjana di setiap batu persegi dan tidak dapat menghantar arus elektrik pada jarak yang jauh. AC menggunakan wayar yang lebih halus, mempunyai lebih voltan, dan mampu menghantar arus untuk jarah yang jauh.


Jadi apa yang Edison lakukan ?

Tetangga yang tinggal berhampiran makmal Edison mula sedar akan kehilangan binatang peliharaan mereka.

Ini kerana Edison mengupah budak-budak sekolah 25 sen sekepala untuk anjing dan kucing yang masih hidup.

Edison kemudian menjadikan anjing dan kucing ini sebagai pameran dan kemudian memberi kejutan elektrik menggunakan arus ulang alik ciptaan Tesla.

Matlamat Edison cuma hendak mempengaruhi minda masyarakat bahawa arus ulang-alik Tesla tidak selamat untuk kegunaan isi rumah.

Jadi, siapakah Edison di dalam dunia sains dan teknologi ?


Pernah dengar tentang nama seorang lelaki yang bernama Marconi yang telah menerima hadiah Nobel kerana mencipta Radio ?
Radio Signal

Tahukah kamu, apa yang Marconi lakukan ialah hanya menyambung kerja yang telah Tesla lakukan ? Selepas Marconi terkenal di seluruh dunia kerana telah melakukan penghantaran isyarat yang pertama di dunia, ini ialah respon Tesla 
"Marconi ialah pengikut yang baik. Biar dia teruskan kerjanya. Dia sedang menggunakan 17 daripada paten aku"
Basically. Tesla = Pencipta yang sangat baik hati.


Pernah dengar tentang Radar ?

Radar

Seorang saintis yang bernama Robert. A. Watson-Watt telah dikreditkan diatas penciptaan radar pada tahun 1935

Boleh kamu teka, siapa yang telah mengemukakan idea tersebut pada tahun 1917 ?

Nicola Tesla.

Dia telah usulkan idea tersebut pada tentera laut U.S. pada awal Perang Dunia Pertama apabila dunia digemparkan dengan boat-U oleh German.

Malangnya.

Thomas Edison ialah ketua R&D (research and development) untuk tentera laut U.S. yang pada masa itu telah meyakinkan mereka ciptaan Tesla tersebut tidak akan memberi apa-apa kebaikan di dalam perang.

Nice Job Edison!


Wilhelm Rontgen secara amnya diketahui sebagai orang yang telah menemui Cahaya X (X-Rays)
Cahaya X

Ok, bolehkah kamu teka siapa pencipta yang bermisai yang telah bertungkus lumus memikirkan idea ini dan kemudia lansung tidak mendapat apa-apa kredit ?

> Nicola Tesla <

Juga, semasa penemuan x-ray, dipercayai ia mampu mengubat buta dan penyakit-penyakit yang lain. Tesla telah memberi amaran bahawa x-ray sangat merbahaya dan dia menolak untuk bekerjasama melakukan eksperimen bersama yang lain.


Edison, tidak melepaskan peluang untuk menaikkan nama diri yang ada di depan mata, secara terus masuk ke bahagian eksperiment manusia dengan x-ray. Salah seorang pekerjanya, Clarence Dally, telah terdedah kepada radiasi x-ray terlalu banyak sehingga terpaksa dipotong tangan beliau untuk menyelamatkan nyawanya. Malangnya, ianya tidak berhasil, Dally meninggal disebabkan kanser.
Clarence Dally ialah manusia pertama yang meninggal akibat daripada radiasi x-ray - AKHIRNYA, ciptaan pertama Edison!
Tambahan, Edison hampir-hampir telah membutakan matanya selepas berkali-kali mencahayakan x-ray ke arah matanya. Apabila bertanya tentang x-ray, Edison berkata 
Don't talk to me about X-rays. I afraid of them.
- Thomas Edison


Pernah terfikir siapa yang telah mencipta sistem hidroelektrik yang pertama di Niagara Falls dan buktikan kepada dunia bahawa kuasa seperti ini praktikalnya ialah sumber tenaga ?

Nicola Tesla


Siapa yang telah melakukan eksperimen kejuteraan kriogenik selama setengah abad sebelum penciptaannya dikeluarkan (dinyatakan) ?

Tesla

Siapa yang mengasaskan paten seratus tahun dahulu yang kemudiannya digunakan didalam penaiktarafan transistor ?

Tesla

Siapa yang menemui resonant frequency Bumi ?

Tesla
Resonant frequency ialah sesuati yang saintis tidak dapat pastikan selepas 50 tahun kemudian apabila teknologi dapat membuktikan apa yang dimaksudkan oleh Tesla pada tahun 1890-an.


Siapa yang pernah mencipta mesin gempa bumi yang hampir meranapkan seluruh New York City apabila dihidupkan ?

Tesla

Pernah dengar tentang bebola elektrik

Bebola Elektrik
Ini bukan bebola elektrik
Ianya ialah elektrik yang mempunyai bentuk seperti bola dan bergerak dengan perlahan di atas permukaan bumi.

Ianya ialah satu fenomena yang sangat asing dan unik. Sehingga sekarang, masih belum ada sainstis yang dapat menghasilkannya di dalam makmal





Oh, kecuali Tesla yang telah melakukannya pada tahun 1890.


Pernah terfikir siapa yang mencipta remote control ?

Tesla


Tesla

Motor elektrik moden

Tesla


Tesla


Kamu tahu apabila kamu perlukan elektrik untuk rumah kamu dan ia (elektrik) secara mudahnya dapat diperoleh melalui ionsphere Bumi dan charge semuanya tanpa wayar ?


Oh. Itu ialah sesuatu yang ditemui oleh Tesla tetapi tidak dikongsi kerana takut akan ada saintis yang akan mencuri paten tersebut.


Tanpa soalan 
Tesla ialah genius

Dia bercakap dalam 8 bahasa
Serbian, English, Czech, German, French, Hungarian, Italian dan Latin.

Dia mampu menghafal sesebuah buku dan membacakan kembali pada bila-bila masa.

Dia mampu membayangkan ciptaannya di dalam imaginasi dan kemudian bina ciptaan tersebut tanpa menulis apa-apa.


Dan, apa yang lebih mengkagumkan, dia yang hidup selama 86 tahun membujang seluruh hidupnya.

Nicola Tesla
Walaupun ketinggiannya beliau ialah 6 kaki 6 inci dan sangat popular dikalangan wanita, Tesla tidak mahu untuk menjalinkan hubungan kerana beliau percaya ia hanya akan menggangu kerjanya.

ps : Thomas Edison mengahwini dengan seorang gadis berumur 16 tahun.





Jadi dengan kepandaian dan kehebatan ciptaan beliau, beliau sepatutnya kaya dan terkenal bukan ?

Malangnya tidak

Tesla hidup dizaman dimana dunia lebih mementingkan keputusan yang akan menguntungkan; kami tidak mahu astronomi, kami mahu mentol lampu dan oven pembakar.

Ciptaan Tesla bukannya peningkatan kemajuan.
Tetapi ianya ialah revolusi

Salah satu hadiah terakhir Tesla kepada dunia ialah sebuah menara di Bandar New York yang dapat memberikan tenaga tanpa wayar kepada seluruh planet. Lelaki yang menaja ciptaan tersebut telah menutup menara tersebut apabila dia ketahui bahawa ianya tidak akan menguntungkan.


Tesla Meninggal seorang diri di sebuah bilik di sebuah hotel di Bandar New York. Dia hidup dengan susu dan biskut, dan pada sesi temuramah beliau yang terakhir, beliau telah mendedahkan satu sifat pribadi beliau





I have been feeding pigeons, thousands of them, for years. But there was one pigeon, a beautiful bird, pure white with light gray tips on its wings; that one was different. It was a female. I would know that pigeon anywhere. No matter where I was that pigeon would find me, when I wanted her I had only to wish and call her she would come flying to me. She understood me and
I understood her.

I loved that pigeon. 


Yes. I loved her as a man loves a woman, and she loved me.

As I looked at her I knew she wanted to tell me - she was dying. And then, as I got her message, there came a light from her eyes - powerful beams of light.




Dear Nicola Tesla

I'm so sorry.

Kamu ialah seorang tidak dapat diganti.
Kamu ialah Steve Wozniak, Tony Stark tahun 90-an
Kamu ialah Geek terbaik yang pernah hidup dimuka Bumi ini.


10th July ialah hari kelahiran Nicola Tesla

Dan bagi pihak semua orang, yang sedar dan tidak sedar,

Terima Kasih Nicola Tesla.


Nicola Tesla - Sejarah Yang Dikaburi -- terjemahan penuh daripada salah satu website kegemaran - theoatmeal.com - Tesla

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid