Weird Perspective ? - One Piece

One Piece, satu komik pengembaraan lanun yang sangat menarik I tell ya.

Straw Hat Crew


Dalam masa 2 minggu, aku cuba untuk membaca semua episod manga One Piece yang berjumlah 700 lebih, semula, akibat daripada tak tahan menunggu update episod baru yang hanya sekali untuk satu minggu,

Pembaca mangga mesti faham perasaan ni.


To make it short.

Selepas baca episod ke episod sehingga ke episod terbaru. Sesuatu yang ironic ada dan mungkin telah diaplikasikan ke dalam komik tersebut oleh pelukis. *I love this comic. I hate world politic's schemes.

Kehidupan sebenar yang telah diadaptasikan ke dalam versi komik lanun.


Straw Hat Crew - ialah nama lanun yang diketuai oleh Monkey D. Luffy yang mempunyai cita-cita untuk menjadi Pirate King dengan mencari One Piece yang dikatakan terletak pada pulau yang terakhir di dalam pengembaraan mereka.

Marine - polis lautan, dan sekutu 'World Government'. Kerja diorang, of course tangkap lanun. Dan mereka menegakkan dan berpegang pada satu perkataan 'Justice'

Revolutionary Army - tentera yang menentang Marine dan World Gov. 

Nico Robin - salah seorang ahli Straw Hat, yang mempunyai ilmu untuk membaca perkataan purba yang ditulis di atas batu yang dipanggil 'Poneyglyph' , dan batu ini berada di serata tempat.

Poneyglyph - mengandungi ayat-ayat yang jika dibaca ke semua Poneyglyph mungkin akan menceritakan sejarah apa yang telah berlaku di waktu 'Blank History'.

Blank History - waktu yang tiada siapa yang tahu apa yang telah berlaku pada waktu itu 

Marine


1) Untuk mempunyai ilmu yang dapat membaca apa yang tertulis di Poneyglyph dianggap sebagai satu kesalahan yang sangat besar oleh pihak Marine dan World Gov, dengan tuduhan, mampu untuk mengancam 'Justice' dunia.

2) 'Justice' yang dipegang Marine dan World Gov hanya topeng muka untuk sebahagian mereka untuk bertindak sesuka-hati.

3) Politik mereka, seperti tidak ubah dengan politik dunia sekarang, tetapi lebih jelas kelihatan, sesuatu ingin disembunyikan di dalam Blank History


Mungkin, One Piece ialah keseluruhan sejarah tentang apa yang berlaku di waktu Blank History. 

Wanna give this comic a try ? Read it here One Piece. Oh, mangareader have its app for free in apple store.



ps : I just feel like I wanna write all those thing. Haha. Can't help it if you guys didn't get my points :P

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid