Tanah dan Relung

Negeri Utara ada banyak kawasan tanah dijadikan sebagai bendang. Setiap kali musim menuai, mesti ada yang terdengar dengan perkataan "relung". Bagi yang tidak memilik bendang, mesti tertanya tanya, "relung tu apa?" , "1 Relung berapa ekar ?".

Ooooooo musim menuai banyak burung layang-layang ~ ~ 


Straight to the main question, Relung tu apa ?

Kalau berkaitan dengan tanah, relung ialah satu unit ukuran yang besar, yang menggantikan unit ukuran asas dalam kaki persegi dalam ukuran tertentu. Mana ada sekarang kita dengar "pakcik ada tanah 30 976 kaki persegi kat belakang rumah". Jenuh garu.

Seperti yang pakcik cerdik kat atas mention, 1 relung bersamaan dengan 30 976 kaki persegi. Jadi, kat sini ada lagi sorang yang tak lebih cerdiknya nak tunjuk beberapa lagi ukuran untuk tanah.

1 Rantai                 = 66 kaki persegi

1 Ekar                    = 10 Rantai
1 Ekar                    = 43 560 kaki persegi / 4 046.86 meter persegi

1 Ekar                    = 0.4047 hektar
1 Ekar                    = 1.40625 relung

1 Hektar                 = 2.471054 Ekar
1 Hektar                 = 3.4749196 Relung
1 Hektar                 = 10 000 meter persegi

So, ada sesapa nak derma 1 hektar tanah ke aku ? Haha


“Dan ingatlah, ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan manusia daripada tanah. Maka apabila telah sempurna kejadiannya, Aku tiupkan roh ke dalamnya . Hendaklah kamu bersujud (hormat) kepadanya” 
(Surah Shaad:71-72)

ps : ada sesapa nak jual tanah yang nak diiklankan ke? 


Sebarang kesilapan berkenaan urusan jual beli tanah, atau sebarang kesilapan di dalam aktiviti harian atau yang telah/sedang/akan dilakukan, yang menggunakan ukuran matrik yang dinyatakan dia atas, pihak blog ini tidak akan bertanggungjawab. Guna atas kerelaan diri sendiri.

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid