Skip to main content

Pastikan Site Anda Mobile Friendly

Salam

Mungkin ramai tidak sedar tentang bagaimana agaknya site mereka akan dilihat dari view mobile. Malah ada antara mereka yang lansung tidak pernah ambil tahu tentang kewujudan perbezaan antara site view di destop dan di mobile.

Dua hari yang lepas, Google telah mengumumkan perubahan terhadap algorithmnya yang mana akan memberi impak terhadap hasil pencarian Google (SERP) untuk peranti mobile.

Mungkin tertanya-tanya,

  1. Macam mana aku nak check site aku ni mobile-friendly ke tidak ?
  2. Apa aku boleh buat kalau site aku ni tidak mobile-friendly ?
Mobile Friendly

1. Check site mobile-friendly ke tidak 

Sila pergi ke Google's mobile-friendly test link dan masukkan alamat site. - contoh, http://aimanayie.blogspot.com.

Ataupun boleh direct ke Google Webmaster punya Mobile Usability. Google Webmaster - Pilih site - Search Traffic - Mobile Usability, untuk check sebarang error terhadap site punya mobile view. 

2. Apa aku boleh buat kalau site tidak mobile-friendly

Kalau site tidak mobile-friendly, mungkin kamu ingin mencuba kembali theme theme blogspot yang telah tersedia sewaktu awal awal buat blog dulu. Theme tersebut hanya menunggu kebenaran untuk berubah jika di view dari mobile.

Blogger Dashboard - Template - Mobile Settings - tick ''Yes. I want...''

Tapi bagi mereka yang menganggap satu kerugian untuk mengubah theme sekarang, anda mungkin dapat mencari jalan penyelesaian di site site yang menerangkan tentang bagaimana hendak menjadikan site kita mobile-friendly.


Have a nice day ...

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Apa itu GLC ? GLC bermaksud Government Linked Company atau lebih tepat Syarikat Berkaitan/Milik Kerajaan


Maksud | Takrifan GLC


Maksud GLC ? GLC ditakrif sebagai syarikat yang mempunyai objektif komersil yang primer dan kepentingannya dikawal secara langsung oleh Kerajaan Malaysia. Mengawal kepentingan merujuk kepada keupayaan atau kuasa Kerajaan (bukan sekadar peratus pemilikan) untuk melantik anggota Lembaga Pengarah, pengurusan atasan dan membuat keputusan utama terhadap GLC (contohnya, pemberian kontrak, strategi, penstrukturan semula dan pembiayaan, pemerolehan serta pemberhentian pelaburan), sama ada secara langsung atau melalui Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).

Apakah syarikat yang dikategorikan sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)?
Kategori syarikat berkaitan kerajaan ialah syarikat-syarikat yang berada di bawah kawalan Kerajaan Negeri dan agensi peringkat Negeri masing-masing. Syarikat yang berada di bawah kawalan lansung Kerajaan sebagai agensinya juga termasu…

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

1. Formula
2. Penerangan Formula
3. Penggunaan Formula

Line and Plane In 3-Dimension | Mathematics Form 4

1. Formula

Seperti yang korang nampak kat atas, tu ialah formula trigonometri versi BM dan versi BI. Ada banyak cara nak ingat formula tu, dan cara yang aku boleh syorkan ialah

Versi BM :   Saya Tak Hafal      Kalau Saya Hafal       Tentu Tak Susah
Versi BI :   Soh  Cah  Toa

Bagi tutorial ni, aku akan gunakan sepenuhnya versi BM.


2. Penerangan Formula
Di mana garisan Tentangan Sebelah dan Hipotenes ?

Ambil Tita (macam lapan tuh) sebagai sudut.

Garisan Tentangan ialah garisan yang bertentangan dengan Tita

Garisan Hipotenes ialah garisan yang bertentangan dengan sudut 90

Garisan Sebelah, ialah garisan bersebelahan dengan Tita





3. Penggunaan Formula




Jika nilai garisan yang diberi (maklumat dari soalan) menunjukkan seperti rajah di sebelah, iaitu mempunyai nilai bagi garisan Tentangan dan garisan Hipotenes. Maka, formula Sin akan digunakan.



Makulumat yang ada, nilai garisan Hipotenes dan S…

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid

Apa itu Hypothyroidism (hipotiroid) ? Hypothyroidism ialah satu keadaan dimana badan kekurangan hormon thyroid akibat daripada kelenjar thyroid (tiroid) yang kurang aktif.

Sedikit penerangan tentang bagaimana Hypothyroidism terjadi dan kaitannya dengan tumbesaran badan (metabolisma) Seperti yang kamu tahu, metabolisma ialah proses yang dilakukan oleh tubuh untuk mengubah apa yang kamu makan dan minum menjadi tenaga. Tenaga ini kemudiannya disalurkan ke seluruh badan samaada untuk pencernaan makanan, bergerak ataupun berehat.
Thyroid ialah satu kelenjar di bahagian halkum yang menggunakan iodine (umumnya berasal dari makanan misalnya laut dan garam) untuk menghasilkan 2 jenis hormon yang penting dalam metabolisma iaitu hormon thyroxine (T4) dan hormon triiodothyronine (T3). 
Bilangan hormon T4 dan T3 di dalam badan masing-masing ialah 99% dan 1%, tetapi hormon yang penting untuk badan ialah T3. Walaupun begitu, semasa di dalam badan, T4 akan ditukarkan menjadi T3 dari semasa ke semasa b…