Posts

Showing posts from June, 2015

Teori Aristotle

Image
Tahukah anda dulunya manusia mempunyai fikiran di mana semua planet, bintang, dan bulan bergerak mengilingi planet Bumi ? Haha percayalah, pada masa 400-301 sebelum masihi, Aristotle telah mengeluarkan teori berkenaan pergerakkan planet mengelingi Bumi tersebut.
Teori tersebut juga mengatakan, alam cakerawala terbahagi kepada dua bahagian, sub lunar dan super lunar. Sub lunar ialah kawasan antara Bumi sehingga lah orbit Bulan, manakala super lunar ialah kawasan yang bermula dari orbit Bulan sehinggalah seterusnya.
Di dalam teorinya juga ada mengatakan, bahawa setiap sesuatu yang berada di dalam kawasan sub lunar berada dalam keadaan tidak sempurna kerana setiap satu perkara pasti akan berubah tidak kira sama ada tanah,air,udara dan api (dikatakan 4 unsur awal). Manakala, setiap sesuatu yang berada di kawasan super lunar pulak ialah sesuatu yang sempurna. Semua planet, bintang dan bulan dikatakan dicipta daripada bahan yang disebut Eter yang bersifat kesempurnaan dan bersinar-sinar


Walaup…