Rindu Tahi Ayam

Salam. Aku actually nak go with something yang sekejap rindu sekejap tak macam hangat hangat taik ayam tapi tak jumpa pulak exact word dalam kepala.

So, rindu awek ka ?

Nahhhh. Aku rindukan rumah di arau sebenarnya. Bilik, katil, pokok bunga, panas, kucings, wifi, dota pepagi, dan paling dirindui is umi aku. Kalau nak list, memang banyak ni benda aku rindu dekat arau. Sapa tak rindu rumah sendiri bila dah berjauhan lelama ye tak ?

Aku perasan perasaan ni muncul bila time aku tengah mengelamun, sengsorang, stress buat homework, and time bermalasan. Bijak betul perasaan ni muncul nak memburukkan lagi keadaan -.- but sebabkan perasaan ni jugak la selalu buatkan aku sedar sedikit sebanyak why aku berjauhan dari rumah at the first place. Then aku yang hampir nak tidur je sepanjang hari bingkas bangun untuk meneruskan perjuangan di meja study.

Nampak tak mengarutnya kat situ ? Nak cakap aku rindu arau je sebenarnya. Haha.

Harap yang dekat rumah bebaik saja.

Oh harap ayam jiran takdaklah menabur taik merata-rata tempat supaya umi aku takdalah susah dipagi hari nak membasuh.

ps : Stress benar bila dapat tajuk proposal fyp yang super extreme ni -..-

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid