Kabur

Salam. 

Aku umur 23 tahun ni. Bila sekarang, perasan aku, ramai yang tengok apa kemajuan yang seorang 23 tahun dah capai. 

Aku masih study, perjalanan kebanyakkan sebaya aku sekarang. Ada segelintir yang laju, ada segelintir yang perlahan. Dalam hati ada terdetik kenapa aku perlahan sangat. Sendiri persetankan fikiran aku tu "sebab ini jalan yang aku sedang lalu, the end is what matter

Sedang aku mengelamun dan bergaduh dengan fikiran sendiri, terpandang kawan-kawan dan orang lain yang segolongan (plus/minus 1 tahun) dengan aku. Ada yang sudah bekerja, ada yang boleh nampak masa depan, ada yang sudah berkahwin, ada juga yang masih chill lex lex sap kok lu. Ah


Yang sudah berjaya/bekerja buat aku tertanya; Apa aku nak kerja nanti, apa ja aku boleh buat ? Course aku sekarang, tak focus ke arah something yang obvious, macam medic-doctor related, account-accountant related, etc.

Yang sudah kahwin lagi lah buat aku persoal; Mana dapat duit nak kahwin!?

Yang lex lex tu aku faham, faham...

Now aku was was, kabur, tak nampak.

Setahun lagi aku habis belajar. Kemudian aku akan masuk ke real life. Curious dan insecure dengan aku setahun akan datang. Mungkin takut, paranoid, ah bagi ja apa nama pun, yang pasti aku tak nampak apa dihujung setahun nanti.

Aku takut aku tak ke mana. Habis dan stop disitu.

Rezeki di tangan tuhan ; ini yang aku selalu bagitau diri sendiri. We can plan, but only He decide.

Kabur, kan ?


ps: seriously do, boleh tak nak balik time SPM dulu ? -.-

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid