Posts

Showing posts from 2017

Australia dan kerja ?

Salam.Pernah dengar tentang kerja petik buah di Australia yang mana gajinya lebih tinggi dari gaji yang berjawatan eksekutif di Malaysia ?Haa. Kalau yang pernah, tahniah aku ucapkan kerana korang rajin baca. Dan bagi mereka yang belum pernah dengar ha mari lah sini baca apa aku tulis. Aku akan rungkaikan sedikit sebanyak cerita cerita yang pernah korang dengar tu, sama ada, myth ataupun benar1. GajitinggiUntuk yang belum tahu, Australia menggunakan matawang Australian Dollar (AUD) dan pada hari ini harga AUD berbading MYR ialah 3.35myr untuk 1aud. Mahal kan ?So, berbalik kepada gaji, tinggi ke gaji kerja sebagai pemetik di Australia ni ? Ha. Ada dua jenis gaji untuk pekerja ladang. Yang pertama ialah piece rate iaitu bayaran mengikut berapa banyak hasil korang dapat kerjakan, dan yang keduanya ialah hourly rate iaitu bayaran mengikut jam.Piece rate tu macam mana ? Senang cerita bayar ikut bakul (bin) buah korang berjaya kutip. Ada bqnyak jenis buah dan berbeza bayaran untuk setiap bak…

5 Idea Naikkan Semangat Pelajar Menengah Untuk Belajar

Image
Pengajar sekarang semakin lama semakin tak faham dengan apa yang pelajar nak semasa belajar. Semangat pelajar macam berkurang untuk belajar, dan tiada sifat ingin menambahbaik di dalam diri pelajar.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Persoalan di atas tidaklah dipakai untuk kesemua pelajar. Hanya untuk golongan sekolah menengah harian biasa yang tertentu sahaja. Dipanjangkan cerita, semangat untuk belajar di dalam diri pelajar adalah sangat baik di kalangan pelajar yang berada di kelas pertama atau kedua, tetapi lain pula ceritanya untuk pelajar yang berada di kelas kelas yang seterusnya dan yang paling merisaukan ialah kelas terakhir (kelas belakang).
Saya sebagai seorang pelajar (2006-2010) yang pernah berada di kelas belakang, kelas pertengahan, dan juga kelas pertama semasa di sekolah menengah pernah mengharungi fasa 'tiada semangat' atau 'kesedaran' tentang pentingnya pembelajaran di sekolah.
Apa yang saya akan kongsikan adalah berdasarkan apa yang saya (sekarang) …