5 Idea Naikkan Semangat Pelajar Menengah Untuk Belajar

Pengajar sekarang semakin lama semakin tak faham dengan apa yang pelajar nak semasa belajar. Semangat pelajar macam berkurang untuk belajar, dan tiada sifat ingin menambahbaik di dalam diri pelajar.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tiada Semangat
Persoalan di atas tidaklah dipakai untuk kesemua pelajar. Hanya untuk golongan sekolah menengah harian biasa yang tertentu sahaja. Dipanjangkan cerita, semangat untuk belajar di dalam diri pelajar adalah sangat baik di kalangan pelajar yang berada di kelas pertama atau kedua, tetapi lain pula ceritanya untuk pelajar yang berada di kelas kelas yang seterusnya dan yang paling merisaukan ialah kelas terakhir (kelas belakang).

Saya sebagai seorang pelajar (2006-2010) yang pernah berada di kelas belakang, kelas pertengahan, dan juga kelas pertama semasa di sekolah menengah pernah mengharungi fasa 'tiada semangat' atau 'kesedaran' tentang pentingnya pembelajaran di sekolah.

Apa yang saya akan kongsikan adalah berdasarkan apa yang saya (sekarang) perlu lakukan untuk saya yang dahulu (2005) mempunyai kesedaran tentang pentingnya belajar. Ini mungkin sedikit sebanyak akan membantu menimbulkan idea-idea yang lebih menarik untuk mengatasi masalah tersebut.

1. Program Arah Tuju Masa Depan Pelajar



Arah Tuju ?
Program tersebut ialah satu program yang menceritakan dan memberi maklumat kepada pelajar tentang pekerjaaan-pekerjaan yang wujud di Malaysia.

Niat program ini bukan untuk memperkenalkan jenis pekerjaan yang wujud di Malaysia, tetapi untuk mendedahkan kepada pelajar tentang laluan yang diperlukan oleh seseorang pelajar itu untuk memulakan perjalanan secara akademik yang menghubungkan kepada pekerjaan yang diminati.

Contohnya, pekerjaan sebagai seorang juruteknik elektrik. Pekerjaan ini memerlukan seorang pelajar itu untuk menyambung pelajaran di tahap sijil atau diploma yang tertentu. Manakala untuk menyambung pelajaran ke tahap sijil, pelajar perlu lulus SPM (sejarah dan BM, 2017) , dan mempunyai sekurang-kurangnya 5 kredit SPM untuk menyambung pelajaran di tahap diploma.

Terangkan pro and cons untuk setiap pilihan yang boleh pelajar tersebut pilih.
Daripada sini, pelajar insyaAllah akan sedar tentang pentingnya untuk menambahbaik keputusan peperiksaan mereka.

Lebih sempurna jika program seperti ini dihadiri pelajar bersama ibu bapa masing-masing, supaya ibu bapa juga turut faham dan mengambil langkah usaha bersama guru guru untuk menjayakan pelajar.

Dengan keadaan jadual tenaga pengajar yang padat, eloklah program ini diadakan untuk pelajar menengah atas sahaja di awal tahun.

Program seperti ini sangat baik, tetapi ianya perlu berlansung sepanjang hari untuk setiap tahun. Kerana api boleh terpadam, semangat yang membara pun begitu jika tidak ditiup angin semangat.

Masalah Ini yang saya tidak dapat fikirkan bagaimana untuk ditangani, tetapi mungkin dengan adanya template-template pekerjaan dan universiti-universiti di setiap kelas mungkin dapat membantu.

Mungkin juga dengan adanya satu senarai ranking pelajar di dalan kelas ditampal di dalam kelas masing-masing dapat membantu.

Ataupun dengan persoalan dari guru kelas setiap minggu tentang 'macam mana prestasi kamu ? Dah naik ke turun ?'

Tidaklah mengharap 2.6b jatuh ke riba, tetapi cukuplah jika separuh atau suku kelas yang paling belakang mempunyai semangat atau arah tuju di dalam masa depan akademik mereka.

Jika kelas belakang sudah suku, macam mana pulak dengan kelas pertama dan kedua ? Hehe


2. Latih tubi berperingkat



Berperingkat
Kerap sekali saya mendengar pengajar hanya berfokuskan untuk topik-topik tertentu atau subjek-subjek tertentu dengan harapan pelajar tersebut mendapat keputusan yang baik di dalam peperiksaan.

Niat itu sangat baik. Tidak disangkal. Kerana masalah pelajar untuk menjawab soalan ialah pemahaman teori yang lemah ataupun tidak faham lansung.

Di sini, mungkin kita dapat menggunakan alternatif yang lebih mudah untuk menerangkan sesuatu teori atau konsep kepada pelajar.

Saya seorang pelajar matematik, maka contoh yang saya beri hanyalah terhad untuk subjek matematik.
Contohnya, di dalam subjek matematik tambahan untuk topik differentiation ataupun 'beza' dalam bahasa melayu ? (Sorry kalau silap, saya batch ppsmi) mungkin kita dapat mengunakan nilai yang mudah seperti 2x^2, 2sin x, 12x berulang kali sehingga pelajar tersebut faham tentang konsep 'beza'.

Ditekankan disini, idea yang kedua ini ialah berkenaan latih tubi pelajar dan bukanlah bagaimana pengajar tersebut mengajar di dalam kelas *saya tiada pengalaman di dalam konteks ini.

Berikan latihan yang mempunyai peringkat berasingan kepada pelajar, yang terdiri daripada peringkat rendah, sederhana, susah, dan ekstrim.

Siapa yang ingin menyediakan modul-modul latih tubi untuk pelajar ? Siapa yang ingin memeriksa kertas-kertas jawapan oleh pelajar ? Malah siapa yang akan putuskan peringkat-peringkat soalan-soalan tersebut ?

Mungkin dalam penyediaan soalan, pelajar kelas pertama mungkin dapat turut menyumbang kefahaman mereka di dalam topik-topik tertentu untuk menyediakan 3set soalan berserta jawapan yang lengkap, yang terdiri daripada peringkat rendah, sederhana, dan susah. Langkah ini juga dapat dijadikan sebagai satu kerja rumah pelajar kelas pertamat untuk menguji kefahaman mereka.

Manakala untuk peringkat ekstrim, baiklah diserahkan kepada guru yang lebih mahir. Kan ?

Dan soalan-soalan ini di letak di setiap kelas (selain kelas pertama) yang mengambil subjek tersebut di ruang khas. Dapat juga diputuskan untuk disertakan sekali bersama skema jawapan ataupun terus dijadikan kerja rumah kepada pelajar kelas tersebut.

Siapa yang memeriksa ? Boleh juga pelajar tersebut sendiri memeriksa jawapan menggunakan skema yang disediakan, ataupun guru jika ianya dijadikan sebagai kerja rumah.

Dan eloklah juga disertakan sekali pemberitahuan kepada ibu bapa tentang wujudnya latuh tubi berperingkat ini.


3. Ranking Mingguan



Kedudukan
Sepertinya idea pertama dan kedua dapat diselarikan dengan idea ketiga ?

Jika ya, itu lah yang terbaik. Ranking mingguan ialah seoerti maksud namanya iaitu ranking pelajar di dalam kelas/sekolah secara mingguan.

Bagaimana untuk mewujudkan ranking ini ? Mungkin dari pemarkahan latih tubi yang dilakukan pelajar ? Mungkin juga pemarkahan kerja rumah pelajar ? Ataupun gabungan pemarkahan akademik dan jugak pemarkahan sahsiah diri pelajar ?

Takut pelajar malu ? Biarkan.

Seeloknya diberitahu ibu bapa tentang wujudnya ranking mingguan ini.

Tenaga pengajar rasa perkara ini remeh ? Mungkin ya. Mungkin tidak.

Tetapi, dari segi psikologi manusia, hasil usaha yang dilakukan sangatlah bermakna jika dapat dilihat secara fisikal. Siapa tidak suka berada di tempat yang baik ? Siapa tidak sedih jika berada dalam keadaan terumbang ambing ?

Ingat. Tajuk penulisan ini ialah bagaimana untuk menaikkan semangat pelajar. Mari kita fokus.

Tuan/puan/pembaca. Rasanya saya tidak perlu melebarkan lagi penjelasan tentang idea ketiga. Jadi saya akan teruskan ke idea ke empat, dan juga idea yang paling saya yakin akan memberi impak yang besar secara jangka masa panjang di dalam prestasi akademik sekolah.


4. Wujudkan Kelas Tercorot Secara Terang-Terangan



Kelas Asing
Seperti yang ditulis, wujudkan secara jelas dan nyata satu kelas sama ada berpenghuni ataupun tidak, yang khas untuk pelajar paling tercorot di dalam sekolah tersebut.

Ini bukan untuk mendiskriminasi pelajar. Mungkin ya juga, tetapi motif utama ialah untuk memberi kesedaran secara menyeluruh dan jangka pendek kepada pelajar tentang nasib mereka yang tidak berusaha untuk meningkatkan prestasi akademik walaupun sedikit.

Kelas tersebut mungkin boleh diburukkan lagi dengan keadaan kelas yang daif. Tetapi fasiliti harus dijaga rapi.

Tuan/puan/pembaca.

Pada mula pengwujudan kelas tersebut, ibu bapa terutamanya, perlulah difahamkan sebaik-baiknya tentang motif kelas tersebut diwujudkan dan bagaimana pemilihan pekajar yang akan ditempatkan ke dalam kelas tersebut dan juga bagaimana cara untuk keluar dari kelas tersebut.

Setelah ibu bapa faham dengan baik. Barulah diterang secara keras-kerasnya kepada pelajar-pelajar aoakah kriteria yang dipilih untuk membolahkan pelajar tersebut ditarik ke dalam kelas tersebut, dan bagaimana pula mereka untuk keluar.

Idea ini dapat menyeimbangkan hasrat sekolah dan prestasi pelajar.


Seimbang


Contoh aplikasi yang saya dapat fikirkan ialah;

Setelah ibu bapa dan pelajar faham akan fungsi kelas tersebut, maka kemudian diberi satu bottomline sebagai limit khas untuk setiap kelas secara berasingan, contohnya kelas pertama mestilah semua subjek mendapat keputusan C+ untuk tidak dipilih, kelas kedua C untuk semua subjek, D untuk kelas ketiga dan tiada G atau hanya 1G untuk kelas terakhir.

Bottomline ini terserah kepada guru untuk mengukur sendiri dimana tahap murid secara keseluruan di dalam kelas tersebut. Bottomline juga hanya untuk masa masa tertentu sahaja, mungkin setelah 3 bulan pelaksanaan, bottomline akan dinaikkan sedikit tahap kesusahan, contohnya semua B- untuk kelas pertama.

Ataupun, bottomline juga dapat dikira melalui idea saya yang ketiga iaitu ranking mingguan. Di dalam ranking mingguan mestilah mempunyai markah, dan markah ini dijadikan bottomline kepada pelajar pelajar tersebut.
Itulah contoh bagaimana untuk terpilih ke dalam kelas tercorot tersebut

Bagaimana pula cara untuk keluar ?

Dengan mengenakan upper limit, iaitu limit yang perlu pelajar tembus untuk keluar darioada kelas tersebut. Mudah bukan ?

Tetapi. Idea ke empat sangat memerlukan kerjasama secara menyeluruh oleh pihak sekolah. Pihak pengurusan atasan terutamanya perlu memberi tumpuan lebih bagi memastikan setiap program berjalan dengan lancar, tulus, dan sekeras-kerasnya untuk setiap minggu.

Program pemarkahan mingguan, program pengedaran soalan dan skema, dan juga pengurusan kelas dan pelajar. Tidak lupa juga hubungan guru dan ibu bapa pelajar yang dipilih untuk ke kelas tersebut.

Bagi guru yang ditempatkan atau secara sukarela untuk mengajar kelas tersebut, perlulah memberi dua kali ganda usaha dan tenaga berbanding semasa di kelas biasa. Kerana pelajar mungkin mempunyai semangat yang tinggi, tetapi perlu bantuan guru untuk menyediakan saluran yang lancar kepada pelajar tersebut.

Disebabkan kelas tersebut mempunyai pelajar dari kelas kelas yang berbeza, mungkin juga kelas tersebut dapat dijadikan kelas yang tiada masa khas untuk sesi pengajaran dan tugas secara rela atau dipaksa oleh pihak atasan, akan diberikan kepada sebilangan guru untuk menjadikan mentor atau guru pribadi untuk setiap pelajar yang dipiluh secara bergiliran semasa sesi pengajaran.

Idea ini timbul daripada pengaplikasian bottomline yang telah dipupuskan pada zaman dahulu. Iaitu memerlukan pelajar tersebut lulus tingkatan untuk memasuki tingkatan yabg seterusnya. Dan juga hasil bottomline di peringkat universiti, iaitu pelajar perlu repeat subjek yang tidak mencapai bottomline yang ditetapkan universiti.

5. Hubungan dengan ibu bapa 



Ibu Bapa dan Guru
Untuk kesemua idea saya turut serta penglibatan ibu bapa secara tidak lansung. Kerana sesi pengajaran yang baik bermula daripada rumah; ibu bapa.

Pada masa sekarang, ibu bapa melepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru untuk mengajar anak mereja, dan pada masa yang sama meletakkan syarat pula bagaimana untuk mengajar anak mereka *why not u ajar sendiri ha ?

Mungkin bagi mereka ini fikir guru ialah kakitangan kerajaan yang meneria wang mereka jadi secara tidak lansung guru ialah pekerja mereka, tetapi cetek fahaman mereka ini kerana tidak faham tentang konsep restu ilmu secara sindirnya dan kepentingan institut pendidikan kepada negara secara am-nya

Setiap program yang sekolah akan lakukan, maklumkan kepada ibu bapa secara bertulis atau lisan. Program yang seperti idea yabg saya nyatakan mungkin memerlukan makluman secara lisan, manakala seperti kelas tambahan atau kos buku latihan sepertinya, mungkin cukup sekadar secara bertulis.

Ibu bapa ialah sebaik baik guru.

//
I had to write this out of my mind actually. Feel so much uncomfortable if i dont write this down.

Mana boleh guna. Gunalah. Mana tak boleh tu. Abaikan je.
Haih. Penat.
All the best gais.

Popular posts from this blog

Apa Itu GLC

Formula Pengiraan Sudut Segitiga [Basic]

Apa Itu Hypothyroidism | Thyroid